Alhamdulillah syukur pada Allah dapat saya mencoret sesuatu disini. Masa  merupakan satu yang beharga. Hatta jika sebagai bapa pon jika dpt  melapangkan sedikit masa yang berkualiti pada anak akan membentuk emosi  yang sempurna pada anak itu...(ceh, ckp mcm dah ada anak... padahal  setakat anak tekak, anak mata je... eh ada 1 lg anak buah...hehe)Sedikit  coretan malam ni sambil menjaga lembu... hahaha..
Malam ni kisah  konvo PASTI As-Syifa' bakal diceritakan sedikit jalan ceritanya.  Alhamdulillah majlis berjalan dengan terancang & terkawal cuma  kekurangan AJK & pembahagian tugas yang kurang berkesan oleh  Timbalan pengurus(yang lagi kurus)mungkin menampakkan lompongnya...(Ada  org nak usul pecat timb. pengurus tak?heheh)
Perancangan yang  diambil dalam 3 minggu memang masa yang singkat. Ditambah lagi dengan  pengalaman ditahun pertama.Eveything start from '0'. Walaupon ada  jawatan yang lagi tinggi namun saya sebenarnya 0. Hanya berbekalkan  panduan pengurusan melalui manual sahaja.
Macam-macam hal la nak  setup. Jenuh kami memikirkan keperluan yang diperlukan. Rancang amik  gamba yang menjimatkan walaupon background di PASTI kurang menarik tp  diedit menjadi terbaik. Alhamdulillah semua ok cume budak2 ni tak reti  senyum bila amik gamba sorang.Ish3...
Dengan nekad AJK pengurusan  benar-benar komitmen semua diatur. Tak pasal-pasal saya juga jd  pengurusi majlis. Main belasah je la. Hadi kena baca doa dan jaga  bahagian teknikal serta mik gamba(tp tak amik sgt.. muke mengantuk &  lapo je die ni... sabo je la..) Pengurus masa majlis relex la sbb wakil  PASTI cawangan.
Bendahari pula di meja pendaftaran dengan runer  sementara... Guru2 sibuk uruskan budak, persembahan budak serta juadah  nasi ayamnya. Tak seberapa tp itulah kemampuan yang boleh diberikan.  Tahniah pada guru2 serta ex-guru(sakinah & safiyyah) yang sanggup  turun dr sabak bernam.
Perancangan memang kelam kabut sehinggakan  diri ini memang terpaksa bersabar dan tidak mencetuskan ketegangan.  Kebiasaannya akan tegang. Alhamdulillah ilmu yang dipelajari &  diamalkan selama ini menjadi benteng pengawal diri. Malam tersebut sy  perlu mengawal diri. Lagi pon saya terpaksa mempegurusikan taklimat mlm  tu atas sbb pegurus dipanggil oleh ketua cawangan..
Semua  perkara dilistkan serta diremaindkan tindakan jika ada kekurangan. Dari  penyediaan makanan, persembahan, pendaftaran, hadiah, pengisian program  sehingga mengemas. Tu yang tak pasal2 merelakan diri menjadi pengurusi  majlis sedangkan perasmi abg sendiri iaitu SUK PASTI Selangor(Kantoi  la... dah nama pon sama...). Apa nak buat semua sibuk dan dah penuh  jadual. Cari S/U last2 SUK la yg ada. Mudah, Die boleh balik kampung  pon..ahaha
Meriah, ceria dan ibubapa menunjukkan keceriaan serta  kefahaman mereka keatas PASTI. ini ditambahkan lagi dengan ucapan dari  pengurus yang mengetahui kelemahan diperingkat permulaan PASTI As-Syifa'  ini. Alhamdulillah cikgu jaafar cover lagi dengan keperluan serta  peranan beliau dalam PAS kawasan untuk PASTI.
Ini ditambahkan  lagi ucapan abg saya yang menberi input berguna berkenaan PASTI. Bukan  mudah nak memahami orang yang pelbagai peringkat ni. Bila dalam PAS asik  sibuk kat gunkan budak untuk politik sedangkan salah satu usaha PAS  bagi menunjukkan pada kerajaan cara pendidikan yang sebenar dan perlu  diberikan pada anak-anak Malaysia...
Point terakhir, sampai bila  akan saya menjadi pengerusi majlis bidan terjun ye? Dah la tak de org  komen. Tak ok ke KO saya pon tak tau. Hanya sekadar belajar sendiri  tanpa guide. Inilah kehidupan saya mencari arah sendiri... Rasanya kali  k5 atau k6 jd pengerusi majlis. Malas nak igt dah..huhuh ok cabut...



komen untuk pengerusi majlis.
Sebab apa telah mempengerusikan majlis sebanyak 5 dan 6 kali tahun ni, tentulah anda berbakat, alhamdulillah, =)..
Untuk program yang ini! (kerana daku ada dalam majlis),
1) Pandai mengawal keadaan. Walau sebenarnya sangat kelam kabut, dan ada masa yang tidak terisi, pengerusi majlis 'membebel' cerite itu dan ini sehingga tak nmpak sebenrnya apa yg dibebelkn tu adalah nk cover masa, dan sebenarnya takde dlm tentatif, kah kah kah.. (ini satu kredit untuk anda, tahniah)
2) Jika lihat pada AJK pula ya, anda sendiri akui rasanya yang kita kekurangan AJK.. haha takan sy pula yang nak jadi pengerusi majlis? jeng3!! fikir2kan.. haha..
3) Anda tidak begitu formal! =), pertuturan teratur, dan suara tidak begitu sedap. haha..
Kalau tidak dibanding2kan dengan konvo PASTI lain, program ini best.. Dan sangat tidak layak dan tidak patut dibandingkan. Mana mungkin akan sama PASTI yang dh puluh tahun dengan yg baru setahun jagung.. Semua jagung2 belaka.. Maka, bersyukurlah, Alhamdulillah..