Assalamualaikum... Lama juga tak menulis disini. Nak kata sibuk tak la sibuk namun adakalanya masa itu digunakan untuk rehat seketika. Mungkin dek kerana beberapa urusan yang tidak selesai dan meletihkan apabila memikirkannya. Namun itulah cabaran hidup ia cukup kompleks bagi manusia dan perlu tempuhi. Berbeza dengan kompleks membeli belah atau bangunan kompleks yg manusia rancangkan. Mungkin juga kompleks kemudahan untuk beruzlah seperti dinyatakan dalam komen sorang adik baru-baru ini.

Dalam topik ini sedikit perkongsian melalui pendapat sendiri. Ini kerana bebanan yang ada perlu diseimbangkan. Sama seperti pemasalahan diri dan lain-lain hal. Sebagai contoh jawatan yang di pegang hendaklah di tanamkan dalam diri adalah sementara. Amanah tetap amanah dan jalankan selagi kita mampu memikulnya serta lakukan dengan ikhlas hati. Walaupon jawatan itu kita pengangnya dalam satu tempoh yang lama. Jadi bila tiba masanya kita lepaskanlah dengan hati terbuka demi peningkatan kualiti sesuatu organisasi. Cakap memang senang, tapi bila kene pada kita amacam, sanggup? huhuhu.. Itulah yang saya risaukan juga dikala memegang jawatan-jawatan ini. Harap jika menimpa pada saya dapat saya lepaskanya dengan rela hati walaupon susah senangnya dahulu kita hadapi. Namun itu proses hidup dan keseimbangan sesuatu organisasi perlu diutamakan mengikut arus semasa

Alhamdulillah kekecewaan dalam segala hal telah dilalui dan mungkin hanya sedikit. Namun harap itu boleh menjadi peringatan buat diri sendiri. Ini kerana tidak menjadi 1 masalah jika adakalanya saya dilupakan oleh rakan-rakan dalam rancangan mereka. Alhamdulillah tidak mengapa kerana adanya perkara lain saya fikir boleh lakukan bg mengisi kekosongan itu. Disitu saya cube seimbangkan perasaan bersama rakan-rakan dengan apa yg saya ada. Kesedihan diabaikan tidak membawa apa-apa makna. Kerana itu akan mendatangkan penyakit Rohani pada saya serta boleh menimbulkan stres secara tak langsung. Keseimbangan perasaan...

Namun dala hal pemasalahan dalam diri ini juga perlu ditekankan kerana banyak diantara kita mengalami tekanan tidak kira kerja, perasaan, keluarga, sekeliling dan lain-lain. Bayangkan satu pengalaman ngeri yang anda alami berkemungkinan menjadi igauan anda dalam hidup. Cube fikirkan pengalaman2 yang lalu menjadikan anda takut atau fobia dalam 1 perkara. Tidak kiralah jika perkara itu mungkin tidak terjadi pada kita tetapi pada org sekeliling kita. Jika berlaku pon hanya ada tetapi tidak seteruk mana. Perkara ini jika tidak diseimbangkan dengan baik akan memakan diri sendiri bila tiba sesuatu perkara yang berkaitan. Sedangkan anda tidak tahu nasib anda berkemungkinan baik.

Cakap memang senang, kita belum kena belum tentu... Tapi ada perkara yg saya tulis diatas ada saya lalui dan sedang lalui. Namun saya teruskan juga melalui hidup ini demi redha Allah. Setiap manusia berbeza perjalanan serta permasalahan dalam diri mereka. Jadi usah kita ragu, teruskan perkara yg baik. Jadikan setiap yang tragis itu sebagai pringatan "precaution"(ceh pki B.I pula) buat diri kita. Disitulah keseimbangan boleh kita capai. Bayangkan tidak semua org menerima nasib yang baik. Sebagai contoh related, Bapa seorg pejuang Islam atau alim ulama' ada juga anaknya tak menjadi seperti mereka atau mungkin lebih teruk. Manakah silapnya yang mereka juga telah sedaya upaya membentuknya.

Jgn salahkan Allah, kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu. Mungkin Allah ingin beri satu nikmat pada umatnya. Saya juga tidak dpt bayangkan jika pkr itu menimpa saya. Akan tetapi langkah berjaga-jaga yang seimbang perlu bagi melalui kehidupan akan datang. Ini sedikit coretan buat diri saya. Dalam pada ini juga terdapat tekanan yng saya cube seimbangkan. Seelok2nya jangan marah... Saya berusaha tidak marah... Supaya syaitan tidak mengalir dalam darah marah saya... InsyaAllah.

Itu sahaja, hayati doa dibawah bat amalan kita semua... Amin...


"Ya Allah, ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat disisi-MU & berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jgn sulitkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yg susah adalah mudah bagi-M, Ya Allah, sempurnakanlah dgn segala kebaikan dengan rahmat-Mu"

Posted by Al-Hariz on Tuesday, November 2, 2010
categories: , , | edit post

1 Responses to Mengimbangi sesuatu

  1. cik santun Says:
  2. fuyo panjang tu entri.

     

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan