Ha, entry kali ni sambung untuk hari seterusnya. Melalui komen pada entry Pengisian cutiku Sebelum ke Pahang, maaf ye cik Mardhiah. Kak teah pon eja salah dalam Y.M. Saya try cari yang betul, rupenya kak teah pon salah..ahahah... Heheh, kak teah, perbualan tu sebahagian je, relek, dah di tapis melalui unit penapisan ayat sdn. bhd. Ok masuk topik balik untuk kalini. Disebabkan tiba-tiba sy berasa kurang selesa sy terjaga kl 6.30 pagi...ahaha... Apa lagi bangun terus amik wuduk la... Tapi bukan sy sahaja, yg mana sampai tgh malam tu sm la..ahaha. Tp dengan bangganya sy bangun dulu..ahaha. Pas solat subuh baru mandi dan menghadap T.V. Ada astro tu... best macam-macam cerita ada.... walaupon makcik(mak kak teah) kata "klu ngantok smbung la tido" tp sy tetap mengagahkan mata untuk tidak tido, bab astro ada ma... Sambil makcik sediakan sarapan, die suruh minim la air kopi Radix dan kuih yang dibeli. Rajin makcik...

Kemudian Kul dalam kul sembilan barulah kami makan pagi... (sampai tunggu ada org tu lambat bonar bangun...sambung lelap kejap je la, kan3...)ish3... jgn mare... Lepas makan pagi sy meneruskan ekspedisi melakar pelan dan melihat wayaring umah makcik... Agak pelik juga sistem DB yang lama masih digunakan walaupon umur rumah mak ayah lagi lama. Ni pemaju abiskan stok ke atau ketinggalan zaman dalam perubahan sistem pendawaian??? Sapa pemaju, sapa kontarktor? ha, klu yg pk untung aja, paham-paham la... Pemilik yang kesian. Tapi tak pa, beza sistem dulu dengan sekarang dari ciri keselamatan dan kekemasa telah dipertingkatkan . Fungsi tetap sama. Tapi seelok-eloknya diupdate bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Nasib baik tuan rumah ada inasiatif. Tp juruteknik kene buat pelan dan anggaran budget dulu. Tak boleh terus buat sebabnya, cuti raya cina, kedai banyak tutup.. lagi pon tak tau mana kedai elektrik yang berdekatan... (sampai la ni, tak sempat ke kedai utk tgk harga... tgk hujung minggu ni macam mana.) Pelan da siap, mana yang perlu ditambah boleh ditambah, gambar pon diambil bagi dijadikan sebagai reference nnt.

Lepas tu kami sambung menonton astro... Macam-macam ada..(dah meninggal pakcik yg dalam iklan tu dulu) Ha, dalam kl 11 macam tu pi ke kg tuan berserah ye?(btl ke kak?) adoi, tak sempat tengok nama kampung da, asik sangat tengok pemandangan...(awek pon sy tak sempat tengok...ahaha...)Ada kenduri dekat dengan umah abg kak teah iaitu sedara maranye juga... Peh, sodap seh, makananya. Bubur kacangnya pon blh tahan la... lepas selesai kat kenduri kami ke umah abg irfan(abg kak teah) jap tuk duk-duk. Dalam kul 1 lebih kami pon pulang... Tapi hakikat yang tidak biasa sy lakukan. Solat zohor & asar tak buat jamak & qasar pon... Hahah... Baru terpikir malamnya bila berjemaah, lebih 100km tu... lagi pon bukan menetap sini pon... Kami musafir... Sepanjang zohor sampai ke asar tido, pastu petangnya tgk astro sampai ke malam. Huh, kak dgn abg tak bawa jalan-jalan pon. Tak dapat cuci mata, cuci mata dengan astro je la.

Tapi nasib baik petang dan malam tu ada banyak cerita best. Malam tu ramai la menghadap astro ada cerita CJ7 la, cite cina yg agak lawak dan kelakar. Pastu tido...

Posted by Al-Hariz on Tuesday, February 23, 2010
categories: | edit post

1 Responses to Hari Pertama Di Pahang

  1. Anonymous Says:
  2. kena apply cuti lama skit lah nak berjalan2.. balik umah umi, itu je aktivitinya.. klu berjalan2 raasanya mcm penat badan je...

     

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan