Hari ini macam nak post entry lebih sikit.hohohoh... Kasih bersih sikit blog ni yang bersawang lama. Ramai yang tanya dan minta update sehingga semalam pon ada yang siap bg cadangan lagi bagi mengemaskini blog yang ada. Nak kata jiwa penulis tak de lah sangat tetapi lebih kearah sedikit cerita yang mungkin bermanfaat. Mungkin sebagai pengisian sikit-sikit bagi mereka yang bosan. Yerlah, ilmiah punya pon tak terbaca, kot dlm blog semua ilmiah memanglah lagi la malas nak membaca.

Bulan puasa ini memang cabaran bagi saya dalam melaksanakan serta mengikuti aktiviti yang ada. Kalau dahulu komitmen saya hanyalah disurau sahaja(kira kampung la...) tapi kali ini telah meluas. Mungkin kerana pergaulan serta pertambahan kenalan yang sesuai menjadikan hidup saya bertambah kompleks dan padat seperti awal sistem komputer dicipta. Cuma sekarang ni masih belajar menyusun aktiviti dan segala yang ada agar menjadi laptop yang ada dipasaran sekarang. Erk, jgn salah faham, susun jadual dan kesibukan yang ada. Kot susun diri, bukan manusia la den...hohoho.

Alhamdulillah dibulan sya'aban disiang hari keja malam ada macam-macam program dan aktiviti. Kot tak dulu hanya memenuhi jemputan kenduri di kawasan rumah ni. Tapi sekarang banyak yang kene rejet, tu pon nasib baik tulis kat papan putih surau je dan bawahnya ada tulis "semua jemaah dijemput hadir". Kot time tu den pi surau solat konolah hadir yo?hahah. Kira ok la tu pon blh tingtong lagi tp klu jemputan terus dari tuannya garu kepalo den. Akhir syaaban hari tu ada jua tlg 3i group buat kerja mengkaji penduduk dan sekarang ni dah disenaraikan dalam warga dah. Hohoho.. Tak pa, lagi pon bidang tugasnya tidak lari dalam dakwah dan tarbiah. Itu yang malam je dah takde masa untuk isi apa-apa meting.. Sori la geng...

Bila fikirkan tentang orang kata sibuk, memang saya sibuk dan akan mensibukkan diri jika diberikan. Faedahnya ada, kot baca buku ustaz hasrizal boleh melepaskan diri dari berfikir ttg hal perasaan atau ingin memiliki. Kot bagi saya pon sama cuma konsep ketenagan itu kita boleh juga perolehi. Kerana tiap apa yang dilakukan jika niat kerana Allah adalah ibadah. Alhamdulillah, senang hati dan seronok saya lakukan. Ini juga mungkin cabaran dan dugaan saya menghadapi beberapa situasi yang memang menguja diri saya. Sampaikan ada seorang guru PASTI (yang dah berhenti) bertanya pada seorang AJK ni apa sy buat sebenarnya asik sibuk je memanjang. Saya pon pelik, apa yg die susah hati sgt sdgkan pegurusan PASTI ini bukanlah saya serah pada die.

Siap ada juga yang kata sibuk macam YB apalah yang dibuatnya. Buat masa ni buk dairi tu menjadi rujukan penting dalam apa2 program. Aduh kesian juga klu apa2hal mereka bergantung dengan saya.hohoh. Masuk cerita balik. Klu dulu hanya buke kat surau sorang-sorang selama 29 hari (hari pertama wajib dirumah), atau buke ramai-ramai bila ada iftar. Tapi kali ni berubah berbuke puasa dipelbagai lokasi... . Hahah, yang terbaru jauh... nun disana.. storynya taktahu bila nak karang... Klu dulu biasa sahur dirumah, tahun ini juga saya menghijrahkan diri buke ditempat lain. Ha, sapa lagi ye nak jemput berbuke puasa? Sila bagitau tapi jadual kn tengok dulu la supaya tugas yang sy dah janji tak menghalang. Hohoho... ni pon ada dgr diminta ikut ke 1 meeting tp tak comfirm lagi masanya dan lokasi. Saya jd org penting pula ke? huhu. Melibatkan perbincangan dengan org penting, diri ni terasa kerdil pula sebab macam tak layak je. hohoho...

Kali ni juga saya merasai keletihan yang teramat. Gabungan beberapa tugas 2 hari ditambah dengan balik dalam cuaca hujan menjadikan saya lembik dan keletihan berganda. Sampaikan terlelap bangun 10mint sebelum berbuke macam bangun sahur. Makan masuk tak masuk je.hohoho. Tapi sehingga kini, Alhamdulillah seronok tetap seronok dalam menjalani ibadah puasa ini. Walaupon ada terasa tekanan yang amat sangat dalam meguruskan hal-hal berkaitan
dan mencari kesamaan... Hohoho.. setakat ini jelah den tulis. Rasa mamai macam terasa. Kot sapa pening baca buat2 paham je la..ahaha..
sekian..

Posted by Al-Hariz on Wednesday, August 18, 2010
categories: | edit post

2 comments

  1. cik santun Says:
  2. tarik nafaaas, lepas.. tarik nafas, lepas.. tarik nafas, lepas.. keh keh keh..

    ya jelas muka keletihanmu itu dengan monyoknya pagi2 kt PASTI, haih~

    apa pun YB, teruskan lah, chayo2! =)

     
  3. Al-Hariz Says:
  4. ohoho...
    yang eloknya guru dtg awal spy muke monyok dan keletihan itu tidak terpancar...
    Jadi lepas ni tgk la kot rajin sy dtg ye...

     

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan