Alhamdulillah dapat juga saya meneruskan penceritaan seterusnya pada hari ini. Untuk Hari ke-2 di Kelantan, Kami bangun subuh dulu la...hehehe... Kebetulan surau situ dekat je. Dalam tak sedar rupenya abg aslam pi masjid kat depan tu. Saya mula-mula nak pi masjid, melintas jalan je tgk eh jauh rupenya. Pandangan mata je nampak dekat. Jalan ke sana pon tak tau, sosek kang. Tak dapat berjemaah. Bila patak balik, ada brader kat bilik atas tu cakap dari tingkap.

"Dik nak pi Masjid ke? masjid jauh surau dekat je?"
saya jawab "Haah... kat mana surau nya?"
brader " selang bangunan oren tu je..."
saya, "ok, Terima kasih..."

Rupenya tak sampai seratus meter pon dokek jo.. Tengok-tengok nampak alang... Selesai semua kami bersiap untuk ke PCB pagi tu. Macam biasa, kami sarapan dahulu di tempat biasa. Tapi sebelum ke sana kami dah sarapan kek da dengan kopi radix..ahahah Menu pagi tu, nasi dagang lauk daging ku pilih. Sodap... lembut dagingnya. Sorang-sorang cilok daging den. untuk rasa dan ternyata lembut daging bakarnya... Kali ni air Teh "O" saya pilih. Sebab pagi tadi da pekena Radix. Abang aslam siap bungkus tuk makan tengahari lagi tu. Sedap, murah dan mengenyangkan la makan kat situ. Selesai sudah makan, kami ke PCB untuk menghantar kak lang dan kak nizah ke muktamar DMPP, tempat HiTea semalam. Perancangan nak ke KTC tempat muktamar DPPP di KTC tapi kami terpaksa pulang ambil printer sebab perwakilan yang memeningkan urusetia.

Kami hantar pada kak teah pastu da siap kak teah selesaikan guna printer dan laptop kami pulang terus... Tak jadi pi KTC. Lagi pon abg aslam selepas hantar kak nizah, di terus balik bilik untuk siapkan minit mesyuarat masjid dan lain-lain sambil jaga anak.. Dah tak jadi pergi ke KTC, kami pon melabuhkan tirai kelopak mata ini dan melelapkan mata.... hahahah. Masyuk tido pakai aircond tapi sikit je da rasa sejuk kaki then terus selimut tido dan tilam berspring wah nyenyak... Nasib baik kami musafir, boleh lah jamak. Dalam kul 2 kami siap-siap untuk jemput akak-akak sekalian. Siap solat semua la. Tapi sampai sana masih belum selesai lagi muktamar DMPP. Jadi kami ke pantai le, anak abg aslam ada yang main layang-layang tapi angin tak kuat susah nak main layang-layang.

Hahaha, pada masa yang sama tetap ada adegan yang melucukan, nasib baik tak rakam. Lawak giler, sempoi je nak bungsu abg aslam. Telatahnya yang adoi, melucukan tapi tak maulah tulis dalam ni bab mungkin memalukan bapanya... Biarlah kami sahaja yang mengetahui gelagat si kecik tu. Dalam menunggu di pantai tu, ada juga persembahan ular, semalam pon ada tp kami tak pi tengok. Jadi kami pi tengok. Dalam masa yang sama brader tu jual la minyak sampu dan ubat-ubat sapu... Saya beli minyak sapu dan krim sapu untuk kulit. Saja simpan dan guna bila perlu macam kena sengat, lenguh-lenguh dan yang sesuai la bab minyak ni panas bila pakai. Ubat krim tu sapa yang ada masalah kulit. Test nak sapu bahagian panau saya yang hilang, pastu datang balik..hohoho...

Cakap pasal ubat, semalam kami ada juga cuba up belut.. sedap juga, macam sup ikan... Ubat tu... Tapi malam tu makan memang mahal la sikit, sebab kedai tu dekat dengan tempat adanya muktamar. Tautau la tu harga biasa ke luar biasa. Air buah je RM2.50... ok masuk balik cerita ular tu, semasa baru nak tengok jumpa la cikg roseman dan abg saiful baru keluar gerai makan dekat situ.. Waduh, melepas, klu tak boleh PAU mereka..Tumpang memenuhkan perut...ahaha. dah tengok punya banyak aksi sambil diselangselikan jualan ubat orang tu, kami pon pi menjemput muslimat yang dah abis bermuktamar... Hahaha kelakar, warna baju rasmi muslimat sama PASTI punya. Sampai dipanggil akak-akak PASTI...ahaha. Mana taknya tudung putih baju/jubah yang mereka buat hijau. Jadi perwakilan dari guru PASTI senang bab dah ada baju hijau tu cuma ada corak tulisan MGP je la kat kain baju. Walaupon dah tukar design baju seragam PASTI tapi warna hijau tu masih digunakan lagi...ahaha

Petang tu kami kat PCB hanya makan buah rojak dan kelapa jeli sahaja. Cukup la dah rasa semalam makan kat gerai tu. Kami ni sekadar merasa aja... Maklumlah, musafir..hehehe...
Lepas amik kak lang dan kak nizah kami terus pulang ke bilik. Pada mas yang sama cikgu Roseman nak tumpangkan isterinya di tempat muslimat penginapan yang kami duduk. Pada awalnya isterinya ikut bas muslimat selangor dan cikgu roseman nak pi lambat, tp terpaksa pi cepat juga. Bila muslimat selangor balik petang tu jadi isterinya ditempatkan la di bilik muslimat. Anak-anak cikgu 2 orang sumbat kat bilik muslimin. Meriah jadinya, jadi macam rmah sendiri budak-budak ni buat. Mau naik fening kepala dibuat nye. Tak pe, janji masa tido aman...aahah. Lepas solat jamak takdim berjemaah, kami tudun pi makan kat depan tempat penginapan kami...

Menunya adalah "Roti canai cecah kari gear box!!" Sedap... sehingga menjilat jari tu...sampaikan aksi saya bersama anak abg aslam menyedut sumsum mesti diabadikan..hahah. roti canainya pon sedap dan lembut... Cikgu Roseman dengan family duk meja lain iaitu bahagian luar kedai, kami duk meja bahagian dalam kedai. Sambil-sambil tu merancang program seterusnya dan isu-isu semasa... Selesai makan saya, alang dan abg aslam ke KTC tempat DPPP bermuktamar yang dikatakan tak abis lagi. Dengar cerita 16 jam beb. Kami ke sana atas urusan la bab orang sibuk cari abg aslam, jd abg aslam ajak ke sana. sempat la kami dengar ucapan KP pusat dan berdoa beramai-ramai. Best... Muktamar tamat dalam erea 12.30 pagi, 2 hari pemuda bermuktamar, sampaikan ada yang terperangkat dalam lif semasa blackout siang tu. Selesai kami balik untuk berehat... Cerita seterusnya sambung kemudian, kasi upload dan tgk la gamba yang sempat diambil...

"Ya, mari sedut...." kelihatan abg aslam tidak sabar untuk memotong daging di "gear box" tu. Sabar ya, nnt salah potong...


Abg Aslam, fahmi dan kak nizah tekun menikmati juadah

Apo la kojenye tu

"tengok gear box aku..."ahah

Ucapan Ketua Pemuda ustaz Nasaruddin Tantawi

Posted by Al-Hariz on Thursday, June 17, 2010
categories: | edit post

2 comments

  1. syukur, lain kali kita kumpul duit lagi kita gi kelantan lagi, tapi yang kesian kan kan kan ada orang tu nak makang sotong taka dapat wakakaka

     
  2. Al-Hariz Says:
  3. ya. betul... Ahaha sapa la tu yek???

     

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan