Alhamdulillah syukur pada Allah dapat saya mencoret sesuatu disini. Masa merupakan satu yang beharga. Hatta jika sebagai bapa pon jika dpt melapangkan sedikit masa yang berkualiti pada anak akan membentuk emosi yang sempurna pada anak itu...(ceh, ckp mcm dah ada anak... padahal setakat anak tekak, anak mata je... eh ada 1 lg anak buah...hehe)Sedikit coretan malam ni sambil menjaga lembu... hahaha..

Malam ni kisah konvo PASTI As-Syifa' bakal diceritakan sedikit jalan ceritanya. Alhamdulillah majlis berjalan dengan terancang & terkawal cuma kekurangan AJK & pembahagian tugas yang kurang berkesan oleh Timbalan pengurus(yang lagi kurus)mungkin menampakkan lompongnya...(Ada org nak usul pecat timb. pengurus tak?heheh)

Perancangan yang diambil dalam 3 minggu memang masa yang singkat. Ditambah lagi dengan pengalaman ditahun pertama.Eveything start from '0'. Walaupon ada jawatan yang lagi tinggi namun saya sebenarnya 0. Hanya berbekalkan panduan pengurusan melalui manual sahaja.

Macam-macam hal la nak setup. Jenuh kami memikirkan keperluan yang diperlukan. Rancang amik gamba yang menjimatkan walaupon background di PASTI kurang menarik tp diedit menjadi terbaik. Alhamdulillah semua ok cume budak2 ni tak reti senyum bila amik gamba sorang.Ish3...

Dengan nekad AJK pengurusan benar-benar komitmen semua diatur. Tak pasal-pasal saya juga jd pengurusi majlis. Main belasah je la. Hadi kena baca doa dan jaga bahagian teknikal serta mik gamba(tp tak amik sgt.. muke mengantuk & lapo je die ni... sabo je la..) Pengurus masa majlis relex la sbb wakil PASTI cawangan.

Bendahari pula di meja pendaftaran dengan runer sementara... Guru2 sibuk uruskan budak, persembahan budak serta juadah nasi ayamnya. Tak seberapa tp itulah kemampuan yang boleh diberikan. Tahniah pada guru2 serta ex-guru(sakinah & safiyyah) yang sanggup turun dr sabak bernam.

Perancangan memang kelam kabut sehinggakan diri ini memang terpaksa bersabar dan tidak mencetuskan ketegangan. Kebiasaannya akan tegang. Alhamdulillah ilmu yang dipelajari & diamalkan selama ini menjadi benteng pengawal diri. Malam tersebut sy perlu mengawal diri. Lagi pon saya terpaksa mempegurusikan taklimat mlm tu atas sbb pegurus dipanggil oleh ketua cawangan..

Semua perkara dilistkan serta diremaindkan tindakan jika ada kekurangan. Dari penyediaan makanan, persembahan, pendaftaran, hadiah, pengisian program sehingga mengemas. Tu yang tak pasal2 merelakan diri menjadi pengurusi majlis sedangkan perasmi abg sendiri iaitu SUK PASTI Selangor(Kantoi la... dah nama pon sama...). Apa nak buat semua sibuk dan dah penuh jadual. Cari S/U last2 SUK la yg ada. Mudah, Die boleh balik kampung pon..ahaha

Meriah, ceria dan ibubapa menunjukkan keceriaan serta kefahaman mereka keatas PASTI. ini ditambahkan lagi dengan ucapan dari pengurus yang mengetahui kelemahan diperingkat permulaan PASTI As-Syifa' ini. Alhamdulillah cikgu jaafar cover lagi dengan keperluan serta peranan beliau dalam PAS kawasan untuk PASTI.

Ini ditambahkan lagi ucapan abg saya yang menberi input berguna berkenaan PASTI. Bukan mudah nak memahami orang yang pelbagai peringkat ni. Bila dalam PAS asik sibuk kat gunkan budak untuk politik sedangkan salah satu usaha PAS bagi menunjukkan pada kerajaan cara pendidikan yang sebenar dan perlu diberikan pada anak-anak Malaysia...

Point terakhir, sampai bila akan saya menjadi pengerusi majlis bidan terjun ye? Dah la tak de org komen. Tak ok ke KO saya pon tak tau. Hanya sekadar belajar sendiri tanpa guide. Inilah kehidupan saya mencari arah sendiri... Rasanya kali k5 atau k6 jd pengerusi majlis. Malas nak igt dah..huhuh ok cabut...

Ni je yang datang, ni la yang buat persembahan

Pengerusi majlis ni kata dalam hati, hantam sajala..
apa yang keluar dlm kepala sebut...

visual kreatif dr tukang amik gamba...

Posted by Al-Hariz on Tuesday, November 16, 2010
categories: , | edit post

1 Responses to Konvo PASTI As-Syifa' 2010

  1. cik santun Says:
  2. komen untuk pengerusi majlis.

    Sebab apa telah mempengerusikan majlis sebanyak 5 dan 6 kali tahun ni, tentulah anda berbakat, alhamdulillah, =)..

    Untuk program yang ini! (kerana daku ada dalam majlis),

    1) Pandai mengawal keadaan. Walau sebenarnya sangat kelam kabut, dan ada masa yang tidak terisi, pengerusi majlis 'membebel' cerite itu dan ini sehingga tak nmpak sebenrnya apa yg dibebelkn tu adalah nk cover masa, dan sebenarnya takde dlm tentatif, kah kah kah.. (ini satu kredit untuk anda, tahniah)

    2) Jika lihat pada AJK pula ya, anda sendiri akui rasanya yang kita kekurangan AJK.. haha takan sy pula yang nak jadi pengerusi majlis? jeng3!! fikir2kan.. haha..

    3) Anda tidak begitu formal! =), pertuturan teratur, dan suara tidak begitu sedap. haha..

    Kalau tidak dibanding2kan dengan konvo PASTI lain, program ini best.. Dan sangat tidak layak dan tidak patut dibandingkan. Mana mungkin akan sama PASTI yang dh puluh tahun dengan yg baru setahun jagung.. Semua jagung2 belaka.. Maka, bersyukurlah, Alhamdulillah..

     

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan