Baru-baru ni saya telah ke Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil di Hulu Selangor... Kiranya sudah 2 kali saya ke hulu selangor sempena PRK Hulu selangor.. Secara umumnya satu hari masa perlancaran MPTS dan sukan PASTI Hulu Selangor... Wah, nampak gempak dan best, buat sukan sebelah tu markas untuk pasukan polis dan FRU..

Alah, apa nak takut... bukan merusuh pon.. Budak-budak bersukan je.. Klu diorang kacau, maknenya diorang amat la kebudak-budakan teramat sangat. Alhamdulillah sukan dan perlancaran berjalan dengan baik dan lancar... Tapikan, 1 jer, susah juga nak pilih gamba yang menarik.. kene kasi edit. Lagi pening kepala nak buat berita.. Sejauh manakah keintelekkan diriku ini untuk mengolah berita..

Cube chek dulu SPM Bahasa Malaysia dapat berapa??? hohohoh.. itu rahsia hidup si tukang taip ni... Bestnye kot ada suri .......(bahaya buka topik ni...) utk membantu. Ish, ish, ish... jiwa remaja, biasa la...hahaha... Gambar punyalah banyak diambil, tp macam semunya menarik.. (eceh puji diri tak malu..) Yang best selesai semuanya, kami pi makan cendol!!! perh.. masyuk... itu abg aslam belanja.. ahahah. Tiap kali keluar denagn die dan kak nizah die belanja ... Best...

Kali kedua pemergian saya ke Hulu Selangor adalah dirahsiakan disini...ahaha. Bahaya, blh menjejaskan kereabiliti diri tau... Tapi kali ni naik KTM... mau taknye, 3 jam saya menempuh perjalanan. Sampai Rawang je jumpa sorang uncel berbangsa india. Topiknya mula pasal KTM yang dinaiki pki gerabak diesel menarik KTM la... Die kata wawasan DR. Mahathir dahulu yang nak menjadikan KTM ada seluruh Malaysia.

Tapi kata uncel tu susah nak jadi, sebab itu politik punnya orang yang bikin susah... Ha, paham-paham la ye... Selepas itu, uncel tu tanya kami "kamu mau pi mana?"
Membe jawab "ke kuala kubu, uncel?"
"saya mahu balik batang kali" balas uncel itu.
"Uncel hari- hari naik KTM ke?" membe merancakkan perbualan
"Ya, saya hari-hari naik" balas uncel tu
die tanya kami pula "ada apa di KB?, uruskan pilihan raya? kamu wakil mana?"
kami mengangguk dan menjawa, "kami dari PR dan parti PAS"
Uncel tu dengar je, die terus salam kata, "bagus-bagus... nanti you bagitau itu zaid, satu undi die sudah dapat"
Dalam hati saya "ai, bagus sokong PR ni"

Last-last sambil menunggu KTM memulakan perjalanan, kami mendengar cerita uncel tu siap masuk sejarah dahulu kali sebelum merdeka pon ada. Mak ai, memang kuat ingatan la ini uncel.
Cuma rumusan yang saya perolehi disini persepsi rakyat semakin baik dan memang percayakan kerajaan PR. Namun isu-isu yang dimainkan serta diputarbelik macam nak sembelit oleh BN melalui medianya memang hebat.

Dalam perbualan kami juga ada menyuarakan ingin tahu nama uncel tersebut tetapi beliau merahsiakannya kerana hal-hal berkaitan. Melalui kesimpulan awal kami uncel ini mungkin orang kerja bawah kerajaan yang terikat dengan akta tidak boleh berkempen. Katanya mungkin 4-5 tahun akan datang kita jumpa lagi. InsyAllah, kot kita panjang umur..(menolog dalaman).

Input uncel ini juga banyak memberi info pada kami bagaimana isu perkauman yang sebenernya dimainkan oleh mereka gila kuasa. sungguh rakus dek kerana pangkat dan harta. Jika kita singkat sejarah hidup Khalifah Umar Abdul Aziz, kebanyakkan khalifah Bani umaiyah sanggup membunuh dan melakukan perkara yang keji demi mengekalkan kuasanya. Disitu kita boleh lihat panorama politik sekarang. Sapa lakukan, masing-masing boleh fikir la ye dengan pelbagai isu yang telah timbul...

Ok, mungkin itu sahaja coretan sedikit untuk enrty kali ini. Masa agak sempit buat masa ni, berita PASTI pon ada yang tak update lagi2. Sukan PASTI serdang dan Porgram Hulu Selangor... Semoga sama-sama kita bermuhasabah dan cube merubah negara kita supaya terhindar dari laknat Allah S.W.T..Ameen..

Posted by Al-Hariz on Wednesday, April 21, 2010
categories: | edit post

0 comments

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan