Alhamdulillah... selesai sudah majlis Qurban dan Aqiqah disurau & Masjid... Semuanya selesai dengan jayanya dan tiada permasalahan berat yang berlaku. Tapi aku masih ragu2 dengan beberapa perkara dan perlu diperbaiki pada masa akan dtg utk menambah baik serta melancarkan lagi pergerakan Majlis Qurban walau dimana jua tetapi diketengahkan adalah di kawasan aku.

Pertamanya nak cerita masjid, mmg aku x terlibat tetapi aku dah amanahkan beberapa AJK biro pemuda tuk turun dan bantu cikgu Jaafar dalam skuad pemantaunya bagi mengelakkan berlaku pengambilan daging secara tersembunyi. Yerla, org ni kdg2 tak tahu nak bezakan hadiah atau upah, dan ada juga yang suke2 tak menjadi peserta melebih2 cop itu ini mcm die yang peserta. jadi disitu kelemahan org kita di Malaysia ini. Dah tahu ilmu kurang tp tak mau cari ilmu... Pastu pk mcm org berilmu dan ikut adat serta keadaan. Ok, masuk topik balik. yang menjadi persoalannye mengapa cikgu jaafar coll & minta aku menelefon petugas squad?

Adoi, punya la kita sibuk disurau dgn nak buka pitu stor, amik brg, agih tag & mcm2 hal lagi blh pula cikgu jaafar dr masjid minta aku coll dak2 ni. Lg pon ms cikgu jaafar coll, tgh nak menumbgkan lembu da. hai, parah2... Sedangkan nama tersebut telah aku beri siap contact lg. Ni kira kes lupa bw list nama yang telah diberila ni. Tp yang menjadi halnya tugas dan wakil dah ku lantik, bdk2 ni dah aku bgtau jumpa cikgu jaafar. tp tah la, aku coll 2 org tak berjawab. Last2 aku malas nak coll teruskan kerja yg ada. Pastu hp berbunyi lagi, lembu dah nak sembelih, aku biarkan je bab tau mestu cikgu jaafar coll.

Jadi disini timbul dalam kepala pemikiran aku utk membuat sesuatu supaya aku blh yakin dengan AJK Pemuda Masjid ini dlm melakukan setiap perkara bila ketiadaan ketua. Mana taknya ryne ketua sbnr blm balik dr jeddah atas urusan kerja. aku pula kn pangku. Sdgkan aku bukan timbalkan. Poning2... Aku harap tertubuhnya KRM(Kelab Rakan Masjid) ini dapat membantu dalam pelbagai aspek. Harap2 penyertaannya ramai...

Tutup kisah Masjid, masuk kisah surau. Kisah surau ni xde papa perubahan, cuma AJK pengurusan jer berubah sedikit iaitu S/u dan bendahari kerana mereka dah terbeban sbgi AJK Masjid. Tp xpe, Alhamdulillah ada pengganti. Mcm biasa aku diminta jadi ketua tuk jg lembu ni supaya tak ilang atau terlepas pada waktu mlm. Alhamddulillah ada la 3 org dak2 ni rajin joint. siap diorg aku mintak tlg tampal no. kat bakul & tlg kopek kulit bawang.. . aku kul 12 tido da... penat giler... sebelum tido 2 da membalon sikit da, roti telu satu capati setengah.. tiba2 lapo... ahahah.. ok, sambung, selang berapa jap terjaga la bab dgr org berdengkur.. sapa lah 2... jadi bgn la selang berapa jam tuk tgk lembu2 ni pastu sambung... best 2 tido, pki aircond... ubat nyamuk mmg surau ada.

Pagi2 mmg sibuk. mcm2 hal pendek cerita selesai semua sampai kemas kul 3, pastu aku balik & tido ahaha. Terlajak asar la, kul 5 br sodar.hohho Apa yang nak dirumuskan tahun ni kurang teratur sbb susunan petugas yang tidak beberapa matching pastu ada yang dtg lewat. Lembu no 1, 2 da sembelih terus ke 9, 10, 4. No.3 petugasnya lewat. Mcm2 hal... Pastu satu lagi longgokan bahagian lembu yang telah diceraikan spt peha dan lain2 berlonggok do bahagian memotong, menimbang dan membungkus. dalam list 25 org 2 ponx blh pickup lg... sedngkan dah siapkan 2 line tuk memudahkan kerja. Yang masalahnya, banyak pengarah dr pekerja. Mcm x sungguh2 jer nak bekorban.

Pastu 1 lg dikejutkan kehadiran Dr. Mariah selaku YB Parlimen Kota Raja. Dgr cerita die pusing tgk n ziarah surau2 dan masjid2 bawah kaw Kota Raja yang Menjalankan Ibadah Qurban & Aqiqah hari ni. Bagus, satu sikap pemimpin berjiwa rakyat. Pastu Ada juga cadangan Tag petugas itu dijadikan kupon petugas dan tag itu diguna semua tahun akan dtg. Jimat... Hurm bgs juga, tp akan dibincgkan dengan AJK pengurusan utk mengetahui kesesuaiannya. Tapi aku harap ada la yang sudi membantu bila diajak bantu.. Esok nak pi bantu atau di telok gong atau seri sarawak xtau lg. Ada keje nak buat, silap2 dtg kenduri makan jer la.. hoho.. Jadi aku nak tido, esok ada mcm2 hal lagi... sekian...

Read More
Posted by Al-Hariz on Saturday, November 28, 2009
0 comments
categories: | | edit post


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...
Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T dengan limpah nikmat & rahmatnya cukup dan genaplah umurku yang ke-22. Kebetulan Hari Raya EidulAdha kali ini jatuh pada hari sambutan kelahiran ku. Ini menjadikan sambutan hari kelahiran ku yang penuh bermakna...

Hari Raya Qurban seperti biasa, Majlis Qurban dan Aqiqah... Sama seperti tahun sebelumnya aktivitiku disurau... Klu yang duk kariah 2 tau la apa cerita yang penuh... Jd, kwn2 mai turun melancarkan Majlis Qurban nnt yer... Oleh kerana raya jatuh hari Jumaat, jadi siangnya x dpt la nak dilakukan ibadah qurban kerana masa yang singkat untuk menunaikan solat jumaat. Jadi lakukan pada hari sabtu iaitu hari tasyrik pertama. jadi masa panjang dan xde la org tergesa2... Jadi esok blh la cari pisau dan asah pisau yang khas yang telah tersimpan setahun sudah.. ahahah.(silap2 org lain yg asah, aku paki jer..ahah)

Di kebanyakkan tempat juga begitu dan ada juga melakukannya hari ahad... mau ahad ni ada 2 tempat teluk gong & kaw cikgu jaafar. Hari sabtu ni pon da kene tolak2 da. Iaitu masjid, bukan apa, sekurang2nya ada Biro Pemuda mAsjid turun... Tp Alhamdulillah sudah di paskan atau diamanahkan pada org AJK Pemuda yang lain. Nazir & Timb. Nazir pon tanya, kn la jawab dengan bekhemah. Nasib baik Nazir Ust. Nasaruddin kamcing dgn aku.. ahah.. lg pon, malas nak beralih kerana semua family di surau, da jd seperti family day kami sekeluarga disana. Cuma angah tiada kerana ada majlis sepupunya di Terngganu.

Hahaha... Banyak pula mesej dapat malam ni... Jarang juga org wish sebenarnye... hoho... sapa yang igt jer la... Tanpa org mengucapkan apa2 pon aku tetap gembira. Rasa seronok & gumbira... jadi, esok akan diraikan lagi. oleh itu nak tido awal... sok bgn & solat subuh n siap tuk solat hari raya, kira Rock n Roll... eh silap, kita takbir dan bertahmid... Apa2 pon inilah rezeki aku yg Allah beri, x dpt duit, Hari Raya inilah yang Allah berikan utk aku pd tahun ini. InsyaAllah harap apa jua yang aku lakukan dikekalkan serta dapat aku lebihkan utk jalan Islam... Harapan aku juga apa moga Allah sentiasa memberi hidayah dan pertunjuk pada ku. Amin...

Read More
Posted by Al-Hariz on Friday, November 27, 2009
0 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang lepas mmg dapat 1 pengalaman baru & paling penat... Mana tdknye, hari rabu kn cirit birit, khamis tak ok lg, jumpa DR., mkn ubat kurang la sikit... Pas2 dengan kelas yang tah mcm gaya full time dibuatnye... Pd hari Jumaat pula ada presentation ttg RFID utk ternakan di Jabatan Veterina di Putrajaya...

Ha, ni yg mencabar ni... seminggu sblm dapat surat, mau tak terkejut, seramai 12 orang panel dijemput utk mendengar, dah la den kono present dpn dema. Bukan calang2 org beb, kebanyaknnya DR. dan selebihnya ketua jabatan dan bahagian. Yer la, bukan penah buat depan org kementerian pon. Biasa belajar dpn pensyarah jer, 2 pon x banyak tanya. yang ini mau banyak persoalan mrk. nasib baik org yang lebih pakar ttg teknikal RFID ni ada, selamat den, die yang terangkan ttg teknikal. Walaupon sy dr aliran teknikal, x semuanya kita tahu. Yang dah biasa dan buat lebih mengetahui. Tp apa yang nyata mereka teruja dgn apa yg kami persembahkan berbanding presentation dr kump lain. Sbb? kami ada hibrid tag dan yang lg best, team kami bw contoh sekali dengan cip2nya, reader n tag yang lama sehingga dievolusikan.

Klu diimbas balik ms raptai present banyak yang sy belaja, En. Mohtar siap tanya persiapan baju & nak tgk mcm mn pemakaian sy. Tp itu semua xde masalah, hal kecil bisa diatur, sekali chek je, En. Mohtar puas ati. Sampaikan cara jalan pon die tgk!!!... Mungkin die tgk aku biasa sempoi je pki & mcm x tau smart kot... kih3.. Bkn xtau mls la smart2, nnt org teruja pula tgk ke"smart"an sy..(kih3, masuk bakul angkat sendiri nampak..). Papa pon dengan adanya semua iaitu Bos, n pegawai2 lain sy membolehkan diri dan cube mencari pengalaman baru dalam kerjaya yang diceburi... Pas2 malam kelas, Alhamdulillah kelas abis awal... best 2... kul 9 da blh balik... tapi!!!

"ku terima 1 mesej dr org yg ku kenali"(ceh, ayat pelik) iaitu, alang la... Die ni pon tau2 jer aku balik awal... hohoho (plan, balik umah nak main game farmtown...huhuhuh. tp x jd...) Mcm ada sambungan isyarat tampa wayar pula. Yerlah, mengikut maklumat terbaru, hari rabu, sy sakit perut, die pon sm, sampai la khamis. Tp die demam pas2, ahaha... Sy Alhamdulillah... mmg nak demam da ari2, nak x nak telan jer la penadol ex-tend. Ok, masuk balik story, tah mcm mn die suh amik kumci kereta spare die da. Sampai umah, solat isyak, pas2 cabut la... Merempit la dgn moto. Di sini den poning, alang slh sebut tempat da... Die igt tol bt.3 tol sugai rasau. Apa lg, da sampai tol sgi rasau, merempit la ke bt 3. Klu da mlm2 bw moto, mmg pki jalan kereta la... best sikit, x berliku n jalan best.... Die pki moto amik kunci kereta. Kes kunci kereta tinggal dlm kereta da. Bila ku pk balik, mmg blh autolock lepas beberapa saat unlock. Sbb itu safety die... Ku tanya berlaku dimana? rupenya di gombak!!! 2 la, pi mkn x ajak...Kih3... Last2 sampai umah kul 10 lbh, malas nak main game sgt. Tp pk balik, blh pula aku ulang alik lg yer ke sn. sdgkan dulu penat jg...(tp balik umah, lombek la...kih3)

itulah hari paling penat. xde lah penat sangat, klu diikutkan nak menulis jg, tp x larat la nak buat mlm 2... bab da penat, lg pon da mlm n mls mendatang... Lg pon, esok ada kelas sat, pas2 ada 2-3 openhouse. Yerla, Nasyeed.com kn pi... last2, ada 1 jemputan kawin membe N.C... kawin jg akhirnya bali, lm ku menunggu jemputan mu... kih3... Jumpa la Bro waie, Bro razin(mestica), Bro khairul(mestica), Bro azmi, Bro amin, jamil, fariz, amad, Bro ubaida, Bro zul, Bro Azli, Kak mas, kak/ust dalina dan ramai lg. Pas2 pi umah makcik kat sek 16. Petang pula, pi jenguk anak buat demam kn tahan masuk wad... Mcm2 penuh hujung minggu ni. Papa pon semuanya berjalan dengan baik... sekian.

Read More
Posted by Al-Hariz on Saturday, October 17, 2009
249 comments
categories: | | edit post

"Eh!, x mau la sheikh, berat la syeikh nak pegang mcm2 jawatan..." kata aku.

"ala, xpe syeikh pelan2 anta blh punya.. ana pn ada lg banyak jawatan ni... ana xde sapa lg nak minta tlg" kata ryne.

"Eh!, xkan la... anta mesti knl ramai org sheikh.." ku membalas kembali penolakan itu.

" sheikh, ni da jatuh wajib sheikh, tak percaya tanya abg anta, mungkin die blh jelaskan" jwb sahabat tu kembali.

Itulah antara perbualan aku dengan sahabat yang blh dikira br kenal xtak sampai setahun tp sudah dikira sahabat. Klu nak di ceritakan apa bezanye sahabat & kawan? banyak beza... Itu boleh dicerita kemudian. Namun selepas digasak2 terima sahaja jawatan dalam biro pemuda masjid walaupun telah ada jawatan lain dalam jemaah/ kariah. Namun itulah antara tanggungjawab manusia hidup didunia ini. Mampukah aku menjalankan tanggungjwab yang diberi?

Jawapannya apa pada diri sendiri. Sewaktu belajar dipoli dahulu blh dikatakan tak delah banyak jawatan yang di pegang, ala setakat wakil kelas setiap semseter. Itu pun telah mengajar aku mengenali fael/ ragam student dan orang yang pelbagai ragam. Boleh dikatakan waktu pegang dulu pon blh bikin tension, dan pelbagai lagi rasa yang ada, hanya Allah yang tahu. Marah? itu mmg ada sampaikan mcm nak tak nak ckp jer dgn kawan sekelas. Sebabnye info yang disampaikan berulang kaliTutup cerita dahulu, cerita kisah ini, selain itu ada la juga dulu join beberapa syarikat tok even team dan fasilitatar. Itulah antara prk yang ada utk sibukkan diri serta meraih pengalaman. Tp skrng lg bertambah sibuk! 2 tugas biro dalam masjid dan hal keje & aktiviti sosial yg lain... terdetik seketika

"aduh!mcm mn la ni?, dengan belajar kelas malamnye dalam bidang engineering dan hal kariah. Mungkin tiba msnye aku kn buat keputusan...?"

Keputusannye blm blh diwarwarkan, jd tunggu msnye sahaja tuk berjaya laksanakan ker tdk. Bila difikirkan balik, kn juga lakukan sgl tugas n tanggungjwab yg diberi. Ditambah lagi dengan minat serta hati tenang. Mungkin kemampuan itu ada cuma perlu dikerah!. jd kuperah & kerah la sepuas2nye sehingga abis aku perah kemampuan ini. Mau tdknye, da cukup kering da aku berbanding adik aku. Tp nasib baik hensem lg..ahah.

Tapi ada diantara cara perlu aku fikirkan utk terus mampu menjalankan tanggungjwab yang diberi. Aku juga perlu terus menambahkan ilmu agama dalam diri. Alhamdulillah adalah masa sedikit tuk dengar walapon dulu sebenarnya pemalas sikit nak dgr ceramah ni...huhu. Disitu timbul semangat & rasa kuat utk ku teruskan perjuangan ini. Lebih2 lagi masjid pon da ada pelbagai ceramah, di masjid negeri pon sebulan sekali ada forum best (walaupon br dpt pi dgr sekali thn ni). Di masjid Ar-Rahimiah hari ni lagi aku ditiupkan semangat untuk berkhidmat iaitu melalui Khutbah jumaat yang disampaikan oleh Dato' Dr. Hassan Bin Mohammad Ali exco kerajaan negeri Selangor. Memang penuh dengan isi yang mengajak dan mengingatkan manusia kepada Islam.

Pelbagai Inti pati dicurahkan oleh Dato' dalam khutbahnye. Antaranya tugas memeriahkan dan menjadikan Masjid(rumah Allah) sebagai "Universiti" bukan hanya pada bahu AJK 22 org yang dilantik, tetapi dengan sokongan dan penyertaan jemaah. Selain itu mengigatkan kita bahawa didunia ada masa dan ruang utk kita berubah, jk bukan hari ini esok, jika bukan minggu ni minggu depan dan seterusnya utk menjadikan misi dan visi yang kita tanam menjadi nyata. Namun jika diakhirat, sudah tiada masa atau ruang untuk berubah walau sesaat atau sedetik. Disitu la baru timbul rasa penyesalan yang tiada guna utk kita. Pelbagai dan banyak lagi isinya, mungkin blh cari rakamannye, sbb ada org Dato rakam td.

Telah lama aku berfikir, kn juga aku teruskan, apa yg aku dapat? klu x di dunia tdk apa, biar diakhirat. Harap apa yag dilakukan ini tersusun lurus dijalanNYA. Harap segala yang aku lakukan ini menambahkan ketenagan diri dan dekat diriku padaNYA. Mungkin benar solgan Ust. Hasrizal dalam laman webnya, "erti hidup pada memberi" dalam maksudnye dan penuh beerti pada si pemberi.. Semoga sahabat-sahabat(lebih2 lagi acap& g-jul) yang ada akan terus sama berjuang bersama dan memberi semangat dalam setiap apa yang dijuangkan... InsyaAllah...

Read More
Posted by Al-Hariz on Friday, October 2, 2009
0 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum...

Ha, hari ni entry biasa2 jer... cerita... papa pon dimulakan dengan ayat ini, Alhamdulillah syukur dgn limpah kurnia rahmat dari Alllah S.W.T keatas diriku dan seluruh keluargaku... Lagi2 dengan kehadiran sorang anak kecil iaitu anak sulong along. Detik kelahiran anak buah yang k-2 ini adalah pada 24 julai 2009 bersamaan 2 syaaban 1430H. Setelah selesai menjalankan tanggungjawab ibadah oleh along,(bila waktunya den xtau, kitorang tgh dgr ceramah kat masjid mlm 2) nama Khadijah NurSyifa' Bt Kamarol Azmil namanye diberi...

Gamba Syifa' lepas sehari lahir

Tapi Kami(Atok,wan, n pakcik2nye) sempat jenguk petang esoknye sbb ada hal di N.9. 2 pon mau tak nye melatihkan diri sy menjadi pemandu F1 dengan menekan seberani yang boleh(asalkan jgn kene speed trap..huhu..) menggunakan kereta WSU-K ahahah. Sempat la juga jenguk n belek2 anak buah kecil ini.

Hurm.. Bila Syifa' lahir, auni anak buah pertama seronok tgk gamba adik barunya 2... dia pon sebut "baby..." ahahah... Tp bila ada dpn mata mau taknye die berjaya "membelai" dengan tepukkan,,, ahahah kecemburuan melanda pada auni... 2 belum lagi bila wan atau atuknya amik syifa' mula la muke jeles die 2... kih3.. Tp xpe, auni klu disuruh sayang adik die syg la adiknye 2.. Xleh la die bermanja dengan pak longnye bab pak long da ada "awek" baru.. sekali sekala la.. tp dengan pak tih ni pon die bermanja juga.. Tpkan sejak akhir2 ni sikit2 nak merengek jer si auni ni... da mula perlukan perhatian la 2.. tp 2 la ponek wannye nak melayan.. yer la ssh wan nak buat koje.. Yer la da nak masuk 2 tahun.. Jalan pandai,Memanjat pandai, "mengemas" pon pandai. Klu bercakap lagi la..ada satu lagi hal klu x dapat apa yg die nak die melalak... ish3.. nak kena babap auni ni... Mana x nya ada sampai 1 masa pak sunya nak keluar pi kedai die nak ikut x dpt, melalak sampai muntah2... dah la br pas minum susu... Mcm2... Pas2 yg Geramnye die ni pandai sikit, pandai ikut apa yg org sebut.. ada kalanya die ajuk balik..Tp Alhamdulillah perkataaan baik2 mcm "YaAllah" pon da reti sebut... Bila dgr azan di mula buat isyarat diam... Mcm2 lagi la.. nnt akan sy cube rakam kan lagi...

Lepas beberapa hari adalah 2 kali syifa' kn tahan kat wad sbb kuningnye... tp apa2 pon skrng alhamdulillah ok da.. ayahnye kt nak kn dilayan, tidur pon kn selawat jer, ponet2.. ahaha. Mcm mn la sy bila berumah tangga nnt...hohoho. bawah ni gamba nak masuk 2 bulan syifa'














  • ha, inilah syifa' da masuk 2 bulan dan bersama paktehnye...kih3...
Disebabkan tgh menguruskan pembukaan PASTI bagi cawangan seri Andalas, sy pon mencadangkan Nama PASTI AS-SYIFA'... guna nama syifa' yer... hehehe. Apa2 pon tahun ni syifa' raya sm kami di klang n follow balik kampung sblm ke kampung kak long tuk hanta embahnye...

Hohohoh, bila da keje ni, n ada anak buah apa lagi, kita la pula kene memberi... Mcm slogan Ust. Hasrizal, Erti Hidup Pada Memberi... Ada maksud yang mendalam 2.. itu pon turut saya da rasai nya sejak tingkatan 3 lagi.. InsyaAllah moga sy Istiqamah dengan stp apa yg dilakukan. Tak pe, duit raya tuk 2 anak buah ni ada.. biar mereka menabung tuk masa hadapan.... ok, itu sahaja entry kalini

Read More
Posted by Al-Hariz on Saturday, September 19, 2009
3 comments
categories: | | edit post

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ الصَّنْعَانِيُّ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ أَبِي النَّجُودِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَال :كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَأَصْبَحْتُ يَوْمًا قَرِيبًا مِنْهُ وَنَحْنُ نَسِيرُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي عَنْ النَّارِ :قَالَ:لَقَدْ سَأَلْتَنِي عَنْ عَظِيمٍ وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ وَتَحُجُّ الْبَيْتَ ثُمَّ قَالَ أَلا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ قَالَ ثُمَّ تَلا

{ تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنْ الْمَضَاجِعِ حَتَّى بَلَغَ يَعْمَلُونَ }

ثُمَّ قَالَ أَلا أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الأمْرِ كُلِّهِ وَعَمُودِهِ وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ رَأْسُ الأمْرِ الإسْلامُ وَعَمُودُهُ الصَّلاةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ ثُمَّ قَالَ أَلا أُخْبِرُكَ بِمَلاكِ ذَلِكَ كُلِّهِ قُلْتُ بَلَى يَا نَبِيَّ اللَّهِ فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ قَالَ كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا فَقُلْتُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ فَقَالَ ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih.
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulang-tulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.

Pengajaran hadis:

Melalui hadis dan maksud hadis diatas jelas menunjukkan bagaimana umat Islam itu boleh dihumban kedalam neraka & menikmati api neraka. Dari kuliah2 yang saya hadir membolehkan sy mengumpul beberapa intipati dan maklumat dari hadis diatas. Ditambahkan lagi dengan ulasan Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust. Rusdi Alias diawal ramadhan yang lalu. Ini di tambah dengan sedikit pembacaan serta perkongsian cerita bersama sahabat-sahabat lama & baru. Melalui hadis diatas ada 5 tips untuk kita beroleh syurga.

1. Antaranya, amalan yang boleh memasukkan umat Islam ke dalam syurga ialah menunaikan rukun-rukun lslam lima(5). Rukun Islam pertama mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan beriman kepada Rasulullah SAW(disimpulkan sekali dalamnye Rukun Iman yang enam(6)).Rukan Islam ke-2 Menjalankan Ibadah solat fardhu lima waktu sehari semalam, selain itu k-3 berpuasa sebulan dibulan Ramadhan. K-4 membayar zakat & Kelima Menunaikan haji & umarah.

2. Terdapat juga pintu kebajikan yang terbuka sangat banyak, antaranya yang disebut dalam hadis ini ialah berpuasa. Ini kerana ia adalah perisai yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Makna Puasa ini juga luas dan tidak sama dengan puasa orang bukan Islam yang hanya menuntut keperluan Jasmani, tetapi Islam meliputi segala aspek. Selain itu, sedekah yang ikhlas kerana Allah kerana ia dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Oleh itu kita janganlah khuatir, Rezeki akan berkurang apabila bersedekah. Sedangkan ia bertambah lebih-lebih lagi dibulan ramadhan. Oleh itu banyakkanlah bersedekah dibulan Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi. Pintu kebajikan seterusnya ialah sembahyang di waktu tengah malam iaitu lailatulqadar. Di 10 malam terakhir ini marilah sama2 kita menjalani ibadah ini demi mendapat pahala yang samanya seperti 83tahun hidup didunia dalam 1 malam pada malam lailatul qadar.

3. lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim. la dapat menguatkan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air muka yang bercahaya bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat termasuk ayat yang dipetik dalam hadis ini. Jika diamati sunguh banyak Allah beri kemudahan kepada hamba-NYA. Untuk solat malam boleh dilakukan dengan hanya bangun setengah jam sebelum subuh dan melakukan tahajjud, hajat dan yang mana mampu. Paling ringkas pon 5 minit sebelum masuk waktu subuh dengan solat Tahajjud.

4. Seterusnya Baginda mengigatkan bahawa tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. Betul, Solat yang manjadikan berdiri teguhnya Islam seseorang dan jihad kejalan Allah menjadi pendorong buat umat Islam. Tidak kira jihad dalam menentang musuh Islam, menuntut Ilmu, berdakwah dan sebagainya yang mengembangkan serta memajukan syariat Islam. Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan rintangan yang dihadapi.

5. Berikut adalah kunci segala pintu neraka yang menjadikan Mu'adz sukar memnerimanya iaitu bahana lidah atau di synonimkannya dengan mulut. Lidah adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah melakukan maksiat. Kerana ia adalah alat atau bahan komunikasi "Dahulu, kini dan selamanya"(mcm slogan la pula). Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan maksiat seperti, mengumpat, memfitnah, mencerca dan sebagainya yang mengguris hati saudaranya, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat keceluparan lidahnya.

Berikutlah sedikit penjelasan yang dapat sy kupas mengikut ilmu yang saya ada. Adakah pembaca sekalian terfikir, mengapa diawal pengajaran hadis saya menyebut neraka dahulu dan barulah syurga. Ia bukan untuk mendahulukan neraka dahulu atau mejadikan kita minat keneraka tetapi meminta kita berfikir, pabila kita melalui titan sirat kelak, jika terjatuh, adakah kita singgah dahulu ke syurga? semestinya tidak.... mesti jawapannya neraka. Dan apabila kita dihisab dan terbukti ada sedikit dosa dan tidak kiralah ianya sebesar 10Xkuasa(-12) pon akan masuk neraka. Tapi adakah sesudah kita telah terpilih masuk syurga akan masuk neraka? mengikut pengatahuan saya tidak. Kerana di Syurga itu kekal abadi dan bebas selepas semuanya kita jaga dan usahakan di dunia. Salah satu tujuan saya meletakkan perkataan neraka dahulu adalah untuk kita beringat akan neraka yang sungguh mengerikan untuk kita dan berusaha untuk menjauhi serta menjejakkan kaki disana. Oleh itu carilah Redha Allah serta syurganya... Renung, berfikir dan hayatilah...

Read More
Posted by Al-Hariz on Tuesday, September 8, 2009
0 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum.. Hari ni nak cite santai2 jer.. da blog personel, buat la & isi le apa yg best, sapa nak bc silakan… Sekarang baru pukul 1 pagi. Sy baru sahaja pulang dr konsert “Antara Dunia” mmg best n gempak abis… hahaha pe yang gempaknyer??? Ha… mau x nye takbir ALLAHU AKBAR bergema dalam dewan… yang dilaungkan oleh para penonton… lebih meriah lagi dengan kedatangan Tuan Guru Nik Aziz untuk merasmikan konsert Antara Dunia yang dianjurkan oleh Rabbani dan GAMIS. Blh kata org igt konsert PAS la… tp xpe, itu satu perjuangan yang berlandaskan Islam. Mana xnye, Siang td mesti ada yang berdemonstrasi di K.L… Pastu balik singgah stadium melawati tuk memperkuatkan semangat Jihad dengan alunan nasyid berselitkan motivasi dakwah Islamiah untuk menjadi panduan para penonton yang hadir dengan bermuhasabah tujuan kita hidup didunia ini. Nak tahu sapa yang ada???? Selain Rabbani, turut ada, Raihan, Hijjaz, dan yang paling menghangatkan lagi suassan dengan kumpulan Shoutul Harokah dari Indonesia.

Ha… 2 baru into, kali ni kita masuk sedikit cerita dalam program. Seawal pukul 8 persembahan kanak2 dr perkim dan lain-lain… ni kurang sikit best.. yg bsetnye bdk2 2 comel n kelakar.. budak2. nak cerita kelakar 2 ssh, kn tgk br tau.. hahaha, jd rugi la sp yg x pi. Lepas itu Kumpulan nasyid dr Saudi Arabia la… peh… masuk… vokelnye bg sy yg x le arif sgt bab muzik n vocal ni blh ktkan bgs la… sedap2. Ha, pastu upacara perasmian la.. dingdong2 semua berucap sampai la Tuan Guru Nik Aziz berucap… Peh mmg best ucapan Tuan guru. Siap pantun 2.. best2 tp x rakam n x beberapa clear bab sound man ni slow la.. bukan nak upkan volume. Ada pantun yg lawak ada nasihat dan macam2 lagi la.. kira lengkap la pantun yg Tuan Guru sampaikan. Nak tau? Tuan Guru masuk jer, ber gema dewan dengan takbit “ALLAHU AKBAR” best2… selepas 2 berterusan bergema pada masa2 tertentu sampai abis konsert. Tuan Guru pulang semasa Raihan br nak mula show. Yer la, tuan guru pon sukar nak tinggalkan negeri lm2… yer la, pemimpin berjiwa rakyat dan berjiwa Islam.

Mmg best dan menyentuh jiwa dimana diceritakan dari saat kelahiran sehingga kematian. Aksi2 sketsa dari GAMIS pon ada, tayangan vedio dan tazkirah. Lengkap n mmg cukup lengkap. Tidak kurang juga semua lagu yang di sampaikan dikaitkan dengan jalan cerita & berkait rapat dengan tema yang ingin disampaikan. Paling menghangatkan lagi suasana kumpulan shoutul Harokah. Ramai jg peminatnya bab mula2 masuk nyanyi bukan suara kumpulan 2 sahaja nyanyi tapi penonton juga turut sama. suasana best masa Raihan nyanyi lagu thank you Allah. Hampir semua org dalam stadium turut sama ikut menyanyi n menyalakan lampu dan melambaikannya. Ha... klu da jalan cerita berkisah kehidupan mesti ada kematian.. mcm biasa kump. Rabbani dengan laku pergi x kembalinya. Tapi sebelum 2 ada sketsa phantomen. Macam2 lagu ada. Klu nak dgr cari ler kat youtube bab mesti ada yg download.. taip KAD ada kot bab singkatan bagi konsert ini. Hahaah.. membe sy acap kt rugu x bw perakam... best 2 klu dpt jdkan koleksi.. siap tanya bila ada lg.. sy kt xpe, tunggu tahun depan, insyaAllah ada lg... Ok, itu sahaja coretan malam ini. maaf la xde gamba bab amik vedio jer bab mn la clear klu da gelap.

Read More
Posted by Al-Hariz on Sunday, August 2, 2009
1 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum...
Agak lama tidak diupdate laman blog ini. Alhamdulillah, tak payah pening kepala nak pk sy pilih untuk amik apa2 layout yang sesuai tuk menukar wajah n meyerikan blog ini. Senang, mudah dan ringkas lagi x poning kepalo. InsyaAllah ada kerajinan akan sy cuba ubah dan menambahkan pe yang patut supaya bertambah menarik lagi blog ni.

Sebelum ini sy telah mengutarakan beberapa responden yg identiti dirahsiakan tapi menjawab segala persoalan sy dgn jujur berkenaan aurat wanita. Sedangkan pertanyaan itu mereka x tahu apa gunanya. Pada kali ini sy akan menunjukkan cara yg dianjurkan Islam dalam pemakaian. Sebenarnya telah lama terfikir untuk berbuat demikian Ini sebagai panduan pada mereka dalam menjalani kehidupan seharian dengan menjaga aurat atau menjaga adap pemakaian mereka dr bukan muhrim.

  1. Cara pemakaian lelaki yang dianjurkan Islam

Untuk lelaki,Pakaian yang dipakai hendaklah longgar sedikit supaya bentuk aurat yang ditutup tidak kelihatan. Hikmah perlunya longar sedikit ini membolehkan badan dan pergerakan badan kita lebih selesa bila memakai baju. otot dan pergerakan badan menjadi mudah tanpa halangan. Cube kita tgk org yag pki baju kecik dan ketat, sikit2 nak btlkan susah dan melecehkan. Pakaian lelaki juga hendaklah tidak jarang sehingga boleh menampakkan kulit bahagian aurat. Selain itu pakaian yang dipakai hendaklah dari rekaan yang tidak menarik perhatian bagi mengelakkan diri dari menunjuk-nunjuk dan digalakkan merendahkan diri didalam penampilan dan apa jua keadaan. Disini ada hadis menerangkan aurat lelaki antara pusat dengan lutut-
"Hadis dari riwayat Muslim, ahmad, Abu Daud dan Tarmizi, Nabi SAW bersabda: haram lelaki melihat aurat lelaki diantara pusat dan lutut. "
3 gambar diatas menunjukkan cara pemakaian yang dalam berlainan situasi. Bg yang bekerja bolah memakai baju seperti C adalah biasa dilihat. Ia sesuai utk yang kerja dipejabat dan syarikat-syarikat korporat dalam berurusan. Bagi hari Jumaat adalah biasa dilihat baju melayu lengkap menjadi pilihan dan syarat. Untuk pemakaian E biasa dilihat semasa menjalani ibadah seperti dipakai untuk kesurau. Namun budaya DiMalaysia ini telah berubah kepada pemakaian jubah. Ramai juga masyarakat Islam di Malaysia lebih memilih 2 jenis trend pemakaian ini kerana mudah selesa & berangin. Nak bawa pergi shoping complex atau minum pon boleh. Cuma mungkin ada golongan yang berfikiran sahaja yang berasa pelik dengan berjuabah n pemakaian E apabila berada di kawasan lain selain surau atau masjid . Pemakaian kesurau ini boleh diserikan lagi dengan lilitan serban.

Untuk mereka yang bersukan boleh memilih cara pemakaian D. Namun masih dapat kita lihat umat Islam tidak ramai yang memilih cara pemakaian ini. Jika dilihat pon hanya disekolah Agama, universiti berunsurkan Islam serta masjid2. Saya boleh memperkatakan mereka yang mempelajari agama atau sekolah Agama tidak semuanya memakai seluah panjang apabila bersukan diluar kawasan mereka. Mari kita fikirkan bersama, resionalnya memakai seluar panjang, jika kita berlari dan terjatuh, luka akibat jatuh itu mungkin tidak seteruk apabila memekai seluar pendek. Ok, disini sy ada 1 cerita mudah. Ini mungkin biasa dibuat bagi sebahagian dari anak2 lelaki masa kecil-kecil. Tidak terkecuali sy sendiri juga pernah melakukanya. Semasa di masjid, biasa berlari dan bergelongsor di atas tikar masjid. Kerana best n seronok seperti meluncur. Tapi disini bukan nak menceritakan keseronokan meluncur itu, tapi kesan yang berlaku. Masa meluncur 2, biasa la dalam masjid pki la baju melayu. Sampaikan pada 1 masa lutu seluar akan mula terhakis dan lama-lama terkoyak hingga memberi kesan pada lutut kita seperti calar. Cube kita bayangkan, meluncur pakai seluar pendek, pasti akan merasai panas dari geseran lutut dengan carpet dan kemungkinan akan mendatangkan kecederaan yang lebih teruk lagi dr memakai seluar panjang. Jadi tidak salah jika kita bermain bola pon memakai seluar panjang. selamat lutut kita. Disini Islam itu jelas melindungi kita dari kecederaan dalam pemakaian.

Dari segi pemilihan baju juga jangan lah pakai, baju "adik" anda yang sememagnya besaiz kecil dari anda. Baju itu juga jangan lah singkat sehingga boleh menampakkan aurat. Ini kerana bagaimana kita hendaklah menunaikan solat jika pakaian yang dipakai boleh menimbulkan rasa shubaha atau keraguan dalam sah solat. saya terigat ada pada satu masa solat disurau di kampus. Pada masa itu ada seorang pelajar sudah mulakan solat sendiri, saya dan kawan2 tanpa melihat situasi pelajar itu terus menjadikan pelajar itu Imam. Tetapi apa yang kami sedari diakhir rakaat, Imam bajunya yang singkat itu terangkat sedikit hingga ternampak sedikit auratnya. Jadi disitu paham2 lah sah atau tidak solat itu kerana menurut apa yang saya ketahui, penjagaan aurat adalah salah satu sah solat. Kami terpaksa mendirikan kembali solat fardhu tersebut. Disini kita ketahui pentingnya penjagaan Aurat itu dalam solat. Mari kita lihat cara pemakaian bagi wanita Islam pula.

2. Cara Pemakaian Wanita/Perempuan Islam

Mengapa wanita/perempuan Islam wajib menutup aurat ttelah digambarkan dalam Al-Quran:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا
"hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"-Al Ahzab ayat 59

dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah S.A.W
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan" (Hadis Riwayat Abu Daud)

Disini saya akan menjelaskan bahagian yang perlu ditutup dan dijaga oleh para wanita/perempuan. Tudung yang dipakai hendaklah/mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang. Antara point atau keperluan tudung ini adalah menutup bukan sahaja kepala tetapi meliputi bahagian leher, dada & bahagian belakang tubuh. Ini perlu bagi memelihara dari pandangan lelaki yang juga diantara point-point sentuhan yang boleh merangsangkan wanita/perempuan. Saya sungguh sedih dengan beberapa artis atau penampilan selebriti yang memikirkan hanya memakai tudung itu sahaja telah menjada aurat. Sedangkan bahagian-bahagian ini diabaikan sehingga digelar "fesyen" yang kononnye pakaian muslimah masa kini. Bagi sy mereka yang mengangkat fesyen yang hanya menutup kepala dada n leher terdedah atau menutup kepala n leher tetapi dada terdedah boleh disama ertikan pemakaian mereka itu salah, sia-sia & merugikan. Yang sedihnya ia menjadi trend masa kini bagi anak muda dan yang bekerja. Disini sy mengigatkan para-para Artis khasnya perlu meneliti terlebih dahulu, kerana setiap apa yang diperkenalkan oleh para artis akan menjadi ikutan, ikutan yang buruk ataupon salah, akan membawa anda ke neraka Allah...

Seterusnya dari segi pemakaian baju hendaklah lengan panjang sehingga pergelangan tangan dan baju mestilah labuh dan longgar. Bagi kain/seluar pula mesti panjang sehingga ke buku lali dan seluar itu perlu longgar. Hikmah melonggar pemakaian ini juga sama disebutkan dalam cara pemakaian lelaki. Saya rasa sungguh sedih cara pemakaian umat Islam sekarang, walau pon pakai tudung dan berlengan panjang tapi silapnya baju ketat dan seluar pon ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya yang ramping, ramping lah. Klu yang ada "spare tayer" mcm bungkus buah nangka gayanya. Yang lagi sedih dan bodohnya mereka ini tau singkat pastu sikit2 nak tarik baju itu yang sememangnya da singkat dan ketat untuk dibetulkan. Dah tau baju adik itu kecik dipakainye lagi. Dah tau ketat lain kali die akan pakai lagi. Ada juga situasi dimana atas tudung punya cantik bawah ketat kamain. Golongan ini boleh ditafsirkan berbogel dikhalayak ramai, Tgk sajalah tubuh kita sendiri apabila bogel dengan memakai baju ketat, hampir sama bentuknya dalam keadaan bogel yang boleh ditafsirkan atau di "scan" bagai mana tubuh wanita/perempuan itu.

Bahagian kaki mesti memakai sarung kaki serta kasut yang dipakai tidak berbunyi iaitu tumitnya diperbuat dari getah. Ini meliputi tidak menampakkan bahagian kaki serta menghentak-hentakkan kaki dengan sengaja apabila berjalan supaya dapat mengindari dari tarikan orang yang memandang bagi menjauhi zina. DalamPermakaian wangi-wangian pula hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga menarik pemandangan kaum lelaki bukan muhrim. Riwayat Nas'i Ibn Khuzaimah dan Hibban
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum spy mrk itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zian".
Dalam surah An Nur ayat 31 ada diberitahu kepada golongan mana yang boleh dipertontonkan aurat oleh wanita/perempuan. Dalam ayat ini juga wlaupon ditafsirkan untuk wanita/perempuan tetapi terdapat pendapat para ulama' mengatakan sama untuk lelaki juga.

Saya juga kesal dengan mereka yang memartabatkan fasyen sehingga melupakan syariat Islam... Disini saya ingin mengigatkan semua pembaca sekalian dan juga utk panduan diri sy juga. Bahawa setiap apa yg kita buat ini untuk apa??? Adakah untuk menunjuk2 atau untuk mendapatkan keredhaan Allah. Jd kita pk2 lah yang mn. Jika untuk keredhaan Allah ikut la yang telah diperintahkan dan jangan lari dari syariahNYA. Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keredhaan Allah.. InsyaAllah.. Amin..

Read More
Posted by Al-Hariz on Saturday, June 27, 2009
0 comments
categories: | | edit post

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan