-dipetik dari khutbah jumaat 2 November 2007


Sidang jumaat sekalian,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada allah s.w.t dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Hendaklah kita sentiasa mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita.Mudah-mudahan kita akan mendapat rahmat disisi allah s.w.t.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah s.w.t,

Akhlak didalam islam adalah berbeza daripada moral atau etika sebagaimana yang difahami oleh masyarakat barat.Ini adalah kerana akhlak islam bertunjangkan al-quran sedangkan moral atau etika hanyalah berasaskan akal fikiran manusia semata-mata.Akhlak dari kacamata islam adalah inti pati bagi setiap ibadat.Tanpa akhlak,ibadat yang dilaksanakan ibarat yang dilaksanakan ibarat pokok yang tidak berbuah.Sebagai contoh ibarat solat yang dilakukan dengan sempurna,ia boleh membentuk akhlak yang mulia pada diri seseorang itu.

Firman allah s.w.t:

"sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan munkar".

(Al-Ankabut ayat 45)

Kaum muslimin yang dirahmati allah s.w.t,

Dalam kehidupan manusia,akhlak itu diumpamakan seperti bunga dalam sebuah taman.Bagaimana pun luasnya sebuah taman,tetapi kalau dihias dengan bunga-bungan,maka taman itu tidak jauh berbeza seperti taman perkuburan.Sebagai contoh,seorang yang mempunyai badan yang sihat,menarik,berilmu,kaya atau berpangkat,tetapi jika dia mempunyai akhlak yang tercela dan perangai yang buruk ,maka dia tidak akan dimuliakan oleh masyarakat,apatahlagi disisi allah s.w.t.

Begitu juga halnya,untuk menjaga dan memelihara akhlak yang baik adalah seumpama menjaga dan memelihara bunga-bungaan yang ada didalam taman,supaya tidak menjadi kering dan layu.Oleh kerana itu,didikan agama yang kukuh adalah menjadi tunjang untuk menghasilkan hati yang bersih,dengan adanya hati yang bersih itulah akan melahirkan insan yang sentiasa berakhlak mulia.Hati dan jiwa yang kukuh dengan didikan agama tidak akan mudah dipengaruhi oleh anasir jahat yang cuba merosakkan akhlak manusia.

Sidang jumaat sekalian,

Sesungguhnya,hati atau jiwa manusia itu adalah satu-satunya pendorong kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan samada perbuatan baik atau jahat.Jika hati itu baik,maka akan terbitlah perbuatan yang baik,tetapi jika hati itu jahat,maka akan menjadi jahat jugalah perbuatannya.Didalam kitab Ikhyak Ulumuddin,Imam Al-Ngazali Rahimullah menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan akhlak atau budi pekerti itu ialah tingkah laku dan gerak-geri lahiriah manusia yang timbul dengan mudah tanpa disengaja dan difikirkan,sebagai penyataan dari keadaan jiwa seseorang.Ini bertepatan dengan sabda rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging,apabila ia baik,baik pulalah seluruh badan.Tetapi apabila ia buruk (rosak), buruk pulalah seluruh badan.Ingatlah,ia adalah hati (jiwa)".

(Riwayat Bahari Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa terjadinya sesuatu perbuatan atau tingkah laku seseorang itu adalah berpunca daripada kehendak hati.

Kaum muslimin yang dirahmati allah s.w.t,

Sesungguhnya allah itu maha indah dan amat suka akan keindahan,indahnya islam itu adalah terletak pada keindahan akhlak yang kita amalkan selaku umat islam.Selama mana kita berakhlak dengan akhlak mulia,maka selama itulah kita akan mendapat kemuliaan disisi allah s.w.t. Ibarat bunga yang mekar dan dihias didalam taman.Ia mampu menarik minat pengunjung untuk menghampiri dan mengamati keindahannya.Akhlak islam,sekiranya diamalkan dengan sebaik-baiknya akan menarik minat orang lain untuk mencontohinya.Ini telah dibuktikan oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a yang memberikan contoh teladan dan akhlak terpuji dalam diri mereka sehingga orang-orang bukan islam ketika itu tertarik untuk memeluk islam.Sejarah hijrah lima belas orang sahabat nabi s.a.w yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Tolib r.a kenegeri Habsah membuktikan yang dikemukakan kepada Raja Habsah telah menarik perhatian maharaja habsah itu,lalu memberikan perlindungan kepada mereka.

Idantara fungsi pengutusan rasulullah s.a.w itu sendiri adalah untuk membimbing manusia bagi menyempurnakan akhlak yang terpuji,sepertimana sabdanya:

"Aku telah diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang seterusnya allah s.w.t berfirman:

(Riwayat Malik)

"Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang amat mulia".

(Al-Qalam ayat 4)

Didalam menjalankan tugas dakwahnya,rasulullah s.a.w telah melakukan satu reformasi sosial dikalangan masyarakat arab jahiliah ketika itu yang telah rosak akhlaknya.Perkara-perkara yang telah menjadi kebiasaan bagi mereka seperti minum arak,berjudi,berzina dan lain-lain lagi telah dapat diubah oleh rasulullah s.a.w setelah mereka memeluk islam.

Bentuk perubahan yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w ialah dengan menanamkan akidah yang kukuh kedalam jiwa para sahabat.Bagi tujuan itu,baginda telah mengadakan banyak pertemuan dengan para sahabat dirumah al-arqam bin ibnu al-arqam.Kekuatan dan kekukuhan akidah itu telah memncarkan nilai-nilai yang murni dan mempengaruhi pembentukkan akhlak mulia dikalangan para sahabat r.a.

Kaum muslimin yang dirahmati allah,

Akhlak baik atau akhlak buruk seseorang itu bukanlah suatu warisan turun-temurun yang tidak dapat diubah mengikut tanggapan sempit sebilangan masyarakat.Ungkapan sepeti:"Bapak borek anak rintik" dan lain-lain lagi amat tidak sesuai dihubung kaitkan dalam soal pembentukkan akhlak mulia.Seorang bapa yang berjawatan imam tidak semestinya dapat menjadikan anaknya seorang yang baik.Begitu juga seorang bapa yang cerdik tidak senmestinya akan mempunyai anak yang cerdik sepertinya.Sepertimana benih yang baik,secara kebiasaannya akan menghasilkan pokok dan buah yang baik.Namun, jika benih tersebut tidak diurus dan dipelihara dengan baik, sudah tentu akan menghasilkan buah yang tidak baik. Dalam hal ini,apa yang lebih utama ialah individu itu sendiri perlu ada kesedaran dan keazaman untuk menjadi insan yang baik dan sempurna.

Dalam soal pembentukkan akhlak,Imam Al-Ngazali Rahimullah menyatakan bahawa makhluk yang wujud ini terbahagi kepada dua iaitu,

- Makhluk yang wujud secara sempurna.

- Makhluk yang wujud secara kurang sempurna.

Namun kekurangan-kekurangan itu boleh disempurnakan dengan syarat adanya daya usaha.

Ini memberi maksud bahawa akhlak seseorang itu boleh diubah dan diperbaiki dengan syarat ada kesungguhan dan latihan yang berterusan.

Selain dari itu, alam persekitaran yang baik juga perlu diwujudkan.Ini adalah kerana keadaan disekeliling kita dapat dijadikan acuan yang mampu mempengaruhi pembentukkan jiwa seseorang.Jika masyarakat disekeliling kita adalah masyarajat yang beriman,maka proses pembentukkan akhlak akan menjadi lebih mudah,tetapi jika sebaliknya,maka proses juga ajan menjadi lebih sukar.

Kaum muslimin yang dirahmati allah,

Masalah generasi muda kita hari ini ialah mereka terlalu meniru dan amalan serta gaya hidup masyarakat barat yang merosakkan nilai-nila murni masyarakat islam.Tidak dinafikan bahawa mereka juga masih tetap menganut agama islam,tetapi dari sudut yang lain, mereka gagal mengamalkan akhlak islam dengan baik dan berkesan.Akibatnya berlakulah pelbagai masalah dan gejala sosial seperti perzinaan,penagih dadah,lumba haram dan sebagainya.

Kita sebagai umat islam yang sedar,sewajarnya menggembeling tenaga memperbaiki akhlak generasi muda kita yang semakin parah pada hari ini.Berita didada akhbar dan dikaca television yang memaparkan masalah keruntuhan akhlak muda-mudi kita,sepatutnya menginsafkan kita betapa umat islam pada hari ini ditimpa kehinaan kerana rosaknya akhlak mereka.Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengubah minda generasi muda kita yang terlalu mengagung-agungkan sesetengah para artis dan selebriti yang rosak akhlaknya,agar menjadikan peribadi rasulullah s.a.w sebagai ikutan mereka.

"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan allah dan balasan baik hari akhirat serta dia pula banyak menyebut dan mengingati".

(Al-Ahzab Ayat 21)

Ya-Allah,engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah,tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan budipekerti yang mulia,kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit persebgketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Read More
Posted by Al-Hariz on Monday, December 17, 2007
0 comments
categories: | | edit post

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan