Ha, entry kali ni sambung untuk hari seterusnya. Melalui komen pada entry Pengisian cutiku Sebelum ke Pahang, maaf ye cik Mardhiah. Kak teah pon eja salah dalam Y.M. Saya try cari yang betul, rupenya kak teah pon salah..ahahah... Heheh, kak teah, perbualan tu sebahagian je, relek, dah di tapis melalui unit penapisan ayat sdn. bhd. Ok masuk topik balik untuk kalini. Disebabkan tiba-tiba sy berasa kurang selesa sy terjaga kl 6.30 pagi...ahaha... Apa lagi bangun terus amik wuduk la... Tapi bukan sy sahaja, yg mana sampai tgh malam tu sm la..ahaha. Tp dengan bangganya sy bangun dulu..ahaha. Pas solat subuh baru mandi dan menghadap T.V. Ada astro tu... best macam-macam cerita ada.... walaupon makcik(mak kak teah) kata "klu ngantok smbung la tido" tp sy tetap mengagahkan mata untuk tidak tido, bab astro ada ma... Sambil makcik sediakan sarapan, die suruh minim la air kopi Radix dan kuih yang dibeli. Rajin makcik...

Kemudian Kul dalam kul sembilan barulah kami makan pagi... (sampai tunggu ada org tu lambat bonar bangun...sambung lelap kejap je la, kan3...)ish3... jgn mare... Lepas makan pagi sy meneruskan ekspedisi melakar pelan dan melihat wayaring umah makcik... Agak pelik juga sistem DB yang lama masih digunakan walaupon umur rumah mak ayah lagi lama. Ni pemaju abiskan stok ke atau ketinggalan zaman dalam perubahan sistem pendawaian??? Sapa pemaju, sapa kontarktor? ha, klu yg pk untung aja, paham-paham la... Pemilik yang kesian. Tapi tak pa, beza sistem dulu dengan sekarang dari ciri keselamatan dan kekemasa telah dipertingkatkan . Fungsi tetap sama. Tapi seelok-eloknya diupdate bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Nasib baik tuan rumah ada inasiatif. Tp juruteknik kene buat pelan dan anggaran budget dulu. Tak boleh terus buat sebabnya, cuti raya cina, kedai banyak tutup.. lagi pon tak tau mana kedai elektrik yang berdekatan... (sampai la ni, tak sempat ke kedai utk tgk harga... tgk hujung minggu ni macam mana.) Pelan da siap, mana yang perlu ditambah boleh ditambah, gambar pon diambil bagi dijadikan sebagai reference nnt.

Lepas tu kami sambung menonton astro... Macam-macam ada..(dah meninggal pakcik yg dalam iklan tu dulu) Ha, dalam kl 11 macam tu pi ke kg tuan berserah ye?(btl ke kak?) adoi, tak sempat tengok nama kampung da, asik sangat tengok pemandangan...(awek pon sy tak sempat tengok...ahaha...)Ada kenduri dekat dengan umah abg kak teah iaitu sedara maranye juga... Peh, sodap seh, makananya. Bubur kacangnya pon blh tahan la... lepas selesai kat kenduri kami ke umah abg irfan(abg kak teah) jap tuk duk-duk. Dalam kul 1 lebih kami pon pulang... Tapi hakikat yang tidak biasa sy lakukan. Solat zohor & asar tak buat jamak & qasar pon... Hahah... Baru terpikir malamnya bila berjemaah, lebih 100km tu... lagi pon bukan menetap sini pon... Kami musafir... Sepanjang zohor sampai ke asar tido, pastu petangnya tgk astro sampai ke malam. Huh, kak dgn abg tak bawa jalan-jalan pon. Tak dapat cuci mata, cuci mata dengan astro je la.

Tapi nasib baik petang dan malam tu ada banyak cerita best. Malam tu ramai la menghadap astro ada cerita CJ7 la, cite cina yg agak lawak dan kelakar. Pastu tido...

Read More
Posted by Al-Hariz on Tuesday, February 23, 2010
1 comments
categories: | | edit post

Kami memulakan perjalanan ke Pahang lebih kurang dengar azan Isyak di stesen minyak. Tp sebelum tu, akak tanya kat abg, "solat tengah jalan ye?" hahaha, soalan cari penyakit. Kene usik la... Mana ada org solat tengah jalan, hebat betul akak ku ni, kereta langgar tembus apa?heheh... Perjalanan ke Pahang ni boleh dikatakan pertama kali pergi tanpa saluran sekolah. Dahulu pernah pi la, tp genting highland la... under skolah. Tp rasanya tu kat tengah-tengah semenanjung yang ni tepi semenanjung. Kira langkah banjaran titiwangsa la...(btl ye geografi sy ni?hhuh)

Hahaha, tentang driver, mula2 yang bawa alang, sampai mana tah ada satu hentian rehat. menurut ingatan melalui pandangan mata saya yang tersimpan dalam kepala otak ni, hentian rehat tu selepas atau sebelum janda baik kot. Ha, jadi kami solat Isyak qasar disitu.Perjalanan bermula dengan pemandangan negeri selangor sehingga gombak yang boleh dikatakan nampak bangunan la. Pastu serba gelap la bila masuk lebuh raya karak tu hanya bertemankan org didalam kereta(mesti la, xkan bertemankan hantu kot...) dengan jalan yang disuluh dengan lampu kereta. Lepas berhenti solat isyak td mmg tukar pemandu iaitu diganti dengan saya. Ini ekoran daripada ketidaksihatnya abg. Hei, balik pahang je tak sihak, asal balik pahang je tak sihat, asaltak sihat je, balik pahang. Pelik betul depa ni.

Hahaha, yang ni ada suspen sikit. Adoi ingatkan nak tidolah kejap ms abg bawa, die tak bgnye kita tido. Jadi dan-dan la kita ingat die bawa sampai abis rupenye tak. Alkisahnya nak belilah air nescafe kat petronas lepas solat td, tak jd bab org beratur panjang giler. Boleh dikatakan ramai la org. Cina sambut raya melayu & india pon raya sama la. Tp tak le raya mana pon, balik kampung & jalan-jalan waktu cuti... takkan la nak duk terperuk dalam umah sendiri kot... Bosan seh... Masuk topik balik. Jadi walaupon tak tahu jalan, bawa je la bab tgk je la papan tanda ke kuantan mudah cerita. da dekat-dekat sampai baru tanya. Tapi tak dan pon bab mungkin sejauh 50-70km sahaja saya bawa. sebabnya ada situasi yang merbahaya.

Disebabkan tidak dapat rehat sekejap lepas keje dan ms abg drive, sy keletihan untuk drive. lagi-lagi dengan sakit mata teramat sangat disebabkan silau dari lampu kereta yang mahal-mahal. Yang sy peliknya tu, asal mcm diorg ni ada yang pki lampu tinggi? klu kereta yang tinggi tu mmg la ni yang sam tinggi pon pki lampu tinggi. Dan ada juga mungkin bukan tuan tu paki kereta lampu tinggi, mungkin disebabkan tuan kereta tu kaya sangat sehingga kadar kuasa lampu keretanya yang tinggi dan berkuasa(ayat mcm fiksyen sains pula..). Sehinggakan ada satu masa ku seperti terlelap seketika sehingga kereta yang dipandu berada diantara dua lorong, nasib baik aku tersedar da membetulkan lorang dengan pantasnya. sampai terjaga la yang lain. Tp mcm sorang lagi kat belakang tu mcm sedar tak sedar je... Ish3.. khusyuk dengan mimpinya kot..hohoho. Masa tu juga nasib baik xde kereta dibelakang dan sy terpandang hentian rehat dalam 40km lagi. hohoho

Dari pada itu saya makan gula-gula sambil urut bawah lutut utk mendapatkan kesegaran sehingga kawasan rehat. Bila segar sy pon memecut mengikut kadar 110-120km/j dek kerana risau akan keselamatan. Jd dalam kepala otak harap dapat sampai ke kawasan rehat demi menyahut, pandu cermat jiwa selamat/ berhnti rehat jika mengantuk/ ingatlah org yang tersayang. Memang igt org tersayang keluarga je la, nak sayang sapa lagi? kawin tak lagi, ehem pon blh nampak lg..hehehe.. Seingat sy berhenti nak beli nescafe dan tido sat last-last tido jap pon tak boleh belah mata ni jd tukar dengan abg balik... Hahaha... Kali ni sy gagal bertahan dek kerana mata dan kepala yang sakit. Abg pon drive samapai ke gebeng dan mencampakkan(ceh, ganas tu campak2 sian die...bhs baik menurunkan..) juniornya itu di rumahnye. Kawasan apa tak ingat. Tp memang hebat dah tengah malam pon budak-budaknye kat luar umah lagi melepak. Nak kata lalu la juga simpang ke POLISAS, UMP, Kolej Komuniti, Kolej-kolej swasta dan UIAM(jeng3....)

sampai umah Mardiah td da drop die, die pon mamai, sampai bg direction yang salah pada kak ipar saya untuk drive ke kampungnya. ahaha... jadi akak saya drive pon dengan gaya bersungguh-sungguh melalui jalan sana sini(banyak betuk simpangnya sampai tak ingat) sampai lah kerumah dalam kul 1 lebih(pagi tau bukan petang)... Jadi angkat barang pastu tido...(den tido luar je.. mak akak kata banyak nyamuk, tp stedy je tido tanpa digigit oleh nyamuk. mungkin nyamuk pon tak lalu gigit, bab tak cukup darah kot...hohoho...

*bersambung...

Read More
Posted by Al-Hariz on Friday, February 19, 2010
1 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum pembaca sekalian.
Tiada apa sangat yang ingin disingkapkan dalam laman blog ini melainkan cerita kerana karya-karya berunsur ilmu memerlukan masa yang berkualiti untuk di nukil. Oleh kerana cerita pengalaman datang dari pemikiran dan imbasan kembali mudah untuk dinukil semasa borang dalam pejabat... hohoho..
Alhamdulillah cuti raya cina baru-baru ni da abis dengan jayanya(ceh, macam menyambut atau buat program pula ucapan..ahaha) Klu diikutkan perancangan sebelumnya pergi ke kelantan bertugas untuk bantu cikgu rosli untuk bengkel pengurusan, tp tidak jd ikut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mana taknye, dah la ada kelas, hari kursusnya pula ahad, tkt tak sempat pulang. Untuk tidak memeningkan kepala, menyusahkan org tak le jd pi dan diganti dengan kembara negeri kak ipar saya. Ceritanya begini, sy meletakkan status "cuti ni x jd ke kb, nak buat apa ye?" hahaha. Mula-mula abg tegur, ni katanya "haha, btlah apa2 yg ptt"
pastu akak tegur, " Fatihah: laa.. xjadi ke?? mohd al-hariz : program jd, cuma sy x blh nak pi" Fatihah MY : ikut balik kuantan lah.. ahaha mohd al-hariz :kuantan? klu blh xde masalah...ahaha, balik kampung bila?
Fatihah MY :lepas maghrib mungkin...
mohd al-hariz : ooo Fatihah MY : xcukup bilik nie.. mohd al-hariz : asal? x cukup bilik akak n abg bw khemah la.. hahahaha Fatihah MY : klu atih ikut kena tido luar lah... tdo ruang tamu mohd al-hariz : puiyo... ada org nak ajak Fatihah MY : nak ikut k?? mohd al-hariz : klu abg bg... Fatihah MY : tanya abg jap yea.."

huh!, panjang giler perbualannya. Diringkaskan jd lah pi kuantan. Tp atas beberapa sebab iaitu pertamanya tolong tengok-tengokkan perkara berkaitan wayaring. hahaha... Klu nak tukar dan buat baru kena lah tgk keadaan rumah, buat pelan dan anggaran kos. Klu tak pening la tuan umah tak tau budjetnye. Nak buat biar tuan rumah ada budjetnye... lagi pon nak beli barang time tu kat sana cuti raya cina, kebanykkan kedai tutup dan kebiasaanya cina yg jual barang elektrikal ni. Yang boleh dibuat nyalakan lampu dan buat lakaran pelan dan ambil gamba untuk buat anggaran DB baru dan rewayaring semula...

Kebetulan hari jumaat tu boleh balik awal, jadi mudahlah untuk sy packing barang siap-siap dan terus ke bangi untuk bergerak ke kuantan menaiki kereta alang... kereta tinggal di bangi, kebetulan juga kereta ayah sy tak pakai dan petang itu juga siap diservice dengan segala macamnye. Berkali-kali la bdk yang buat ni coll. Ha, nak tau apa rumusanya service hari tu?. ha... service, tukar minyak enjin, plug, oil fiter, cuci radiator yang berkarat dikhuatiri tersumbat, tukar minyak gear yang dah hitam mcm minyak hitam, tukar hos radiator yang sekali tgk mmg berkarat dan tah apa la lg. Tak igt bab semuanya total after diskaun RM350.00. Ha... tu blm tukar meter yang rosak. maklumlah kereta antik, jd kn la tunggu ada barang second... Nak beli baru mahal tauke tu kata. Jadi tangguhlah tukar benda tu.. Selepas bawa balik kereta, baru teringat, lupe minta buat aligment tayar... hoho.. bahaya tu kompenen penting untuk perjalanan yang selamat..

Siap-siap kemas semua last-last gerak kul 6ptg menaiki BCR5673...(aceh, mcm naik flight bunyinya..). Sedap je lancar perjalanan sy tersangkut jem dekat hicom. mau 20 minit sangkut kat situ, menjadikan perjalanan saya ke bangi sahaja sejam 30 minit iaitu tepat-tepat sampai manghrib di sana. Nasib baik sempat solat berjemaah di surau. Hahah, lepas solat kita makan dulu sambil menunggu junior alang yang nak tumpang sama balik kampung ke pahang... iaitu Mardiah.. ado budak ni rupenye...

*seterusnya akan bersambung...

Read More
Posted by Al-Hariz on
2 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum pembaca yg dihormati sekalian. Ya, Hari ini tajuk cerita atuk. Maksudnya cerita tentang atuk sy la. Atok yang mn? atok Ismail Bin Syafie. Atok yg satu lagi, Daud Bin Maksin tak tau nak cerita tag mana lagi bab awal benar die dah pergi. Ada nun die duk dirumahnya di sebelah Masjid Jamek Ar-Rahimiyah... Paham2 la ye, kubur jawapanya... Waktu tu sy sekolah rendah lagi. Jadi nak igt ayat atuk kisah2 berama dengannya kn menjalani proses imbas kembali atau pon hipo....(x tau sambunganya, tlg jwbkan) Papa pon mari sm2 sedekahkan Al-Fatihah pada Atok Daud Bin Maksin...
Ok, masuk cerita sy pada yang asasnya. nak cerita ttg apa ye? hurm... ha, yang ni mungkin best. Masa abg ku nak tunang. Punya la hari jumaat 2 amik cuti utk balik kampung bab esoknya nak pi umah org perempuan tuk minang. Sampai kampung ptg jumaat. adalah ceritanya, tub2 ajak atuk sekali utk jd org tgh utk bertunang. Alang tanya atok "mcm mn ni tok apa yg perlu & wajibnye utk tunang ni"
ayat atok "Ekau siapkan 2 cincin satu risik punyo satu tuk tunang satu. pandailah atok goreng nnt" wah... best, siap goreng lagi tu... mcm masak gulai lomak cili api jo kan?ahaha
Memang setel la lepas atok "goreng". Jd mudah dan ringkas & pendek cerita, cepat makan cepat balik.ahaha
Punya sempoi atok, cayalah... Timbul awan di kepala ku dengan tertanya2,"agak2 masa ak pon kn pakai khidmat atok jg ni...hahaha"
Kisah dari keluarga bahagia yang lepas, bagi mereka yang blm baca sila la baca. adalah sikit kisah yang pelbagai.hoho. Atok menjadi chef utk lauk daging masak gulai, mmg best. Asik dekat luar je la kat dapur masak. Ssh bonar nak ajak tangkap gamba, last2 bergamba dgn sy.*
Baru2 ni pak long blh mak meninggal. Atok pon turut datang ke rumah keluarga pak long. Kami tunggu urusan jenazah, disebabkan lama atok tunggu die gerak dgn pakngah pon dr kampung x sompek sarapan atok pon ajak paknagh pi sarapan. Waktu 2 kul 10 lbh klu tak silap. kebetulan kami iaitu ayah, along, alang n sy ada, kami pon joint sekali.
Pakngah kata, "kita naik exora la... ramai ni... alang2 pegawai la belanja..."
Ada pak sedara lain kata, "apo susahnyo, cucu da kojo, cucu lah belanjo."
Ayat atok, " den bawak duit ha, tp ni jola, RM4 lopeh den sorang jo la"
pakngah pula kata, " nnt nak kiro atok kau tunjuk den bayar den punya jo yg lain bayar sendiri"
hahaha lawak2, blh dikatakan semua laki2 je pi, mak, wan, akak ipar tinggal. kami je pi makan lapo, pas suboh bertolak. mana tak lapo... Last2 ayah yang bayar... kira ada tajuk ni, Kisah Ayahku belanja ayahnye n anaknye pon untung sama bab ayahku belanja...heheh
ok, masuk topik td balik, punya la cari kedai ssh da, maklumlah jalan dah dibesarkan, semua gerai da pindah, lg2 kawasan 2 lapangan terbang melaka kat situ..
Sampai sat gerai tanya org 2 nasi lemak xde, roti canai pon xde. atok kata tak best la, cari tempat lain. Cari punya cari last2 makan tepi jalan, seberang jalan 2 pemandangan kubr cina...ha.. baik punya pemandangan. Nasib baik seberang jalan, seberang sini rumah, tgk la kot2 ada awek lalu... ops... ahahah, provokasi...
Itulah blh dikatakan kali pertama sy mkn dekat luar dgn atok di gerai. tak tau la abg2 sy & ayah dah penah kot. Pakngah jgn cakap la, mesti selalui.
Pendek cerita, adalah beli beberapa bungkus utk kaum Hawa yang lapar disana...
Ok, Pastu topik di umah atok iaitu lepas selesai kebumi jenazah kami balik kampung. Kenduri keluarga Paklong tak blh buat sbb semua tak sihat.
Ha, mlm 2 kami mkn dumah pak ngah(Menyalang sekali bersama alang)
Yg best lepas balik umah pakngah solat semua, atuk, wan, mak n ayah duk borak. sy pon joint duk jap pastu nak tidur,(tidur luar kampung bilik tak banyak)
Nak tido tak blh bab dgr org bercerita last2. klu tak pon ada la mak cuit tanya itu ini.last2 dgr jo le. Ok jg dgr, blh tau la cerita org lama pastu salah silah keturunan dulu.
Rupenye dulu atok duk kat Kepong selangor, moyang pula keje kat tempat latihan polis dkt2 dengan janakuasa elektrik. Atok kt dulu nak pi sn bahaya. Maklum la zaman penjajah. lg2 ms komunis. jauh atok menapak dlm hutan 2... tp mcm 2 la gambaran yang diberi. itu pon atok kesana bila ada urusan ptg pasal keluarga.
Atok ada cerita juga ms dulu die kene juga fitnah. Maklum lah, org miskin. sikit2 org mengadu kat keluarga kata anaknye mencuri. padahal org 2 tak buat pon. Penah atok kata kat wan yang menuduh die mencuri, "wan, nasib baik wan tak cantik, klu tak wan yang sy curi dulu" haha, gelak kami.Ada juga kwn2 atok yg lain kn perkara yang sama tp buat dono je. dah pkr 2 die ta buat tak usahla melatah.
Banyak lagi sebenrnya cerita tp dah lupe. Tp mungkin bila jumpa atok kita kene tanya2 serba sedikit tuk dgr cerita dulu2.
Ha, 2 je la cerita atok, kot ada penambahan sambung kemudian. syukran membaca

Read More
Posted by Al-Hariz on Monday, February 1, 2010
1 comments
categories: | | edit post

"ring2... ring2..."
Jam menunjukkan pukul 12 malam, baru pas balik usrah di rumah anak yatim al-munirah, Johan setia bersama sahabat-sahabat dan Ust. Zamani sebagai tuan rumah dan naqib.
Terditik dihati sy, ai, tgh malam ni pon ada org coll umah? biasanya mlm2 ni khabaran org meninggal je. Sy terigt maghrib td pak din(adik mak) bgtau pak long dah kritikal. mungkin perkembangan terbaru kot. lalu aku menjawab, mmg pakdin yang coll. Pada masa yang sama ayah n mak sy keluar dari bilik tidur apabila mendengar deringan telefon. Pakdin nak cakap dan mak/ ayah. Sy pon terus menyampaikan ganggang telefon pada ayah.
sambil tu sy menukar baju n siap untuk tidur, selesai tukar baju tak abis lagi perbualan mereka. Dalam hati berbicara "ai lama tul ceritanya, apala yg diterangkan panjang lebar oleh pakdin, mcm penerangan doktor."
Tak lama pastu selesai, sy dan mak bertanya apa ceritanya. Diringkaskan cerita, Paklong dah tak sedarkan diri. mesin darah dalam badanya pon dah tak berjalan, cuma peralatan oksigen sahaja masih berfungi. Cuma bagi kami, berdoa sahaja la. Dengan keadaan seperti biasa ditambah badan yang letih sy masuk bilik dan tidur.
"Bangun... Dah nak subuh da..."
Aku bangun seperti biasa duduk sambil mak kejut adik.
pastu mak sambung cite
"mak ayah n along nak pi ziarah keluarga paklong ko. Paklong ko dah meninggal kul 2 pg tg. ko balik tak? atau ke keje? "
dengan itu sy buat keputusan utk E/L. Terfikir juga maklumat yang diperlukan bos coll bos bgtau cuti, pastu coll membe pasal maklumat. Lepas subuh aku terus emailkan maklumat bos perlukan pada member ofic. Pas solat subuh on the way pergi singgah PASTI utk serah duit tukar dan pendarive utk membe ofic amik. walaupon lakaran tu blm disetelkan sy serahkan sahaja. yang ptg maklumat isi tu diterima dahulu.
Klu nak diikutkan mak, ayah n along nak ziarah paklong kat hospital hari sabtunya 30hb januari tp tak bekesempatan. Last2 semua amik E/L dan ke melaka, (Taman Hang Jebat) untuk ziarah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Solat jenazah dirumah sekali dan di masjid sekali lagi. Kemudian dikebumikan di Alor Gajah berdekatan kubur sedara mara keluarga maklog disana.
Sy igt lagi ada satu masa dahulu pi umah paklong, ms 2 rumahnye kat Alor Gajah dulu, Paklong siap tunjukkan satu lokasi ditangannya dimana ada mesin darah. dah lama juga berberlas tahun dahulu. setiap minggu 2 kali perlu ke hospital utk buat dialisis. Apa2 pon, semoga roh Paklong Syaari bin Daud berada ditempat gol org2 yang beriman.. Amin...

Read More
Posted by Al-Hariz on
1 comments
categories: | | edit post

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan