Assalamualaikum... Disini sy ada sedikit huraian atau ulangan dan nota ringkas serba sedikit dari apa yang sy dengar semasa tazkirah maghrib dibulan ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Sihabudin. Dari apa yg kita lihat ramai orang akan berpusu2 ke surau dan masjid semasa bulan ramadhan untuk mengerjakan solat sunnat tarawih... Sampaikan surau yang dulu semasa waktu isyak 2 atau 3 sof, tapi sekarang melimpah2 jemaahnya sampai ke kawasan tambahan, klu dahulu nak penuhkan 1 sof di masjid payah sekarang, 2 sof pon mudah je. Disini kita dapat lihat perubahan atau tekunnya umat Islam kita melakukan Ibadah di bulan ramadhan. Tetapi apa yg kita dapat tekankan disini Bulan ramadhan ini juga adalah salah satu landasan utk umat Islam membina takwa mereka utk 11 bulan yang akan datang.

Ini kerana dengan rajinnya kita datang kesurau dibulan ramadhan membolehkan kita utk rajin pada bulan2 selepasnya... Dengan kata yg lbh mudah, membiasakan diri untuk melakukan ibadah pada 11bulan akan dtg sepertimana kita lakukan dibulan Ramadhan. Jk ini dapat dilakukan oleh umat Islam maka mereka berjaya memperolehi takwa yang sebenar... Tetapi apa yg dapat dilihat pada masa zaman sekrang hanya pada bulan ramadhan dan waktu solat sunnat tariwih sahaja yg umat Islam terkejar2. Sedangkan solat fardhu yg 5 waktu ni pon tidak dapat dicukupi untuk berjamaah atau memenuhkan surau. Cuba kalau yg fardhu itu di lebih atau diutamakan dahulu berbanding yg sunnat, ini tidak kita hanya melebihkan yg sunnat berbanding yang fardhu kerana ia adalah wajib dan lebih ptg dari sunnat.

Tdk kisah la pada bulan ramadhan ini, waktu subuh jemaahnya ramai kerana waktu utk kita bersahur sebelum subuh... Alhamdulillah jika gaya hidup masyarakat Islam mengimarahkan surau atau masjid pada waktu subuh. pasti bertambah maju dan berkembang negara kita. Itu pon waktu sahur sebelum subuh, cuba kita bygkan selepas waktu subuh sahurnya, waAllahua'alam keadaannya... hanya Allah yg tahu... Mungkin kerana itu waktu sahur kita sblm subuh...

Jadi disini saya bukan hendak menghentam atau mengguris hati sapa2. Cuma, cuba kita berfikir dan menganalisis setiap tindakan kita pada bulan ramadhan ini. Seperti mana sy katakan td, bulan ramadhan ini adalah latihan bg kita utk membiasakan diri utk 11 bulan akan datang. Ia blh di ibaratkan adat atau tabiat walau pon ia bukan adat atau tabiat tp syariat, kita cuma ibaratkan sahaja sbgi adat. Kerana adat atau tabiat manusia yg biasa buat sukar tuk mereka tinggalkan. contohnya, jika sesorg itu suke bermain game komputer sepnjag ms, tidak slh jk seseorg itu prktis perbykkan ibadah di bulan ramadhan dan meneruskan amalannya itu pada bulan akan dtg.

Posted by Al-Hariz on Saturday, September 6, 2008
categories: | edit post

0 comments

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan