"Eh!, x mau la sheikh, berat la syeikh nak pegang mcm2 jawatan..." kata aku.

"ala, xpe syeikh pelan2 anta blh punya.. ana pn ada lg banyak jawatan ni... ana xde sapa lg nak minta tlg" kata ryne.

"Eh!, xkan la... anta mesti knl ramai org sheikh.." ku membalas kembali penolakan itu.

" sheikh, ni da jatuh wajib sheikh, tak percaya tanya abg anta, mungkin die blh jelaskan" jwb sahabat tu kembali.

Itulah antara perbualan aku dengan sahabat yang blh dikira br kenal xtak sampai setahun tp sudah dikira sahabat. Klu nak di ceritakan apa bezanye sahabat & kawan? banyak beza... Itu boleh dicerita kemudian. Namun selepas digasak2 terima sahaja jawatan dalam biro pemuda masjid walaupun telah ada jawatan lain dalam jemaah/ kariah. Namun itulah antara tanggungjawab manusia hidup didunia ini. Mampukah aku menjalankan tanggungjwab yang diberi?

Jawapannya apa pada diri sendiri. Sewaktu belajar dipoli dahulu blh dikatakan tak delah banyak jawatan yang di pegang, ala setakat wakil kelas setiap semseter. Itu pun telah mengajar aku mengenali fael/ ragam student dan orang yang pelbagai ragam. Boleh dikatakan waktu pegang dulu pon blh bikin tension, dan pelbagai lagi rasa yang ada, hanya Allah yang tahu. Marah? itu mmg ada sampaikan mcm nak tak nak ckp jer dgn kawan sekelas. Sebabnye info yang disampaikan berulang kaliTutup cerita dahulu, cerita kisah ini, selain itu ada la juga dulu join beberapa syarikat tok even team dan fasilitatar. Itulah antara prk yang ada utk sibukkan diri serta meraih pengalaman. Tp skrng lg bertambah sibuk! 2 tugas biro dalam masjid dan hal keje & aktiviti sosial yg lain... terdetik seketika

"aduh!mcm mn la ni?, dengan belajar kelas malamnye dalam bidang engineering dan hal kariah. Mungkin tiba msnye aku kn buat keputusan...?"

Keputusannye blm blh diwarwarkan, jd tunggu msnye sahaja tuk berjaya laksanakan ker tdk. Bila difikirkan balik, kn juga lakukan sgl tugas n tanggungjwab yg diberi. Ditambah lagi dengan minat serta hati tenang. Mungkin kemampuan itu ada cuma perlu dikerah!. jd kuperah & kerah la sepuas2nye sehingga abis aku perah kemampuan ini. Mau tdknye, da cukup kering da aku berbanding adik aku. Tp nasib baik hensem lg..ahah.

Tapi ada diantara cara perlu aku fikirkan utk terus mampu menjalankan tanggungjwab yang diberi. Aku juga perlu terus menambahkan ilmu agama dalam diri. Alhamdulillah adalah masa sedikit tuk dengar walapon dulu sebenarnya pemalas sikit nak dgr ceramah ni...huhu. Disitu timbul semangat & rasa kuat utk ku teruskan perjuangan ini. Lebih2 lagi masjid pon da ada pelbagai ceramah, di masjid negeri pon sebulan sekali ada forum best (walaupon br dpt pi dgr sekali thn ni). Di masjid Ar-Rahimiah hari ni lagi aku ditiupkan semangat untuk berkhidmat iaitu melalui Khutbah jumaat yang disampaikan oleh Dato' Dr. Hassan Bin Mohammad Ali exco kerajaan negeri Selangor. Memang penuh dengan isi yang mengajak dan mengingatkan manusia kepada Islam.

Pelbagai Inti pati dicurahkan oleh Dato' dalam khutbahnye. Antaranya tugas memeriahkan dan menjadikan Masjid(rumah Allah) sebagai "Universiti" bukan hanya pada bahu AJK 22 org yang dilantik, tetapi dengan sokongan dan penyertaan jemaah. Selain itu mengigatkan kita bahawa didunia ada masa dan ruang utk kita berubah, jk bukan hari ini esok, jika bukan minggu ni minggu depan dan seterusnya utk menjadikan misi dan visi yang kita tanam menjadi nyata. Namun jika diakhirat, sudah tiada masa atau ruang untuk berubah walau sesaat atau sedetik. Disitu la baru timbul rasa penyesalan yang tiada guna utk kita. Pelbagai dan banyak lagi isinya, mungkin blh cari rakamannye, sbb ada org Dato rakam td.

Telah lama aku berfikir, kn juga aku teruskan, apa yg aku dapat? klu x di dunia tdk apa, biar diakhirat. Harap apa yag dilakukan ini tersusun lurus dijalanNYA. Harap segala yang aku lakukan ini menambahkan ketenagan diri dan dekat diriku padaNYA. Mungkin benar solgan Ust. Hasrizal dalam laman webnya, "erti hidup pada memberi" dalam maksudnye dan penuh beerti pada si pemberi.. Semoga sahabat-sahabat(lebih2 lagi acap& g-jul) yang ada akan terus sama berjuang bersama dan memberi semangat dalam setiap apa yang dijuangkan... InsyaAllah...

Posted by Al-Hariz on Friday, October 2, 2009
categories: | edit post

0 comments

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan