Adoi, Tengok dairi tiap hujung minggu ada program... So, macam mana? Malam pon belum tentu lagi... Klu last minit info la best seh...

1 April 2010

8.00pg: Macam biasa ke PASTI untuk mengupdate maklumat dan menyerahkan apa-apa yang patut.

8.30pg: baru cababut ke pejabat.

4.00ptg: Minta balik awal sebab technican Telekom datang untuk repair masalah internet. Nasib baik Modem life time warranty, jimat duit poket... Klu tak kene la labur tuk beli modem baru... hahaha...selesai orang TM check n repair masuk asar... Pastu solat la asar.

5.30ptg: cabut ke bangi

7.00ptg: Ke surau An-Nur, utk dgr kuliah maghrib T.G Haron Din. selesai je kuliah & solat isyak pi amik kek.. Klu nak diikutkan kene sebarkan flyers untuk dimaklumkan pada pengguna pakir kat tempat program bahawa tak boleh paking di situ selama sehari. Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan Hadi dan kawan-kawan kerja itu berjaya dibantu oleh mereka.

10.30mlm: Sampai umah dan makan nasi bungkus dapat masa pas kuliah td. Ingat nak balik mlm tu. Tp da ada Plan B kot abis makan pon 11 mata da mengantok tido bangi la.. Baju da ada tp tuala mandi tingal... hohohoh
2 April 2010

12.00mlm: disebabkan ada perkara yang nak dibincangkan, tido lewat jg..ish3...

7.05pg: Baru gerak ke klang lepas solat dan sarapan...

8.00pg: Sampai umah kak long simpan kek pastu balik umah letak beg baju dan lain-lain, pastu cabut ke PASTI bab ibu Irfan pelajar nak jumpa. Pastu gerak ke Pejabat.

4.00ptg: minta izin keluar awal lg bab nak kn tlg persiapan Malam kesenian Islam di Pekan Andalas. Artis, Ar-rayan, Azhan(juara Akademi Nasyid), ust. Akhwan, Ust Badrulamin Baharom. Hujan lebat, Pasang backdrop dengan Hadi, faiz & da geng. siap susun kerusi juga. Main hujan la... Alhamdulillah ada peniaga sedekah kuih dan air utk kami...

7.10mlm: Balik tuk siap-siap majlis dirumah

9.40mlm: Ke PASTI.

10mlm: balik umah balik dan majlis dirumah bermula. Hari keluarga... sempena ulang tahun kelahiran emak.

10.40mlm: Ke Pekan Seri Andalas menyambung tugas. Jumpa Artis tadi dan menjalankan kutipan derma dan kerja-kerja yang berkaitan
3 April 2010

12.30pg: Selesai sudah program, pi kedai minum.. belanja kawan-kawan guna dana yng telah diberikan. Nak makan pon susah, mcm2 lah kedai ni. Itu habis ini habis... Klu tau pi Andalas coner..hohoho

1.30pg: Barulah pulang kerumah dan menidurkan diri...
8.oopg: pi keje awal sikit bab nak balik awal tuk rehat sebelum ke DCF. Kuliah subuh pon tak ada pagi tu. Jadi siap2 pi la koje...

12.30tghari: Sampai di DCF untuk membantu abg Aslam... tak ada papa yang membebankan, tp masalah air membelenggu disitu. Kali ni pula ada masalah. Sebelum ni tak de masalah

3.00ptg: Tido jap, rasa nak tido. Tido dalam khemah(wah... berpeluh beb... tp nyenyak...) Teringat juga masa tido kat asrama poli, boleh sy tido dengan keadaan panas dengan kipas yang rosak. Membe pelik dengan saya... Penat, tido la. Nak bejaga sampai subuh pon tak akan gerak kipas tu...

4.15ptg: lupe buat pe lepas time ni... yang pasti asar da nak masuk waktunya...ahaha

7.00ptg: siap-saip utk maghrib. Makan lambat sebab makanan lambat sampai... kesian cikgu kebuluq... nak maghrib baru makan... selepas maghrib yng mana belum makan pi makan sementara menunggu penceramah

8.20mlm: Kuliah maghrib mula. Penyampai yang mmg membawa kontroversi dalam penyampaian. Tp memang bagus kerana memberi penerangan yang baik dan mendalam. walaupon tak dapat dengar semuanya tp mmg bgs pengisian.

11.00 mlm: Keletihan menjelma. mungkin siang td tido bertembah letih sebab tido dalam kepanasan.. hohoho...Kursus masih berjalan, den tido dulu..ahahah. Tp ada juga terjaga kul 12.30 tp semua da masuk rehat... kat kantin je kak nizah sibuk berborak kot... Saya pon sambung tido balik...

4 April 2010

4.30pg: Dengar guru-guru sibuk nak mula qiamulaili. Tp dengar desas desus masalah air. Mata dan kepala berat nak bangun sejam kemudian baru memaksakan diri mandi dan bantu pi tgk moto pum air. Tp tak berjaya mengepam air... Dibiarkan sehingga selesai penyampaian semua.

8.00pg: Abg rozi masih berbicara pasal air. saya ke pum air. matikan suiz pum. Selepas itu chek host... Bega punya bega, On suiz, lampu kuning dan merah menyala. Ini bermakna ianya gagal utk terus beroperasi. "off" semula dan "on" kembali. dibiarkan, lampu masih keadaan sama tiba-tiba berubah. Lampu kuning padam dan lampu power on (hijau) menyala. tapi tetap fail. Tekan butang reset moto berjalan dan tekanan moto naik 0.5. Air da mula ada.

8.30pg: Cikgu-cikgu da blh mempersiapkan diri. Hahaha... Igt nak suh depa basuh pinggan kat sungai lepas makan. tak jadi bila air da ok. Masalah, kegagalan moto berfungsi. Berkemungkinan panas.(moto pon mcm manusia klu "on" 24 jam memang penat...) Alhamdulillah salah satu ilmu baru yang baru ku perolehi dan dipraktikkan melalui teori 2 tahun sudah..hohoho

8.45pg.: Tolong alang dalam kemaskini maklumat dan sijil untuk guru. Jenoh dan berkali-kali ulang alik memastikan samada da semak ke belum, nasib baik sempat siap sebelum penyerahan sijil. Macam robot je saya tekan... ahahaha. Tapi da disemak pon masih salah. Mana silapnye ye??? Konfius den...

nikmat makan.... Lapo la time buat koje

1.30ptg: Masing-masing makan tghari dan menyelasikan Majlis penutup serta penyerahan sijil. Guru-guru macam da tak sabar nak balik ni..ahahaha. Alhamdulillah masalah air dah tak de, sebab beberapa masalah paip air yang tak ketat dan sambungan baru yang menjadikan tekanan rendah. InsyaAllah selepas ini masalah ini dapat diatasi dengan beberapa penambahbaikan. Jgn takut, air ada je. Maklumlah dinaiktaraf tapak kem mesti ada cacat cela sikit...

3.00ptg: Kami menunaikan solat zohor, Berkemas segalanya kemudian selepas solat asar barulah balik.. Menempuh perjalanan bersama anak-anak abg aslam yang 3 org kecik-kecik ni tido... Mungkin sedap dengan aircond kereta yg masih ok.

6.40ptg: Sampai dirumah abg aslam.

7.00ptg: Sampai dirumah. Then dapat mesej utk menaggalkan baner program. Sy pikir telah diuruskan oleh ryne. Jadi malam nnt uruskan. Siap utk solat maghrib dan ke surau

8.30mlm: dapat mesej semasa disurau, sahabat minta tlg, kunci kereta tertinggal dalam kereta dan terkunci. Saya minta cube dulu dengan teknik yg pernah dilihat.

9.30mlm: Membe kt tak boleh. Siap sahaja selepas berkumpul nak pi cabut baner, minta sahabat-sahabat jom tolong membe disurau At-Taqwa , jln lebuh turi.

10.25mlm: Selesai urus kereta, semua meneruskan misi menanggalkan 6 baner. Pecah 2 geng, dan lokasi yang perlu di tanggalkan adalah depan 99market kat pekan andalas, simpang trafic light pangsapuri polis, traic light dekat taman rakyat, pintu masuk masjid, masjid tok dagang, dan telok menegun. 5 org berjayakan misi.

11.00mlm: Misi selesai, untuk menghargai keletihan belanja la minum sambil berbincang dan berborak-borak

11.40 mlm: pulang kerumah dan siap untuk tido...

Misi yang berterusan. memang penat sehinggakan takut tak boleh mengwal kemarahan bila org tak faham den banyak soal. Hoohohoh, kene belajar ilmu sabar. Takpe la, klu tidak pon dapat mengurangkan beban otak tuk fikir pasal ................................. yang ada. Salah satu cara mensibukkan diri dengan aktiviti. Formula yang sudah ada tp tak perasan sejak dulu kala lg...hohoho...Hari ini meneruskan program ke kuliah....



Posted by Al-Hariz on Monday, April 5, 2010
categories: | edit post

0 comments

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan