Hari ini macam nak post entry lebih sikit.hohohoh... Kasih bersih sikit blog ni yang bersawang lama. Ramai yang tanya dan minta update sehingga semalam pon ada yang siap bg cadangan lagi bagi mengemaskini blog yang ada. Nak kata jiwa penulis tak de lah sangat tetapi lebih kearah sedikit cerita yang mungkin bermanfaat. Mungkin sebagai pengisian sikit-sikit bagi mereka yang bosan. Yerlah, ilmiah punya pon tak terbaca, kot dlm blog semua ilmiah memanglah lagi la malas nak membaca.

Bulan puasa ini memang cabaran bagi saya dalam melaksanakan serta mengikuti aktiviti yang ada. Kalau dahulu komitmen saya hanyalah disurau sahaja(kira kampung la...) tapi kali ini telah meluas. Mungkin kerana pergaulan serta pertambahan kenalan yang sesuai menjadikan hidup saya bertambah kompleks dan padat seperti awal sistem komputer dicipta. Cuma sekarang ni masih belajar menyusun aktiviti dan segala yang ada agar menjadi laptop yang ada dipasaran sekarang. Erk, jgn salah faham, susun jadual dan kesibukan yang ada. Kot susun diri, bukan manusia la den...hohoho.

Alhamdulillah dibulan sya'aban disiang hari keja malam ada macam-macam program dan aktiviti. Kot tak dulu hanya memenuhi jemputan kenduri di kawasan rumah ni. Tapi sekarang banyak yang kene rejet, tu pon nasib baik tulis kat papan putih surau je dan bawahnya ada tulis "semua jemaah dijemput hadir". Kot time tu den pi surau solat konolah hadir yo?hahah. Kira ok la tu pon blh tingtong lagi tp klu jemputan terus dari tuannya garu kepalo den. Akhir syaaban hari tu ada jua tlg 3i group buat kerja mengkaji penduduk dan sekarang ni dah disenaraikan dalam warga dah. Hohoho.. Tak pa, lagi pon bidang tugasnya tidak lari dalam dakwah dan tarbiah. Itu yang malam je dah takde masa untuk isi apa-apa meting.. Sori la geng...

Bila fikirkan tentang orang kata sibuk, memang saya sibuk dan akan mensibukkan diri jika diberikan. Faedahnya ada, kot baca buku ustaz hasrizal boleh melepaskan diri dari berfikir ttg hal perasaan atau ingin memiliki. Kot bagi saya pon sama cuma konsep ketenagan itu kita boleh juga perolehi. Kerana tiap apa yang dilakukan jika niat kerana Allah adalah ibadah. Alhamdulillah, senang hati dan seronok saya lakukan. Ini juga mungkin cabaran dan dugaan saya menghadapi beberapa situasi yang memang menguja diri saya. Sampaikan ada seorang guru PASTI (yang dah berhenti) bertanya pada seorang AJK ni apa sy buat sebenarnya asik sibuk je memanjang. Saya pon pelik, apa yg die susah hati sgt sdgkan pegurusan PASTI ini bukanlah saya serah pada die.

Siap ada juga yang kata sibuk macam YB apalah yang dibuatnya. Buat masa ni buk dairi tu menjadi rujukan penting dalam apa2 program. Aduh kesian juga klu apa2hal mereka bergantung dengan saya.hohoh. Masuk cerita balik. Klu dulu hanya buke kat surau sorang-sorang selama 29 hari (hari pertama wajib dirumah), atau buke ramai-ramai bila ada iftar. Tapi kali ni berubah berbuke puasa dipelbagai lokasi... . Hahah, yang terbaru jauh... nun disana.. storynya taktahu bila nak karang... Klu dulu biasa sahur dirumah, tahun ini juga saya menghijrahkan diri buke ditempat lain. Ha, sapa lagi ye nak jemput berbuke puasa? Sila bagitau tapi jadual kn tengok dulu la supaya tugas yang sy dah janji tak menghalang. Hohoho... ni pon ada dgr diminta ikut ke 1 meeting tp tak comfirm lagi masanya dan lokasi. Saya jd org penting pula ke? huhu. Melibatkan perbincangan dengan org penting, diri ni terasa kerdil pula sebab macam tak layak je. hohoho...

Kali ni juga saya merasai keletihan yang teramat. Gabungan beberapa tugas 2 hari ditambah dengan balik dalam cuaca hujan menjadikan saya lembik dan keletihan berganda. Sampaikan terlelap bangun 10mint sebelum berbuke macam bangun sahur. Makan masuk tak masuk je.hohoho. Tapi sehingga kini, Alhamdulillah seronok tetap seronok dalam menjalani ibadah puasa ini. Walaupon ada terasa tekanan yang amat sangat dalam meguruskan hal-hal berkaitan
dan mencari kesamaan... Hohoho.. setakat ini jelah den tulis. Rasa mamai macam terasa. Kot sapa pening baca buat2 paham je la..ahaha..
sekian..

Read More
Posted by Al-Hariz on Wednesday, August 18, 2010
2 comments
categories: | | edit post

Selamat Sejahtera pada semua. Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T diatas limpah rahmat dan kurnianya dapat saya menulis atau mencoret sesuatu pada blog saya yang agak lama tak bersentuh. Maaf buat pembaca yang menanti dan mengikuti perkembangan blog yang tak seberapa ini. Saya hanyalah insan yang lemah yang masih belajar dan masih mencari ilmu dan pengalaman dalam hidup ini demi mendekatkan diri dengan Allah serta mencari redhaNYA.

Pernah dahulu dalam perbincangan sesama pemuda dalam mencari kembali jemaah yang dahulunya pernah bersama di kampun untuk terus bersama dalam masyarakat. Begitu juga semasa rehlah USKAM yang lepas ada dibangkitkan tentang dimana perginya mahasiswa selepas grad? Adakah hilang diculik? Mungkin ya diculik oleh majikan yang menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Mungkin Lebih berminat sendirian di ceruk Malaysia dengan menjalankan aktiviti tersendiri. Mungkin menghadapi beberapa tekanan yang lain dalam kehidupan.

Beban yang terus berjuang

Disini saya ingin melontarkan satu pandangan mungkin ianya kebetulan atau boleh difikirkan wajar. Sesiapa sahaja boleh melontarkan idea dan protes terhadap apa yang dinyatakan dalam laman blog ini. Namun inilah yang timbul bagi mereka yang meneruskan perjuangan tanpa rasa jemu. Dengan itu bertambahlah beban-beban jawatan kerana tiada siapa yang ada untuk memikul tanggungjawab yang diberi. Jawatan yang hadir satu persatu mengibaratkan kita mengangkat beberapa bungkusan beras 10kg dengan sebungkus beras=1 jawatan (Patah tulang den). laratkah kita memegang 10 jawatan dalam 1 penggal yang sama?

Ini akan berlaku lebih serius apabila menangnya kita dalam satu tampuk pemerintahan. Demi menjayakan misi permuafakatan yang ada, ada yang sanggup juga memikul segala jawatan yang ditawarkan. Ada juga yang menolak dan ada juga yang dapat jawatan hilang tah kemana dengan mesyuarat pon tidak hadir dengan satu jangka masa yang panjang dan sepi. Perkara ini juga saya hadapi namun sampai masanya saya perlu tekan butang "pause" sebentar dan berfikir. Kemudian jawapan "stop" akan dikeluarkan apabila memikir keadaan diri. Sapa yang larat dan mampu pikul tugas dan jawatan yang banyak, sila meneruskan perjuangan itu, bagi yang tidak larat, pandai-pandailah anda menolaknya.

Segala jawatan yang ada ini tidak kurang darinya perlu menghadiri meeting bagi mendapatkan info serta beberapa perbincangan yang perlu bagi sesuatu organisasi. Dalam setiap organisasi juga perlunya aktiviti bagi menghidupkan pertubuhan tersebut. Tidak mungkin program yang diatur hanya setahun sekali, mesti ada program-program lain yang menyusul. Bayangkan beban mereka yang memegang lebih dari 1 jawatan. Bagaimanakan kehidupan mereka? Tekanan mesti ada dalam mencari kawan membantu menjayakan misi dan visi

Sebab dan Kemungkianannya

Ini dapat saya lihat pada pengalaman saya sendiri dan juga apa yang telah saya lalui. Lumrah fitrah manusia yang ada juga diantara mereka inginkan kehidupan peribadi mereka sendiri. Disitu mungkin ada diantara mereka tidak mahu terlibat sama selepas keluar universiti. Bebas, bebas dan bebas dari kehidupan yang sesak, semakin sesak dan menyesakkan dalam diri mereka. Kerana mereka tak perlu bersusah payah dan berhempas pulas dalam hal jemaah. Kesilapan itulah yang menghancurkan diri mereka sendiri kerana pahala yang terpampang didepan mata di biarkan begitu sahaja. Kerana mereka lupa tugas mereka sebagai Khalifah

Kaitan kerja atau duit mungkin diantara sebab yang ada iaitu bagi menampung hidup mereka yang sedang mereka lalui dan rancangan hidup yang akan datang. Mereka juga ada perasaan dan ingin bekeluarga. Dalam pada itu juga tidak dapat dinafikan mereka yang membuat pinjaman PTPTN yang telah membebankan mereka. Yerlah, kerajaan punya tetapi, kerajaan tidak pula bantu mereka. Nak cakap macam mana, masing-masing fikirlah sendiri pro & kon nya. Terseksa je nak bayar balik. Bagi yang bernasib baik dapat biasiswa Alhamdulillah, bg yang tidak fikir la sendiri jawabnya.Bagi mereka yang sudah berkeluarga pula perlu memastikan keadaan ekonomi keluarga. Keperluan rumah, bayar kereta, rumah, makan isteri dan anak dan lain-lain. Itu belum lagi infak sedekah secara tidak langsung dalam menjalankan perjuangan persatuan mereka.

Sikap diantara kita pemimpin yang dah tertekan kerana kekurangan "geng" yang nak memperjuangkan Islam itu kurang. Kot ada pon sokong je nak jalankan org yang sama juga. Bila sahabat yang nak bersama menjalankannya bersama kurang komitmen jadilah 1 org je yang buat keje. Sehingga apabila jumpa geng baru diajak bersama untuk membantu tetapi "dipush" terus menerus? Dengan satu jawatan tambah lagi satu jawatan dan tambah-tambah sehingga die pula turut mengikut jejak yang sama. Kemudiannya hadir la sifat fobia untuk berpersatuan dalam diri "org baru" ini kerana beban yang dirasai terlampau tinggi silap haribulan hilang terus.

Tidak mudah bagi seseorg yang aktif dalam persatuan dikampus boleh biasa dengan persatuan luar. Jadi penglibatan diri para pelajar dangan masyarakat perlu dalam mempelajari liku-liku hidup bermasyarakat. Ini kerana ragamnya yang berbeza didalam kampus serta masyarakat. Tekanannya juga berbeza dengan situasi yang lain dimana dalam kampus hanya melibatkan sesama pelajar yang beza umur tidak jauh. Tetapi bila keluar kampus dan dalam jemaah atau masyarakat risiko mereka dapat rasakan tinggi. Antaranya tugas, pengharapan pimpinan tertinggi, ragam pemimpin, sikap ego orang atasan ketidaksefahaman dan lain-lain. Sebab itulah kita dapat lihat diawal tahun selepas pilihan ramai dan lama kelamaan bilangan kehadiran mengecil.

Sebahagian peyelesaiannya

Setiap persatuan perlu pada bilangan kehadiran dan pimpinan perlu mencari kaedah penyelesaian dalam menambahkan ahli. Kaedah rapat dan bersama belia boleh diamalkan dan pada masa yang sama no telefon serta nama diambil sebagai rekod. Penerangan program dan perancangan pada masa akan datang perlu dalam meningkatkan minat belia. Seelok-eloknya setiap aktiviti yang dijalankan oleh persatuan di sebarkan pada mereka melalui email atau sms. Boleh atau tidak, cuba amalkan, saya rasa boleh di terima kerana ini kaedah yang biasa digunakan.

Ketua perlu faham pesaikologi org yang kita hendak beri jawatan. Tidak boleh dalam masa yang singkat kita push untuk banyak jawatan takut timbul rasa beban pada dirinya sehingga die tidak mampu utk melakukan semua tugas tersebut. Antara sebabnya mungkin keadaan dirinya yang bekerja dan perlu fokus pada yang utama. Disitu belia tersebut akan "lari" meninggalkan kita keseorangan. Jika boleh kita pujuk dan tanya dahulu kemampuan die dan minat. Disitu perlahan-lahan kita tengok kebolehan dan membiarkan die biasa dengan tugas yang diberi.

Dalam masa yang sama juga kita pastikan die sentiasa bersama kita. Minat dalam menjalankan tugas perlu ada tidak kira jawatan dalam persatuan, AJK, Biro, Lajnah dan AJK dalam aktiviti yang hendak dilakukan. Hal ini samalah kita makan nasi atau menyuapkan anak kecil makan. adakah kita sumbat sahaja? belum abis dalam mulut disumbat, sehingga tercekik.. Mati dibuatnya. Kita pon klu kene mmg tercekik. Bayangkan jika makanan itu tidak lalu untuk dimasukkan kedalam tekak kita. Mungkin blh muntah. Memang benar kita boleh buat sebab kita sudah biasa, tapi yang tak biasa boleh buat? lagi-lagi kurang minat...

Seruan saya pada mereka yang masih bergiat dalam persatuan Islam dalam mana-mana institusi, istiqamahkan diri anda dalam perjuangan. Kawal diri dalam berjamaah dan jangan terlampau meghukum orang lain kerana silap haribulan kita akan diuji. Tidak mustahil di kampus menegak amar makruf nahi mungkar bila keluar kampus atau sampai masanya kita jadi duri dalam daging. Kerja dakwa, tarbiah serta siasah perlulah seimbang dalam disegenap sudut. Ianya bukan sahaja mentarbiah atau menyebarkan dakwah pada orang lain tetapi mentarbiah serta dakwah diri sendiri.

Read More
Posted by Al-Hariz on

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan