Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT kerana nikmat umur yang diberikan pada saya untuk sambung penceritaan kali ini. Walaupun gusi yang tak elok-elok sakitnya. Sakitnya sampai ke kepala. Hari tu bengkak dah buang lendirnya & surut bengkaknya tapi masih ada biji kecil ditepi pipi dekat gusi. Muke pon rasa sakit-sakit macam kebas di bahagian kanan iaitu bahagian gusi yang sakit. Ok, sambung cerita semasa di Kelantan. Esok paginya kami bangun dan solat subuh di Masjid biru yang berdekatan. Pagi tu ada sujud sejadah, rasa seronok timbul bila solat disitu. Lain feelnya lah, lagi-lagi bacaan imam yang memenag ada ala-ala sheikh(tp taktau sheikh mana).

Pagi tu kami bersiap untuk ke PUTIK untuk mendengar ucapan Dasar Tn. Presiden. Tapi sebelum tu kami pi sarapan di tempat yang sama. Pagi tu saya amik laksam tapi bila nak balik, bungkus ayam percik yang berharga RM3.50 iaitu kepak ayam 4 ketul kot. Pagitu yang saya tengok ada ayam bakar dan ikan bakar. Kak teah dah mengidam lama dah ikan bakar, dari hari Rabu lagi sibuk sebut ikan bakar... hahahaha... Air teh O la pilihan ku. Abang Aslam macam biasa borong la buah-buahan dan kuih muih tuk anak-anaknya. Yang dibawa Hadi dan fifi, yang lain tinggal di bilik begitu juga isteri cikgu roseman dan anak-anaknya. Selepas makan kami ke PUTIK dan sungguh payah mencari parking, last-last menapak jauh la kita... Siap letak kereta kami menapak la ke PUTIK, punyalah jauh... tapi abang aslam patak balik ke bilik kerana anaknya meragam la pula nak balik, hampa da kecewa abang aslam nak dengar ucapan dasar Tn. Presiden. Masa dia nak amik anak dan isterinya yang die dah drop kat PUTIK kami tumpang die la untuk ke ptik sebab menapak jauh..hohoho

Kami terus di PUTIK sehingga selesai ucapan dasar. Saya jalan-jalan sambil tu tengok apa yang ada di gerai jualan. Servay harga baju sekali ahahah... Beli kemudian. Dah selesai, kami pulang untuk siap solat jumaat. Lepas jumaat kami singgah pekena sup dan ABC sampaikan muslimat terfikir, "ai, lamanya diorang ni kat masjid, beriktikaf ke?"(lebih kurang la gambaranya ayat mereka) hehehe... Kemudian kami ke PUTIK petang tu untuk mendengar perbahasan lepas perbahasan masing-masing shoping la sikit... Ku membeli baju, cari gerai yang dah tau nak beli tak jumpa-jumpa lepas makan barulah jumpa(kena makan dulu la tu..). Abang aslam membeli baju yang bewarna hijau sahaja, baju koporat hijau, t-shirt hijau.. Semua hijau..hehehe. Kupiah dan ada juga baju untuk anak-anaknya. Kak niza pon beli juga baju muslimat kot.. tak perasan baju apa die beli. Hajat saya untuk membeli kupiah yang cantik sikit pon tercapai juga.. Wah mau hampir ke maghrib la. Menapak ke kereta je da azan maghrib masuk... Sampai bilik lepas solat jamak, badan terasa amat penat. kul 9 lebih saya sudah menyelubungkan diri dengan selimut(apa lagi, tido la...)

Sampaikan abang aslam kejut, tah mana tah die ajak, tapi saya lebih tertarik dengan "landing time" saya. Rupenya die ajak makan roti canai gear box da... tp klu saya tak pi pon, rasanya lebih enak tido dari makan..(memang malam tu belum makan lagi..) Tentatifnya malam tu kami tak kemana, konsert nasyid di tapak karnival tu pon kami tak pi. Hohoho.. Abg azmi, waie dan warga Nasyed.com ada jumpa mereka petang tu. Mereka sibuk memasang Sound system untuk program malam tu. Mereka ajak juga, tp dek kerana keenakkan tido, baik tido jer la... Esok paginya kami bangun dan pi solat subuh di Masjid. Rasa lega mungkin dek kerana tido awal tapi abg aslam entah jam berapa die tido. Subuh tu, kesian anak cikgu roseman die nak ikut tapi kami tak tau die nak ikut. Jadi tertinggal la dia... Sori ya dik...

Pagi itu kami semua bersiap untuk berangkat pula. Selesai kemas kami pon chekout dan bersarapan di bandar Kota Baharu. Hahaha... Pagi-pagi makan nasi lauk ayam bakar... Murah juga la siap air tapi harganye lupe... tapi tak sampai RM4 la. Kemudian kami ke Pasar siti khadijah dan kedai berdekatan dengan membeli apa yang nak dibeli. Abg aslam dan kak niza beli macam-macam la, makanan ada, manik-manik untuk baju ada. Abang & akak beli barang dapur...hehehe jadi sapa-sapa nak datang rumah mereka blh mai da...hehehe. Kami teruskan perjalanan setelah 2 jam di pasar tersebut ke pasir mas. Kawasan katak kuat lompat. Jalan-jalan je nak tgk macam mana rupe pasir mas ni... Berhenti di satu pasar disitu dan kami pekena ABC dulu kemudian saya ke kereta bersama abg aslam dan yang lain sambung jalan-jalan kot-kot ada yang berkenan... Mereka singgah beli rojak buah, say tumpang makan..heheh... da usai kami pon gerak pulang.. Selamat tinggal Kelantan...

Peh perjalanan pulang kami memang mencabar. Saya yang memandu dari awal sehingga sampai la kerumah. Mencabarnya sebab konvoi jadi seboleh-bolehnya tak jauh dari keta abg aslam. Dia siap mesej ayatnya "macam jalan-jalan kat pandamaran je" hahaha... mana taknya 50, 60, 70 km/j. Bila la nak sampai.. ada kereta bawa slow jap lori padahal jalan boleh laju 90km/j. Abg aslam lagi hebat dalam bab memotong. Saya follow je, org kata darah mude kene kawal...hohoho.. dah kawal da tu bila agak-agak ada ruang potong. Kena ingat orang yang tersayang ye?hehe. Yang tak bestnya dapat kereta pemandunya bengong orang nak pintas kereta die die pon nak pintas kereta depan. Bila kita tak pintas & nak biar die pintas keta depan ada ruang tak pula. Teragak-agak bikin panas hati saya. Last-last saya pintas kereta die dan kereta depan die walaupon abg & akak kat belakang, woi hati-hati... hohoho.. sompek... Time tu memang nekad hilang takutnya, tapi jantung ku berdegup laju selepas berjaya memotong sebab boleh dikatakan keadaan yang cemas la bagi penumpang... mesti depa rasa macam nak pegang stereng nak ketepi atau tekan brek.ahaha

Yang bertuahnya abg aslam, saya baru lepas pintas 1 keta die dah pintas 3 kenderaan siap lori sekali. Saya bawa klu rasa jarak tu ok, ku tekan la minyak.. tapi memang cepat abis minyak la klu bab memotong ni klu nak jimat jgn potong tapi lambat sampai la... Kami solat jamak zohor dan asar di erea Machang dan Maghrib dan isyak di kawasan selepas Gua Musang tak silap.(Malam jadi nak tgk & ingat semua harapanlah bagi saya..hehe). Itu pon berhenti makan petang di R&R erea Gua Musang dan sampai rumah jam 12.30 pagi tapi abg aslam die berhenti di tol lepas highway gombak tu nak tido. Katanya kul 3 pagi sampai...Kami teruskan perjalanan dan nak sampai umah cepat tuk tido. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat. Tapi ada masa kat Highway karak tu ku terkejut bila tiba-tiba ada orang kata, " wei hati-hati". Last-last die istighfar, die mimpi kot, buat suspen driver je.Saya ingat apa la, hohoho.. Jadi daku mengambil langkah keselamatan 300% bila macam tu. Sapa ye yang termengigau tu?hehehe rahsia, org yang baca tu je akan senyum sendiri. Saya fikir nak tgk meter perjalanan yang saya bawa tapi lupe. Mungkin ini paling jauh saya drive. Dari KB ke Pasir mas pasti balik ke Klang... ok itu je temampu nak cerita, gamba-gamba sila la lihat mana yang ada jer...hehehe

Jalan-jalan tengok barang...

Ground flour pasar siti khadijah ada durian wo...

Penat berjalan, kita duduk dulu biarla yg nak beli barang beli barang, kita tengok TV kecik je la..

Perjalanan pulang....

Pemandu berkhemah "ada ke pemandu bawa keta sambil amik gamba?ahaha"

Posted by Al-Hariz on Sunday, June 20, 2010
categories: | edit post

1 Responses to Akhirnya... Dapat juga lama di Kelantan 3

  1. tulaa hang muda lagi awat nie beli kereta sendiri, jadi tak daa laaa yang mengigau ha ha ha

     

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan