Baru-baru ni saya telah ke Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil di Hulu Selangor... Kiranya sudah 2 kali saya ke hulu selangor sempena PRK Hulu selangor.. Secara umumnya satu hari masa perlancaran MPTS dan sukan PASTI Hulu Selangor... Wah, nampak gempak dan best, buat sukan sebelah tu markas untuk pasukan polis dan FRU..

Alah, apa nak takut... bukan merusuh pon.. Budak-budak bersukan je.. Klu diorang kacau, maknenya diorang amat la kebudak-budakan teramat sangat. Alhamdulillah sukan dan perlancaran berjalan dengan baik dan lancar... Tapikan, 1 jer, susah juga nak pilih gamba yang menarik.. kene kasi edit. Lagi pening kepala nak buat berita.. Sejauh manakah keintelekkan diriku ini untuk mengolah berita..

Cube chek dulu SPM Bahasa Malaysia dapat berapa??? hohohoh.. itu rahsia hidup si tukang taip ni... Bestnye kot ada suri .......(bahaya buka topik ni...) utk membantu. Ish, ish, ish... jiwa remaja, biasa la...hahaha... Gambar punyalah banyak diambil, tp macam semunya menarik.. (eceh puji diri tak malu..) Yang best selesai semuanya, kami pi makan cendol!!! perh.. masyuk... itu abg aslam belanja.. ahahah. Tiap kali keluar denagn die dan kak nizah die belanja ... Best...

Kali kedua pemergian saya ke Hulu Selangor adalah dirahsiakan disini...ahaha. Bahaya, blh menjejaskan kereabiliti diri tau... Tapi kali ni naik KTM... mau taknye, 3 jam saya menempuh perjalanan. Sampai Rawang je jumpa sorang uncel berbangsa india. Topiknya mula pasal KTM yang dinaiki pki gerabak diesel menarik KTM la... Die kata wawasan DR. Mahathir dahulu yang nak menjadikan KTM ada seluruh Malaysia.

Tapi kata uncel tu susah nak jadi, sebab itu politik punnya orang yang bikin susah... Ha, paham-paham la ye... Selepas itu, uncel tu tanya kami "kamu mau pi mana?"
Membe jawab "ke kuala kubu, uncel?"
"saya mahu balik batang kali" balas uncel itu.
"Uncel hari- hari naik KTM ke?" membe merancakkan perbualan
"Ya, saya hari-hari naik" balas uncel tu
die tanya kami pula "ada apa di KB?, uruskan pilihan raya? kamu wakil mana?"
kami mengangguk dan menjawa, "kami dari PR dan parti PAS"
Uncel tu dengar je, die terus salam kata, "bagus-bagus... nanti you bagitau itu zaid, satu undi die sudah dapat"
Dalam hati saya "ai, bagus sokong PR ni"

Last-last sambil menunggu KTM memulakan perjalanan, kami mendengar cerita uncel tu siap masuk sejarah dahulu kali sebelum merdeka pon ada. Mak ai, memang kuat ingatan la ini uncel.
Cuma rumusan yang saya perolehi disini persepsi rakyat semakin baik dan memang percayakan kerajaan PR. Namun isu-isu yang dimainkan serta diputarbelik macam nak sembelit oleh BN melalui medianya memang hebat.

Dalam perbualan kami juga ada menyuarakan ingin tahu nama uncel tersebut tetapi beliau merahsiakannya kerana hal-hal berkaitan. Melalui kesimpulan awal kami uncel ini mungkin orang kerja bawah kerajaan yang terikat dengan akta tidak boleh berkempen. Katanya mungkin 4-5 tahun akan datang kita jumpa lagi. InsyAllah, kot kita panjang umur..(menolog dalaman).

Input uncel ini juga banyak memberi info pada kami bagaimana isu perkauman yang sebenernya dimainkan oleh mereka gila kuasa. sungguh rakus dek kerana pangkat dan harta. Jika kita singkat sejarah hidup Khalifah Umar Abdul Aziz, kebanyakkan khalifah Bani umaiyah sanggup membunuh dan melakukan perkara yang keji demi mengekalkan kuasanya. Disitu kita boleh lihat panorama politik sekarang. Sapa lakukan, masing-masing boleh fikir la ye dengan pelbagai isu yang telah timbul...

Ok, mungkin itu sahaja coretan sedikit untuk enrty kali ini. Masa agak sempit buat masa ni, berita PASTI pon ada yang tak update lagi2. Sukan PASTI serdang dan Porgram Hulu Selangor... Semoga sama-sama kita bermuhasabah dan cube merubah negara kita supaya terhindar dari laknat Allah S.W.T..Ameen..

Read More
Posted by Al-Hariz on Wednesday, April 21, 2010
0 comments
categories: | | edit post

Adoi, Tengok dairi tiap hujung minggu ada program... So, macam mana? Malam pon belum tentu lagi... Klu last minit info la best seh...

1 April 2010

8.00pg: Macam biasa ke PASTI untuk mengupdate maklumat dan menyerahkan apa-apa yang patut.

8.30pg: baru cababut ke pejabat.

4.00ptg: Minta balik awal sebab technican Telekom datang untuk repair masalah internet. Nasib baik Modem life time warranty, jimat duit poket... Klu tak kene la labur tuk beli modem baru... hahaha...selesai orang TM check n repair masuk asar... Pastu solat la asar.

5.30ptg: cabut ke bangi

7.00ptg: Ke surau An-Nur, utk dgr kuliah maghrib T.G Haron Din. selesai je kuliah & solat isyak pi amik kek.. Klu nak diikutkan kene sebarkan flyers untuk dimaklumkan pada pengguna pakir kat tempat program bahawa tak boleh paking di situ selama sehari. Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan Hadi dan kawan-kawan kerja itu berjaya dibantu oleh mereka.

10.30mlm: Sampai umah dan makan nasi bungkus dapat masa pas kuliah td. Ingat nak balik mlm tu. Tp da ada Plan B kot abis makan pon 11 mata da mengantok tido bangi la.. Baju da ada tp tuala mandi tingal... hohohoh
2 April 2010

12.00mlm: disebabkan ada perkara yang nak dibincangkan, tido lewat jg..ish3...

7.05pg: Baru gerak ke klang lepas solat dan sarapan...

8.00pg: Sampai umah kak long simpan kek pastu balik umah letak beg baju dan lain-lain, pastu cabut ke PASTI bab ibu Irfan pelajar nak jumpa. Pastu gerak ke Pejabat.

4.00ptg: minta izin keluar awal lg bab nak kn tlg persiapan Malam kesenian Islam di Pekan Andalas. Artis, Ar-rayan, Azhan(juara Akademi Nasyid), ust. Akhwan, Ust Badrulamin Baharom. Hujan lebat, Pasang backdrop dengan Hadi, faiz & da geng. siap susun kerusi juga. Main hujan la... Alhamdulillah ada peniaga sedekah kuih dan air utk kami...

7.10mlm: Balik tuk siap-siap majlis dirumah

9.40mlm: Ke PASTI.

10mlm: balik umah balik dan majlis dirumah bermula. Hari keluarga... sempena ulang tahun kelahiran emak.

10.40mlm: Ke Pekan Seri Andalas menyambung tugas. Jumpa Artis tadi dan menjalankan kutipan derma dan kerja-kerja yang berkaitan
3 April 2010

12.30pg: Selesai sudah program, pi kedai minum.. belanja kawan-kawan guna dana yng telah diberikan. Nak makan pon susah, mcm2 lah kedai ni. Itu habis ini habis... Klu tau pi Andalas coner..hohoho

1.30pg: Barulah pulang kerumah dan menidurkan diri...
8.oopg: pi keje awal sikit bab nak balik awal tuk rehat sebelum ke DCF. Kuliah subuh pon tak ada pagi tu. Jadi siap2 pi la koje...

12.30tghari: Sampai di DCF untuk membantu abg Aslam... tak ada papa yang membebankan, tp masalah air membelenggu disitu. Kali ni pula ada masalah. Sebelum ni tak de masalah

3.00ptg: Tido jap, rasa nak tido. Tido dalam khemah(wah... berpeluh beb... tp nyenyak...) Teringat juga masa tido kat asrama poli, boleh sy tido dengan keadaan panas dengan kipas yang rosak. Membe pelik dengan saya... Penat, tido la. Nak bejaga sampai subuh pon tak akan gerak kipas tu...

4.15ptg: lupe buat pe lepas time ni... yang pasti asar da nak masuk waktunya...ahaha

7.00ptg: siap-saip utk maghrib. Makan lambat sebab makanan lambat sampai... kesian cikgu kebuluq... nak maghrib baru makan... selepas maghrib yng mana belum makan pi makan sementara menunggu penceramah

8.20mlm: Kuliah maghrib mula. Penyampai yang mmg membawa kontroversi dalam penyampaian. Tp memang bagus kerana memberi penerangan yang baik dan mendalam. walaupon tak dapat dengar semuanya tp mmg bgs pengisian.

11.00 mlm: Keletihan menjelma. mungkin siang td tido bertembah letih sebab tido dalam kepanasan.. hohoho...Kursus masih berjalan, den tido dulu..ahahah. Tp ada juga terjaga kul 12.30 tp semua da masuk rehat... kat kantin je kak nizah sibuk berborak kot... Saya pon sambung tido balik...

4 April 2010

4.30pg: Dengar guru-guru sibuk nak mula qiamulaili. Tp dengar desas desus masalah air. Mata dan kepala berat nak bangun sejam kemudian baru memaksakan diri mandi dan bantu pi tgk moto pum air. Tp tak berjaya mengepam air... Dibiarkan sehingga selesai penyampaian semua.

8.00pg: Abg rozi masih berbicara pasal air. saya ke pum air. matikan suiz pum. Selepas itu chek host... Bega punya bega, On suiz, lampu kuning dan merah menyala. Ini bermakna ianya gagal utk terus beroperasi. "off" semula dan "on" kembali. dibiarkan, lampu masih keadaan sama tiba-tiba berubah. Lampu kuning padam dan lampu power on (hijau) menyala. tapi tetap fail. Tekan butang reset moto berjalan dan tekanan moto naik 0.5. Air da mula ada.

8.30pg: Cikgu-cikgu da blh mempersiapkan diri. Hahaha... Igt nak suh depa basuh pinggan kat sungai lepas makan. tak jadi bila air da ok. Masalah, kegagalan moto berfungsi. Berkemungkinan panas.(moto pon mcm manusia klu "on" 24 jam memang penat...) Alhamdulillah salah satu ilmu baru yang baru ku perolehi dan dipraktikkan melalui teori 2 tahun sudah..hohoho

8.45pg.: Tolong alang dalam kemaskini maklumat dan sijil untuk guru. Jenoh dan berkali-kali ulang alik memastikan samada da semak ke belum, nasib baik sempat siap sebelum penyerahan sijil. Macam robot je saya tekan... ahahaha. Tapi da disemak pon masih salah. Mana silapnye ye??? Konfius den...

nikmat makan.... Lapo la time buat koje

1.30ptg: Masing-masing makan tghari dan menyelasikan Majlis penutup serta penyerahan sijil. Guru-guru macam da tak sabar nak balik ni..ahahaha. Alhamdulillah masalah air dah tak de, sebab beberapa masalah paip air yang tak ketat dan sambungan baru yang menjadikan tekanan rendah. InsyaAllah selepas ini masalah ini dapat diatasi dengan beberapa penambahbaikan. Jgn takut, air ada je. Maklumlah dinaiktaraf tapak kem mesti ada cacat cela sikit...

3.00ptg: Kami menunaikan solat zohor, Berkemas segalanya kemudian selepas solat asar barulah balik.. Menempuh perjalanan bersama anak-anak abg aslam yang 3 org kecik-kecik ni tido... Mungkin sedap dengan aircond kereta yg masih ok.

6.40ptg: Sampai dirumah abg aslam.

7.00ptg: Sampai dirumah. Then dapat mesej utk menaggalkan baner program. Sy pikir telah diuruskan oleh ryne. Jadi malam nnt uruskan. Siap utk solat maghrib dan ke surau

8.30mlm: dapat mesej semasa disurau, sahabat minta tlg, kunci kereta tertinggal dalam kereta dan terkunci. Saya minta cube dulu dengan teknik yg pernah dilihat.

9.30mlm: Membe kt tak boleh. Siap sahaja selepas berkumpul nak pi cabut baner, minta sahabat-sahabat jom tolong membe disurau At-Taqwa , jln lebuh turi.

10.25mlm: Selesai urus kereta, semua meneruskan misi menanggalkan 6 baner. Pecah 2 geng, dan lokasi yang perlu di tanggalkan adalah depan 99market kat pekan andalas, simpang trafic light pangsapuri polis, traic light dekat taman rakyat, pintu masuk masjid, masjid tok dagang, dan telok menegun. 5 org berjayakan misi.

11.00mlm: Misi selesai, untuk menghargai keletihan belanja la minum sambil berbincang dan berborak-borak

11.40 mlm: pulang kerumah dan siap untuk tido...

Misi yang berterusan. memang penat sehinggakan takut tak boleh mengwal kemarahan bila org tak faham den banyak soal. Hoohohoh, kene belajar ilmu sabar. Takpe la, klu tidak pon dapat mengurangkan beban otak tuk fikir pasal ................................. yang ada. Salah satu cara mensibukkan diri dengan aktiviti. Formula yang sudah ada tp tak perasan sejak dulu kala lg...hohoho...Hari ini meneruskan program ke kuliah....



Read More
Posted by Al-Hariz on Monday, April 5, 2010
0 comments
categories: | | edit post

2 April 2010... Genaplah umur mak ke-52.. Mungkin bagi mak sekejap je masa berlalu sehingga yg kami ini dahulunye semasa kecil, mengopek dekat mak je. Tetapi telah besar dan ada yang sudah bekeluarga. Besar dari konteks perjalanan hidup dan seangkatan dengannya walaupon hampir kesemuanya badan tak le sebesar mana(maintain je tu...). Munzir je lain, bab dah terlebih enjet & pam dengan makanan kot...ahaha. La ni mak ada 3 orang menantu 2 orang cucu... jadi dalam family da ada 5 org perempuan... Kiranya seimbang sudah semuanya... 5 orang perempuan...

Klu nak cite kisah hidup mak didik kami memang panjang, macam-macam ada... Nak tahu kn masuk family lah.. jeng3... Ini rahsia kami jer..ahaha. Ok apa yg dirancangkan kali ini, Alhamdulillah menjadi walaupon ada kekurangan. Maklumlah, ayah keje pula, Hari tu ada program pula. Tapi perancangan & maklumat telah dibuat 2 minggu sebelum itu. Masing-masing kene adjust masa la... Alang dengan urusan kursusnya, saya masa tu pula dimaklumkan ada program ceramah dan pihak masjid minta tolong Biro pemuda masjid turun membantu.

Perancangan nak buat suprise kurang menjadi bab dah terkantoi... Tp terkantoi pon masa hari sembutan juga la... Kira nasib baik mak tak masak banyak. Kang membazir je... Kira kami da kelentong awal-awal. Masing-masing datang malam lepas maghrib. Nak suprise punya pasal, kelentong baik punya. Tp terkantoi... Tak pelah, kira menjadi juga. Mungkin berbunga-bunga perasaan mak malam tu.. Perjalanan program Jumaat malam bermula kul 10mlm. Kami Meraikan dengan Doa selamat yang di bacakan oleh Abg lang. Tak kan Perancang kene baca pula, kasi ustaz yang sudah diiktiraf lah yang baca... kan3...

Ingatkan nak buat pertambahan isi kandungan dengan pengisian, tp masa agak suntuk dan ditambah program masjid di pekan Andalas. Kang balik malam anak buah sy tak elok juga... Dah la si syifa' domam. Tak pe mungkin akan datang kita boleh rancang sekali lagi... Jadi selesai baca doa kami ke meja makan dan memulakan sesi seterusnye... apa lagi, suap meyuaplah sesinya..
Ha, ingat kan masa sesi potong kek, kot ayah ada boleh la suh suapkan mak, tp tak dapat... Jadi sebagai ganti menantu kono la suapkan kek ke mulut mak...ahahaha. Pembaca jangan salah faham, potong kek tak untuk makan yer... Macam mn nak makan klu tak potong kek.. batul tak?? Kemudian Sebagai wakil anak lelaki, Along tolong suapkan kek ke mulut mak. lawak sikit la masa ni, along memujuk mak dengan gaya peliknye...ahaha... Sebab da 3 org suap, mak kt cukup la... Tp along pujuk utk last suap... Masing-masing ada bg hadiah tersendiri...

Harap itu dapat menggumbirakan emak...Ini pon adalah salah satu cara bagi kami untuk berkumpul dirumah bagi bersama dalam silaturahim. Yerla, masing-masing sibuk, lagi-lagi alang dan termasuk saya dengan program hujung minggu.. Hujung minggu tak setiap minggu ada dirumah. Tak cukup dengan itu malam pon meting atau ada program memanjang. Ada jer agenda masing-masing. Along dan angah mungkin ke jemputan kenduri hujung minggu dan diorg mungkin ada masa tak seperti kami... Tapi klu saya tak usah cakap ada je kat umah. Dah duduk umah mak ayah...ahah.. Cuma nak melekat kat umah tu je kureng. Tp cucu tu menjadi pengubat rindu mak la dikala duk sorang-sorang dirumah...

Ok, tak ada papa sangat pon cerita kali ini. Mungkin gamba disini menjadi penarik cerita...Sini pon gambanya letak sikit je, selebihnya try masuk facebook ye..
Syukran jazilan ya ummi...

Tanpa dikau, kami tiada didunia ini
Tanpa dikau, kami tidak jadi begini
Tanpa dikau, siapalah kami
Segala-galanya bermula denganmu, Ibu..

*nak feeling, cube bayangkan saya nyanyi lagi Ibu album kumpulan iman...ahahaha

"Macam mano bontok eh nak potong ni?????"

sibuk je auni ni, kek auni da lepas la...

Tgk tu, terpakso la wan pikul dua sekali..

Si syifa' tgk org makan, meleleh air luirnye...ahaha

Jemput-jemput tambah ada lg tu...

Read More
Posted by Al-Hariz on
0 comments
categories: | | edit post

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan