Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah setelah sekian lama saya membisu akhrinya dapat juga menaip. Kesibukan diri melanda lebih-lebih lagi saya diminta untuk menguruskan hari guru PASTI kawasan dan juga BBQ pemuda. Sebelum-sebelum tu dengan macam-macam program yang sememangnya penuh. Hohohohoho... Lagi 9 hari je lagi program tu.. Macam-macam hal perlu diuruskan kita pula sibuk dengan hal-hal lain. Harap ada yang dapat membantu dan pemuda pon kene bantu la... Mana boleh pemuda tak bantu... Klu tak den ni diketogorikan apo klu bukan pemuda, tul tak? Mesti den tak perlu buat...kankankan...

Tajuk pada kali ini agak janggal kot... Tapi itulah kebenarannya.Kalau nak diikutkan, memang kami(me,alang dan kak lang) ada perancangan pada hujung minggu ni. Perancangannya adalah ke sabak bernam, meraikan ibu Mislia dapat menantu, sekali 2 orang ibu dapat.. Kak Syifa' dan ummu sarah nama anak ibu... dalam 7 orang anak ibu, hanya sorang sahaja lelaki, yang lain perempuan... Kenal ibu pon melalui proses mencari guru untuk PASTI Andalas hari tu dan anaknya la yang menjadi guru sementara(atas sebab tertentu terpaksa guna guru sementara). Disitulah mula kenal ibu yang sememangnya baik... Belum pernah jumpa guru PASTI minta dipanggil ibu walaupon masa diawal perbualan saya menggunakan panggilan Puan pada ibu dan die suruh panggil ibu sahaja. Kebanyakkan guru PASTI nak dipanggil akak..(ada konfiusnya tu...)

Perancangan asal hendak ke sabak bernam malam supaya blh la tolong pe yang patut. Tapi tak dapat kerana kesesakkan jalan semasa alang nak ke klang. Lagi pon sibuk juga jalan masa hari tu sebab demonstarasi membantah tindakan Israel Zionis membunuh aktivis dan menggagalkan kapal bantuan ke Gaza. Ramai juga saya dengar pi demo tu, alang pon pi dengan akak. Saya nak pi tapi keje, dan buat la perangai anda ini pekerja dan bukan majikan. hohohoh.. Saya dengar selesai demo pon sampai masuk asar la, dari lepas jumaat mula. Memmang la lama bab Polis dan FRU tolong jaga trafik... Kot bantah judi nanti macam mana ye? Mesti FRU dan Polis meyediakan "hidangan" air pancut dan gas pemedih mata. Munkin demo tu masanya tak sepanjang ni kot.. Sebab klu demo protes kerajaan tak boleh ma... Katanya "Ikut Suka Aku" la nak perintah macam mana... Tak pe la, bila salah, kita protes ya...

Bila jalan dah jem, alang sampai klang pon kul 10 mlm, dema pon da lembik katanya sok pagi la kita gerak... Janji masa kul 4 pagi bersiap.. Tapi saya set masa jam loceng Hp 3.55pagi. Dindong punya dindong, kul 5.15 kot keluar rumah. Mengapa jadi dindong itu hanya mereka & Allah sahaja yang mengetahuinya... Kemudian kami solat subuh la di kawasan erea kapar. Sambung perjalanan dengan suassana diluar kereta hujan dan sejuk(dalam kereta lagi sejuk. Tak tahan den, sepasang sejoli duk depan tu tak rasa sejuk pon. Apa ilmu da diorg pakai lepas kawin ni...hehehe... Kami berhenti di pekan sungai besar untuk sarapan pagi.. Disebabkan perut telah berlagu terlebih dahulu, kami makan la... Murah juga RM13 untuk nasi lemak kerang, nasi lemak paru, nasi lemak burung puyuh, 2 teh O dan teh suam.

Akan tetapi apalah yang pasangan mesra ini bualkan yang berunsur, "macam mana nak bagitau? nak cakap pun susah, takpe, YM je nant.." apo la kono eh... Macam tak de kono mengono dengan den. Lagi best saya menikmati nasi lemak dengan burung puyuh tu.. MAsyuk.... Kami teruskan perjalanan sempai la kedestinasi. Apa yang nak dibuat pon taktau la. Jd tolong la sikit-sikit sambil diperkenalkan beberapa adik usrah dan juga anak-anak angkat ibu. Kami duk situ dalam 3 jam lebih sambil menunggu pengantin tak muncul-muncul dan abg aslam pon da selesai makan. Sambil-sambil tu kami berbincang program sok pagi. Susun strategi menyambt Pak Jamal. Kemudian Kami & keluarga abg aslam pergi melawat guru PASTI yang kene serangan Darah tinggi sebelum sukan PASTI haritu, dekat-dekat dengan rumah ibu sahaja. Kemudian kami ke Jalan kebun kenduri kawin kawan kak teah. Kemudian kami ke car wash basuh kereta bab taik burung bertepek kat kereta mereka dari semalam lagi... Dah penat jadi tak larat nak basuh sendiri. Kemudian, kami singgah giant (alang je, saya tido jap dlm keta) depa beli kunci tambahan sebab yang lama dah rosak... Akhirnya kami sampai rumah lebih kurang 6.15petang... lebih kurang 13 jam lebih merayap...

Kemudian esoknya bangun lagi kul 4 pagi menjalankan misi menyambut kepulangan sukarelawan LL4G (ada plan B juga tu). Memang ramai tetapi ada juga yang salah info dan ke terminal sedangkan mereka terus ke kompleks bunga raya. Yang tak bestnye tu sibuk sorang awek ni tanya nama la katanya ada senarai nama untuk masuk. Pastu suruh amik pas masuk, tapi polis yang jaga tu kata takpe, masuk je. Waduh, tu pon nak berhad masuk. Kalau nak ada had suh tunggu kat terminal sahaja la... kang boleh ramai-ramai. Turut ada, KP Selangor ustaz Hasbullah dan S/U P en fahmi, AMK, Yayasan Amal, lain NGO's dan keluarga. Saya pi atas ajakan dan info dari abang aslam. 2 kali die coll saya takut tak bangun lagi..ahah. Nasib baik ada loceng ke 2 bab tak set jam pon tuk pg tu.. lupe... Semasa para sukarelawan masuk ke kompleks bunga raya, bergema lah takbir!! "ALLAHUAKBAR" sebanyak 3 kali. Best... Alhamdulillah, sebelum depa sampai kami da solat subuh. Jam 6.15 pagi macam tu lah mereka masuk ke kompleks.

Pak Jamaluddin..(Yayasan Amal Malaysia)

Para aktivis bersalaman dengan kenalan-kenalan

Dalam pada it rasa pelik dengan mereka yang bawa bendera Aman Peace yang sibuk duk interframe delakang kamera yang siaran langsung secara live. Sedangkan wakil Aman Peace kapal reacel cori. Dengan logo 1 malaysia nya sah2 untuk politik murahan. Datang paling lewat pula tu. Sukarelawan dan mula PC kat bilik khas depa sibuk belakang wartawan tuk mencapap. Lantak korang la. Tapi taktau la diorang ni sempat tak bergilir solat??? Jeng3... Para sukarelawan abis je doa lepas sampai mereka terus pi solat subuh. Kang mesti lagi sibuk mereka nak layan wartawan. Alhamdulillah semuanya selamat sampai dengan bermacam-macam pengalaman yang mereka alami. Kami pulang dalam pukul 7 lebih dan sompek la singgah sarapan kat labohan dagang. Kali ni roti telur menu pilihan.

Biasalah, klu kami jalan-jalan ada abang aslam memang menyinggah la. Pernah masa PRK Hulu Selangor, Jumaat malam ke Hulu Selangor bersama sdr imran dan sdr ryne. Sempat la membuat baner. malam tu balik dalam kul 3 pagi tumpang jemaah yang nak pulang, drop saya di serendah dan jumpa alang & abg aslam disana. Balik klang sompek singgah R&R sarapan pagi tu..ahaha. Banyak yang kami kongsikan bersama bila ke mana-mana. Banyak ajaran hidup abg aslam terapkan. Keja sebagai penghantar surat tapi tak pernah nampak die hidup dalam kekurangan. Rajin dan sentiasa dengan jemaah itulah kuncinya bagi seorang S/U PASTI Negeri Selangor. Itu pon ada lagi memikul tugas, kos sebut rasanya banyak. Kekerapan S/U dengan SUK ada mana2 program 90% ke 99%. Unit ICT & Dokumentasi ni menempel aja...ahaha Maklumlah, depa bawa isONE, saya iszero.

Balik dari sepang saya bersiap untuk bersama Abg mahmud kul 11pagi. Saya menemankan abg Mahmud menjadi DJ. Waduh bukan setakat DJ yang hanya bercakap tetapi sedikit nyanyi(menyanyi pon ada sedikit ke? rosak bahasa). Alhamdulillah boleh la walau dah 2 tahun tak bernasyid. Akan ku tanya abg mahmu utk mengetahui komen darinya... Terdapat juga Abg shahrom bersama. DJ+penghibur menggunakan unsur nasyid dan dakwah. Wah, bukan senang nak bercakap depan khalayak ramai. Kene berani dan ada input2 yang berguna untuk disampaikan. Tapi silap tetap ada sebab salah baca nama sebab salah kad Jemputan. Rupenya tuan rumah dah diminta bg kad tapi tak dapat-dapat. Lepas saya salah sebut barulah dapat kadnye sebab nak tengok nama pengantin dan tuan rumah. Satu situasi yang menjadi pengalaman dan peringatan.. hahaha.. belasah, sekurang-kurangnya dapatlah 2 kad terus untuk menjadi rujukan DJ. Bila masuk bab isteri ni tu yang silap tu. Lebih-lebih pula abg mahmud ni tanya saya, macam la ku ini berpengalaman isone pon tak de, macam mana la nak is3?ahahah

Selesai menjadi DJ bersama abg majmud dan abg shahrom balik sampai rumah 4.30 petang. Terlelap seketika kerana mata yg teramat berat. Lepas solat, ada lagi perkara tidak setel, rawat resdung sendiri, jumpa membe mengupdate beberapa urusan dan bantuan yang diperlukan. Masak wooo minggu depan ada majlis, minggu ni nak ke kelantan. Harap semuanya berjalan dengan baik, InsyaAllah... Jadi apa kita nak plan semasa di kelantan ye? Ada 1 tarikh khas minggu ni... sama-sama nantikan... jeng3...

Posted by Al-Hariz on Sunday, June 6, 2010
categories: | edit post

0 comments

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan