Bismillahirrahmani rahim....
Pada hujah yg lepas ada di terangkan konsep taqwa di bulan ramadhan. Kebnykkan ustaz bersetuju dan ada mengaitkannya dlm ceramah mrk, iaitu bulan ramadhan adalah sebagai latihan utk 11 bulan akan dtg.
Disini mari kita bersama memikirkan dan bersama2 meningkatkan pahala kerana setiap 1 nya akan digandakan berbeza dengan bulan2 lain. Antara amalan atau ibadah sunnat yg biasa dilakukan oleh umat Islam lakukan sekarang adalah solat sunnat tarawih dan bertadarus. Terdapat juga amalan lain bukan setakat ibadah tetapi perbuatan yg boleh kita lakukan utk menambah amalan kita.
Antara amalan sunnat/ ibadah yg blh kita lakukan adalah:
- Qiamullail(solat tahajjud, tasbih,hajat & sbginya)
- Solat2 sunnat sebelum dan selepas solat fardhu & Dhuha
- Berzikir, bertasbih & bertahmid.
- Perbuatan sunnah lain yg dilakukan Rasulullah sms dibulan ramadhan
- dan lain2 lagi
Dibulan ini juga x semestinya kita hanya melakukkan perbuatan ibadah sahaja. Terdapat juga perbuatan akhlak, nilai-nilai murni yg blh kita lakukan. Antara perkara yg kita blh lakukan adalah melakukan kerja masyarakat. Ini kerana kita blh lihat disurau/ masjid khususnya terdapat bermacam2 program di bulan ramadhan. Jika kita tdk mampu dr segi keewangan kita blh menyumbg dlm bentuk tenaga atau sebaliknya.
contoh perlakuan yg blh dilakukan dengan bergotong royong mengemas atau menjaga kebersihan surau, membantu menyediakan bubur lambuk, dan seangkatan dgnnya... byk lagi perkara yg blh kita lakukan. Dalam Bulan ini juga terdapat sebahagian surau / masjid mengadakan majlis berbuke puasa dan tazkirah. disini kita blh bersama2 mengikuti majlis tersebut. cube kita lihat bertapa mudahnye amalan yg kita blh lakukan.

"Sesungguhnya sekecil-kecil sunnah tu ialah mengalihkan sesuatu yang boleh menangguhkan atau menghalang perjalanan..."
Renungkanlah
0 comments