Assalamualaikum...
Agak lama tidak diupdate laman blog ini. Alhamdulillah, tak payah pening kepala nak pk sy pilih untuk amik apa2 layout yang sesuai tuk menukar wajah n meyerikan blog ini. Senang, mudah dan ringkas lagi x poning kepalo. InsyaAllah ada kerajinan akan sy cuba ubah dan menambahkan pe yang patut supaya bertambah menarik lagi blog ni.

Sebelum ini sy telah mengutarakan beberapa responden yg identiti dirahsiakan tapi menjawab segala persoalan sy dgn jujur berkenaan aurat wanita. Sedangkan pertanyaan itu mereka x tahu apa gunanya. Pada kali ini sy akan menunjukkan cara yg dianjurkan Islam dalam pemakaian. Sebenarnya telah lama terfikir untuk berbuat demikian Ini sebagai panduan pada mereka dalam menjalani kehidupan seharian dengan menjaga aurat atau menjaga adap pemakaian mereka dr bukan muhrim.

  1. Cara pemakaian lelaki yang dianjurkan Islam

Untuk lelaki,Pakaian yang dipakai hendaklah longgar sedikit supaya bentuk aurat yang ditutup tidak kelihatan. Hikmah perlunya longar sedikit ini membolehkan badan dan pergerakan badan kita lebih selesa bila memakai baju. otot dan pergerakan badan menjadi mudah tanpa halangan. Cube kita tgk org yag pki baju kecik dan ketat, sikit2 nak btlkan susah dan melecehkan. Pakaian lelaki juga hendaklah tidak jarang sehingga boleh menampakkan kulit bahagian aurat. Selain itu pakaian yang dipakai hendaklah dari rekaan yang tidak menarik perhatian bagi mengelakkan diri dari menunjuk-nunjuk dan digalakkan merendahkan diri didalam penampilan dan apa jua keadaan. Disini ada hadis menerangkan aurat lelaki antara pusat dengan lutut-
"Hadis dari riwayat Muslim, ahmad, Abu Daud dan Tarmizi, Nabi SAW bersabda: haram lelaki melihat aurat lelaki diantara pusat dan lutut. "
3 gambar diatas menunjukkan cara pemakaian yang dalam berlainan situasi. Bg yang bekerja bolah memakai baju seperti C adalah biasa dilihat. Ia sesuai utk yang kerja dipejabat dan syarikat-syarikat korporat dalam berurusan. Bagi hari Jumaat adalah biasa dilihat baju melayu lengkap menjadi pilihan dan syarat. Untuk pemakaian E biasa dilihat semasa menjalani ibadah seperti dipakai untuk kesurau. Namun budaya DiMalaysia ini telah berubah kepada pemakaian jubah. Ramai juga masyarakat Islam di Malaysia lebih memilih 2 jenis trend pemakaian ini kerana mudah selesa & berangin. Nak bawa pergi shoping complex atau minum pon boleh. Cuma mungkin ada golongan yang berfikiran sahaja yang berasa pelik dengan berjuabah n pemakaian E apabila berada di kawasan lain selain surau atau masjid . Pemakaian kesurau ini boleh diserikan lagi dengan lilitan serban.

Untuk mereka yang bersukan boleh memilih cara pemakaian D. Namun masih dapat kita lihat umat Islam tidak ramai yang memilih cara pemakaian ini. Jika dilihat pon hanya disekolah Agama, universiti berunsurkan Islam serta masjid2. Saya boleh memperkatakan mereka yang mempelajari agama atau sekolah Agama tidak semuanya memakai seluah panjang apabila bersukan diluar kawasan mereka. Mari kita fikirkan bersama, resionalnya memakai seluar panjang, jika kita berlari dan terjatuh, luka akibat jatuh itu mungkin tidak seteruk apabila memekai seluar pendek. Ok, disini sy ada 1 cerita mudah. Ini mungkin biasa dibuat bagi sebahagian dari anak2 lelaki masa kecil-kecil. Tidak terkecuali sy sendiri juga pernah melakukanya. Semasa di masjid, biasa berlari dan bergelongsor di atas tikar masjid. Kerana best n seronok seperti meluncur. Tapi disini bukan nak menceritakan keseronokan meluncur itu, tapi kesan yang berlaku. Masa meluncur 2, biasa la dalam masjid pki la baju melayu. Sampaikan pada 1 masa lutu seluar akan mula terhakis dan lama-lama terkoyak hingga memberi kesan pada lutut kita seperti calar. Cube kita bayangkan, meluncur pakai seluar pendek, pasti akan merasai panas dari geseran lutut dengan carpet dan kemungkinan akan mendatangkan kecederaan yang lebih teruk lagi dr memakai seluar panjang. Jadi tidak salah jika kita bermain bola pon memakai seluar panjang. selamat lutut kita. Disini Islam itu jelas melindungi kita dari kecederaan dalam pemakaian.

Dari segi pemilihan baju juga jangan lah pakai, baju "adik" anda yang sememagnya besaiz kecil dari anda. Baju itu juga jangan lah singkat sehingga boleh menampakkan aurat. Ini kerana bagaimana kita hendaklah menunaikan solat jika pakaian yang dipakai boleh menimbulkan rasa shubaha atau keraguan dalam sah solat. saya terigat ada pada satu masa solat disurau di kampus. Pada masa itu ada seorang pelajar sudah mulakan solat sendiri, saya dan kawan2 tanpa melihat situasi pelajar itu terus menjadikan pelajar itu Imam. Tetapi apa yang kami sedari diakhir rakaat, Imam bajunya yang singkat itu terangkat sedikit hingga ternampak sedikit auratnya. Jadi disitu paham2 lah sah atau tidak solat itu kerana menurut apa yang saya ketahui, penjagaan aurat adalah salah satu sah solat. Kami terpaksa mendirikan kembali solat fardhu tersebut. Disini kita ketahui pentingnya penjagaan Aurat itu dalam solat. Mari kita lihat cara pemakaian bagi wanita Islam pula.

2. Cara Pemakaian Wanita/Perempuan Islam

Mengapa wanita/perempuan Islam wajib menutup aurat ttelah digambarkan dalam Al-Quran:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا
"hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"-Al Ahzab ayat 59

dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah S.A.W
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan" (Hadis Riwayat Abu Daud)

Disini saya akan menjelaskan bahagian yang perlu ditutup dan dijaga oleh para wanita/perempuan. Tudung yang dipakai hendaklah/mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang. Antara point atau keperluan tudung ini adalah menutup bukan sahaja kepala tetapi meliputi bahagian leher, dada & bahagian belakang tubuh. Ini perlu bagi memelihara dari pandangan lelaki yang juga diantara point-point sentuhan yang boleh merangsangkan wanita/perempuan. Saya sungguh sedih dengan beberapa artis atau penampilan selebriti yang memikirkan hanya memakai tudung itu sahaja telah menjada aurat. Sedangkan bahagian-bahagian ini diabaikan sehingga digelar "fesyen" yang kononnye pakaian muslimah masa kini. Bagi sy mereka yang mengangkat fesyen yang hanya menutup kepala dada n leher terdedah atau menutup kepala n leher tetapi dada terdedah boleh disama ertikan pemakaian mereka itu salah, sia-sia & merugikan. Yang sedihnya ia menjadi trend masa kini bagi anak muda dan yang bekerja. Disini sy mengigatkan para-para Artis khasnya perlu meneliti terlebih dahulu, kerana setiap apa yang diperkenalkan oleh para artis akan menjadi ikutan, ikutan yang buruk ataupon salah, akan membawa anda ke neraka Allah...

Seterusnya dari segi pemakaian baju hendaklah lengan panjang sehingga pergelangan tangan dan baju mestilah labuh dan longgar. Bagi kain/seluar pula mesti panjang sehingga ke buku lali dan seluar itu perlu longgar. Hikmah melonggar pemakaian ini juga sama disebutkan dalam cara pemakaian lelaki. Saya rasa sungguh sedih cara pemakaian umat Islam sekarang, walau pon pakai tudung dan berlengan panjang tapi silapnya baju ketat dan seluar pon ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya yang ramping, ramping lah. Klu yang ada "spare tayer" mcm bungkus buah nangka gayanya. Yang lagi sedih dan bodohnya mereka ini tau singkat pastu sikit2 nak tarik baju itu yang sememangnya da singkat dan ketat untuk dibetulkan. Dah tau baju adik itu kecik dipakainye lagi. Dah tau ketat lain kali die akan pakai lagi. Ada juga situasi dimana atas tudung punya cantik bawah ketat kamain. Golongan ini boleh ditafsirkan berbogel dikhalayak ramai, Tgk sajalah tubuh kita sendiri apabila bogel dengan memakai baju ketat, hampir sama bentuknya dalam keadaan bogel yang boleh ditafsirkan atau di "scan" bagai mana tubuh wanita/perempuan itu.

Bahagian kaki mesti memakai sarung kaki serta kasut yang dipakai tidak berbunyi iaitu tumitnya diperbuat dari getah. Ini meliputi tidak menampakkan bahagian kaki serta menghentak-hentakkan kaki dengan sengaja apabila berjalan supaya dapat mengindari dari tarikan orang yang memandang bagi menjauhi zina. DalamPermakaian wangi-wangian pula hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga menarik pemandangan kaum lelaki bukan muhrim. Riwayat Nas'i Ibn Khuzaimah dan Hibban
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum spy mrk itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zian".
Dalam surah An Nur ayat 31 ada diberitahu kepada golongan mana yang boleh dipertontonkan aurat oleh wanita/perempuan. Dalam ayat ini juga wlaupon ditafsirkan untuk wanita/perempuan tetapi terdapat pendapat para ulama' mengatakan sama untuk lelaki juga.

Saya juga kesal dengan mereka yang memartabatkan fasyen sehingga melupakan syariat Islam... Disini saya ingin mengigatkan semua pembaca sekalian dan juga utk panduan diri sy juga. Bahawa setiap apa yg kita buat ini untuk apa??? Adakah untuk menunjuk2 atau untuk mendapatkan keredhaan Allah. Jd kita pk2 lah yang mn. Jika untuk keredhaan Allah ikut la yang telah diperintahkan dan jangan lari dari syariahNYA. Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keredhaan Allah.. InsyaAllah.. Amin..

Read More
Posted by Al-Hariz on Saturday, June 27, 2009
0 comments
categories: | | edit post

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan