Alhamdulillah... selesai sudah majlis Qurban dan Aqiqah disurau & Masjid... Semuanya selesai dengan jayanya dan tiada permasalahan berat yang berlaku. Tapi aku masih ragu2 dengan beberapa perkara dan perlu diperbaiki pada masa akan dtg utk menambah baik serta melancarkan lagi pergerakan Majlis Qurban walau dimana jua tetapi diketengahkan adalah di kawasan aku.

Pertamanya nak cerita masjid, mmg aku x terlibat tetapi aku dah amanahkan beberapa AJK biro pemuda tuk turun dan bantu cikgu Jaafar dalam skuad pemantaunya bagi mengelakkan berlaku pengambilan daging secara tersembunyi. Yerla, org ni kdg2 tak tahu nak bezakan hadiah atau upah, dan ada juga yang suke2 tak menjadi peserta melebih2 cop itu ini mcm die yang peserta. jadi disitu kelemahan org kita di Malaysia ini. Dah tahu ilmu kurang tp tak mau cari ilmu... Pastu pk mcm org berilmu dan ikut adat serta keadaan. Ok, masuk topik balik. yang menjadi persoalannye mengapa cikgu jaafar coll & minta aku menelefon petugas squad?

Adoi, punya la kita sibuk disurau dgn nak buka pitu stor, amik brg, agih tag & mcm2 hal lagi blh pula cikgu jaafar dr masjid minta aku coll dak2 ni. Lg pon ms cikgu jaafar coll, tgh nak menumbgkan lembu da. hai, parah2... Sedangkan nama tersebut telah aku beri siap contact lg. Ni kira kes lupa bw list nama yang telah diberila ni. Tp yang menjadi halnya tugas dan wakil dah ku lantik, bdk2 ni dah aku bgtau jumpa cikgu jaafar. tp tah la, aku coll 2 org tak berjawab. Last2 aku malas nak coll teruskan kerja yg ada. Pastu hp berbunyi lagi, lembu dah nak sembelih, aku biarkan je bab tau mestu cikgu jaafar coll.

Jadi disini timbul dalam kepala pemikiran aku utk membuat sesuatu supaya aku blh yakin dengan AJK Pemuda Masjid ini dlm melakukan setiap perkara bila ketiadaan ketua. Mana taknya ryne ketua sbnr blm balik dr jeddah atas urusan kerja. aku pula kn pangku. Sdgkan aku bukan timbalkan. Poning2... Aku harap tertubuhnya KRM(Kelab Rakan Masjid) ini dapat membantu dalam pelbagai aspek. Harap2 penyertaannya ramai...

Tutup kisah Masjid, masuk kisah surau. Kisah surau ni xde papa perubahan, cuma AJK pengurusan jer berubah sedikit iaitu S/u dan bendahari kerana mereka dah terbeban sbgi AJK Masjid. Tp xpe, Alhamdulillah ada pengganti. Mcm biasa aku diminta jadi ketua tuk jg lembu ni supaya tak ilang atau terlepas pada waktu mlm. Alhamddulillah ada la 3 org dak2 ni rajin joint. siap diorg aku mintak tlg tampal no. kat bakul & tlg kopek kulit bawang.. . aku kul 12 tido da... penat giler... sebelum tido 2 da membalon sikit da, roti telu satu capati setengah.. tiba2 lapo... ahahah.. ok, sambung, selang berapa jap terjaga la bab dgr org berdengkur.. sapa lah 2... jadi bgn la selang berapa jam tuk tgk lembu2 ni pastu sambung... best 2 tido, pki aircond... ubat nyamuk mmg surau ada.

Pagi2 mmg sibuk. mcm2 hal pendek cerita selesai semua sampai kemas kul 3, pastu aku balik & tido ahaha. Terlajak asar la, kul 5 br sodar.hohho Apa yang nak dirumuskan tahun ni kurang teratur sbb susunan petugas yang tidak beberapa matching pastu ada yang dtg lewat. Lembu no 1, 2 da sembelih terus ke 9, 10, 4. No.3 petugasnya lewat. Mcm2 hal... Pastu satu lagi longgokan bahagian lembu yang telah diceraikan spt peha dan lain2 berlonggok do bahagian memotong, menimbang dan membungkus. dalam list 25 org 2 ponx blh pickup lg... sedngkan dah siapkan 2 line tuk memudahkan kerja. Yang masalahnya, banyak pengarah dr pekerja. Mcm x sungguh2 jer nak bekorban.

Pastu 1 lg dikejutkan kehadiran Dr. Mariah selaku YB Parlimen Kota Raja. Dgr cerita die pusing tgk n ziarah surau2 dan masjid2 bawah kaw Kota Raja yang Menjalankan Ibadah Qurban & Aqiqah hari ni. Bagus, satu sikap pemimpin berjiwa rakyat. Pastu Ada juga cadangan Tag petugas itu dijadikan kupon petugas dan tag itu diguna semua tahun akan dtg. Jimat... Hurm bgs juga, tp akan dibincgkan dengan AJK pengurusan utk mengetahui kesesuaiannya. Tapi aku harap ada la yang sudi membantu bila diajak bantu.. Esok nak pi bantu atau di telok gong atau seri sarawak xtau lg. Ada keje nak buat, silap2 dtg kenduri makan jer la.. hoho.. Jadi aku nak tido, esok ada mcm2 hal lagi... sekian...

Posted by Al-Hariz on Saturday, November 28, 2009
categories: | edit post

0 comments

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan