Assalamualaikum semua pembaca sekalian. Tiada apa mampu dinukilkan buat masa ini walaupon pada umumnya hendak nukilkan sesuatu yang mungkin pengisian menarik. Akan tetapi idea dah lari tak terkejar. Untuk mengelakkan kosong dan tak diupdate saya tulis la sedikit bg mengisi ms yg ada disamping melepaskan sedikit tekanan perasaan(aik, mcm mn la blh tertekan pula ni..haha)

Tidak tahu tajuknya adalah mencari jawapan dimana saya tidak tahu jawapannya dan penyelesaiannya. Banyak klu nak diikutkan tapi tidak semua dapat dinukilkan disini kerana ada juga berunsurkan peribadi dan agak segan tuk di kisahkan dlm paparan umum. Namun penat je yg datang dalam mencari jawapannya. Tapi tak la juga nak cerita masalah disini. mungkin cerita. Datang 1 masalah melibatkan pengurusan, diri terfikir sejauh mana hebat sy mengurus sedangkan saya hanya mengikut manual yang ada. Tgk la yg mana ada buku manual tersendiri mudah diikuti. Tapi pengalaman yg ada hanyalah meguruskan kelas selama 6 sem. Itu pon menjanjikan 1001 kerenah dan tekanan yg adakalanya boleh meng"short circuit"kan "litar" dalam kepala. Adalah juga pengalaman jadi event team.

Alhamdulillah satu demi satu masalah dapat diselesaikan dengan melalui apa yg kita tidak tahu. Mencari jawapan dengan bermasyarakar, memerhati dan menganalisis maklumat yg ada untuk kegunaan diri sendiri. Ada juga eksperimentasi yg dilakukan. Sebab itulah adakalanya kata2 memainkan peranan dalam apa jua perkara. Maaf la mereka yg tersakit hati. Adakalanya kata2 ini perlu digunakan dengan baik mengikut keadaan, situasi, orang dan masa. Tidak semuanya sama. Mana mungkin marah kita boleh menggunakan nada yg rendah. Entahlah, saya pon tidak tahu apa yg berlaku. Konflik satu demi satu cukup melemahkan diri. Lupe, datang balik, dah lupe dtg balik. Lemah sungguh diri ini menghadapinya. Tapi tidak tahu mana hendak luahkannya. Buat ms ni dgn Allah sahajalah. Zikir dan istghfar pengubat yang laris, formula dr tidak tahu.

Menuntut ilmu dapat saya rasakan satu ketenangan dan banyak merungkai tidak tahu ini. Namun tidak semua jawapan dapat dalam sekelip mata. Perlu diusahakan dengan pelbagai cara. Saya harap dapat 1 masa untuk mencari ketenangan seketika bagi merehatkan minda dan rehat secukupnya. Adakalanya terfikir, jika dalam rehat itu tiba2 saya berada dialam lain, selesaikan masalah itu? Ada yang selesai ada yg berpindah beban pada org lain. Mungkin masalah itu tidak difikirkan selepas mati. Namun, amal dan redha Allah saya perlukan dalam semua yg saya lakukan. Cukupkah amal saya? Allah redha semua yg sy buat didunia ini? Bukan Syurga matlamatnya, Redha Allah yg mencapaikan kita ke syurga.

"Sabarlah wahai diriku, sabarlah, wahai hatiku, sabarlah wahai jiwa ku, sabarlah wahai perasaan ku, sabarlah wahai emosi ku, sabarlah akalku, sabarlah wahai anggota badanku, kerana nikmatnya bukan sekarang tetapi DISANA... " Bila? Saya Tidak tahu. Teruskan bersama saya berjuang dan bersabar. Bersama kita nagis dan rintih bagi melepaskan sedikit keluhan. Semoga Kita bermuhasabah dan istiqamah dalam mencari redha Allah.

Sedikit rintihan yg tidak tahu mengapa...

Posted by Al-Hariz on Tuesday, October 19, 2010

0 comments

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan