Hidup ini tidak seberapa. Apa yg dikejar & dicari insyaAllah akan jumpa. Namun di mana halatuju kita sebenarnya? Apa yang kita cari? Saya disini bukanlah seorang yang hebat atau mahir dalm segenap bidang. Namun,Perasaan yang diundang terus hadir dalam meniti hidup sebagai anak muda. Motif & maltamat perjuangan ada. Pilihan hidup ada namun saya pilih cara saya tersendiri yang sememangnya berbeza dengan gaya hidup rakan-rakan lain.

Kenyataan disin tidaklah untuk mendabik dada atau membangga diri. Cume Perasaan negetif dalam diri ini harus saya lontarkan jauh-jauh supaya hati ini tidak mudah sakit dan kecewa. Kecewa tetap kecewa namun ditelan pelan2 menjadikan ubat kebal dari terus rasa kecewa. Sedih terus ditelan pelan2 agar kebal dari terus rasa sedih dan lain-lain lagi. Hidup menegakkan syariat Allah bukan mudah. Tidak semua org mampu lakukan. Kerana dalam hidup ini akan ada cabaran-cabaran yang mendatang dihadapan sana.

Baik ia datang dari keluarga, masyarakat, sahabat handai atau diri sendiri. Sebagai satu contoh. Berapa ramai sanggup buat kerja yang mengeluarkan duit sendiri? Berapa ramai sanggup kerja makan gaji yang tiada KWSP danseangkatan denganya.. Berapa ramai yang kerja sanggup terima elaun yang kecil sebagai mana diterima oleh guru-guru PASTI? Dalam hal ini saya tidak akan membangkitkan sikap perseorangan. Ini adalah koleksi pertemuan masyarakt.

Cabaran yang dtg dari keluarga pasti ada. Ia timbul juga dalam diri sendiri dan mereka yang lain. Tak ibu, ayah, tak ayah ibu, tak ayah atau ibu adik beradik atau keluarga terdekat. Sebagai contoh seorang sahabat mengambil bidang syariah dipersoalkan oleh abgnya "apa yang boleh ko perolehi dalam bidang agama ni? gaji kecil". Hal-hal lain belum lagi bila dah grad, mesti masing2 pasang cita2 tinggi dalam kerjaya. Begitu juga harapan mak, ayah atau keluarga. Akan tetapi berapa ramai diantara kita yang sanggup bergaji kecil demi membantu 1 perjuangan?

Saya bercakap bukanlah tidak berasas atau kosong. Selama 2 tahun 4 bulan saya bekerja banyak hujjah2 yang membolehkan kita lemah dengan situasi kita sekarang, serta teruja dengan tawaran yang ada. Alhamdulillah, keluarga akur pilihan kerjaya saya walaupon pada dasar atau asasnya ia sudah lari dari apa yang sy pelajari serta minati. Nanum itu jadi pendapatan sampingan saya bila perlu. Yealah, ibu mana yang tak nak tgk anaknya hebat dalam kerjaya. Semua nak. Jika emak saya ada rasa begitu saya minta ampun mak kerana tidak mengimpikan apa yang mak harapkan. Mungki cara lain yang saya mampu impikan pada mak.

Itu faktor keluarga. Faktor sahabat. Saya biasa di tanya dengan kawan2 kerja apa? gaji berapa? bila kita bagitau mereka akan menjawab, klu ko kerja skrang ni ikut bidang, gaji ko blh naik lagi tinggi. Saya hanya mampu mendengar sahaja dan menjawab "tak pelah, janji aku senang hati" Dari angka yang disebut, juling juga mata kira duit. Tapi saya ketepikan sahaja.

Dalam hidup bermasyarakat persoalannya begitu juga. Tidak mustahil ada yang memperlekehkan satu kerja yang dianggap murni. Sebagai contoh, guru PASTI. Ada sahaja feedback yang diterima apabila seseorg menjadi guru PASTI. Tidak dinafikan, mereka yang "sengakatan" pon blh jadi hilang arah. Entah la, dalam bab ini tidak mampu di perkatakan. Kerana tempias persoalannya akan di pusing kearah diri sendiri. Adakah itu perlu? Macam ada bunyi suh kita berhenti kerja sekarang tu pikul tugas pon ada. Sedangkan tugas itu ada yang blh dibuat pelbagai cara. Halfday sambilan dan sebagainya.

Masalah peribadi kebanykannya masalah keewangan. Ini lumrah kehidupan manusia yang mengharapkan atau ingin merasai kehidupan yang sempurna.Saya sendiri pon belum ada moto/kenderaan sendiri. Adakalanya serba salah. InsyaAllah, Allah itu maha pemberi. Dimanakah kesedaran kita? Memikirkan kesusahan diri tetapi sbnrnya ada org lain lg susah. namun itu tidak mampu saya persoalkan. Cukup lah saya menghargai apa yang saya lalui. Sahabat2 yang berkorban. Yang hanya saya mampu lakukan saya buat. Saya pasrah dengan apa yang berlaku terima segala kekecewaan yang ada. Sampai bila saya tak tahu. Harap selama-lamanya.

Pilihan di tangan kita. Redha Allah atau redha manusia. Buat pilihan yang seimbang agakdiri anda tdk berasa kesulitan. Namun masalah yang ada perlu difikirkan serta diushakan penyelesaianya. Flatform PASTI jd hala tuju buat saya membantu jalan dakwah. Namun harap masalah utama ini dapat Allah bantu selesaikan. "Ya Allah bantulah kami ya Allah agar kami dpt memberi khidmat didikan yang terbaik bagi anak-anak PASTI ini."
*mod kekecewaan... hai dah terbiasa tido lewat bgn awal jd nilah ubat tidonya. Tak dan juga membaca pula lepas ni.

Posted by Al-Hariz on Monday, January 10, 2011
categories: | edit post

2 comments

  1. Anonymous Says:
  2. When you can devote a space of about 6 feet by six toes towards your routines, it is best
    to be great.
    Here is my webpage adjustable dumbbells

     
  3. Unknown Says:
  4. "Kecewa tetap kecewa namun ditelan pelan2 menjadikan ubat kebal dari terus rasa kecewa.."

    Apa yang saya hendak katakan disini, saya btul2 jatuh hati kat kata2 en/cik diatas..
    Terima kasih.. Kata2 tu menyedarkan saya bahwa saya telah menjadi 'kebal' dlm sy xsedar atas segala kesedihan juga kekecewaan dlm hidupp yg telah saya selama 3thun belakangan ni..

     

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan