Alhamdulillah syukur pada ALLAH saya dibangkitkan hari ini dalam meneruskan hidup berjuang dijalan Allah. InsyaAllah harap saya dapat istiqamah dalam berjuang demi kebangkitan Islam. Entry kali ini hanyalah satu provokasi yang saya lemparkan bagi melepaskan kekusutan minda.

Tidak semua orang boleh memendam segala permasalahan yang ada dengan umum. dan tidak semuanya juga seseorg itu boleh melepaskan dengan sepenuhnya. Begitulah saya tetap menyimpan beberapa rahsia mungkin sekadar kiasan bagi meringankan beban yang tersimpan. Mungkin org yang tertentu sahaja memahami situasi permasalahan yg tersimpan.

Tekanan demi tekanan hadir dalam diri dan konflik dalaman pon muncul. Jadi tidak mustahil akan terfikir macam-macam. Mungkin ada perkara yang memerlukan perancangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun selesai atau tidak tidak tahu lagi. Ada juga memerlukan masa dan tempoh yang tertentu dan kita tidak tahu bila jawapanya akan terjawab. Namun itulah satu ujian kesabaran bagi saya dalam mengharungi segalanya. Segala-galanya perlu pada pengawalan dari sifat termelenting tiba-tiba, termarah dan sebagainya. Itulah realitinya apabila seseorang marah atau mesti ada tindakan yang negetif. Namun sehingga kini saya masih tahan dan mengawal dengan mengambil beberapa tindakan positif. Ini semua telah diajarkan oleh Tuan Guru dalam kuliahnya. Alhamdulillah dengan berbekalkan bacaan doa ketenangan boleh diperolehi. Inilah salah satu cara saya mengatasinya iaitu think positive!!!

Namun, rintihan akan tetap berlaku. Dimana rintihan ingin saya lepaskan? wah, sukar nak menceritakan pada org kerana tak kita tidak rasa ada org yang boleh dipercayakan(buat masa ini la....) Adakalanya kita terpaksa jadi ego sebab malu menceritakan. Mungkin juga saya boleh mengambil inisiatif dengan mengatakan mungkin mereka ada permasalahan yang lebih hebat dari saya dan permasalahan saya kecil sahaja dan cuma perlu belajar. Hahaha, jadi saya belajar mengatasinya. Walau sukar, itulah cabaran hidup yang perlu saya tempuhi untuk menjadi matang (ceh mempositifkan diri balik). Matang??? jeng2... itulah kehidupan. Cara kedua menceritakan pada org ini agak perlu berhati-hati bagi saya. Ada je orgnya bergantng pada keadaan jika saya amat memerlukannya...hehehe(boleh pula ku menceriakan diri dalam ini)

Namun setiap tekanan itu saya tetap cuba uruskan dengan berkelana dengan sahabat-sahabat yang ada adakalanya ketenangan itu diperolehi namun ada juga bertambah..ahahah. Tentang apa? hurm, biasalah, tapi isu-isu itu dapat diatasi. Pandai-pandailah mengawal situasi... Dalam pada itu juga ada juga cara-cara sampingan saya boleh buat untuk atasinya. Namun diri ini tetap memerlukan ketenangan yang abadi. Boleh je, mati jawapannya... Mati memang menyelesaikan masalah kita tetapi masalah itu akan berpindah pada org lain yg berkaitan. Yang mati manalah nak setelkan masalah, kot hidup balik pengsan org yang hidup...hahah. Jadi dalam segala hal, kita mengadulah pada Allah, rintihlah pada Allah. Kerana setiap rintihan itu akan Allah dengar. Setiap permintaan itu akan Allah dengar. Namun penyelesaianya tidak serta merta. Ia memerlukan SABAR. itulah kata kunci dalam segala hal.

Jadi saya perlu sabar dalam menanti Jawapan ata kaedah penyelesaian dari Allah. Sabar, sabar, sabar... InsyaAllah ada nikmat dari sabar itu yang akan saya perolehi.

"Ya ALLAH berikanlah saya kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi hidup ini. Jadikanlah saya org yang bersyukur...(ameen...)

Posted by Al-Hariz on Wednesday, October 6, 2010

1 Responses to Tekanan adalah penyelesaian yang tidak pasti

  1. cik santun Says:
  2. Selamat Maju Jaya, =)..

     

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan