Kami memulakan perjalanan ke Pahang lebih kurang dengar azan Isyak di stesen minyak. Tp sebelum tu, akak tanya kat abg, "solat tengah jalan ye?" hahaha, soalan cari penyakit. Kene usik la... Mana ada org solat tengah jalan, hebat betul akak ku ni, kereta langgar tembus apa?heheh... Perjalanan ke Pahang ni boleh dikatakan pertama kali pergi tanpa saluran sekolah. Dahulu pernah pi la, tp genting highland la... under skolah. Tp rasanya tu kat tengah-tengah semenanjung yang ni tepi semenanjung. Kira langkah banjaran titiwangsa la...(btl ye geografi sy ni?hhuh)

Hahaha, tentang driver, mula2 yang bawa alang, sampai mana tah ada satu hentian rehat. menurut ingatan melalui pandangan mata saya yang tersimpan dalam kepala otak ni, hentian rehat tu selepas atau sebelum janda baik kot. Ha, jadi kami solat Isyak qasar disitu.Perjalanan bermula dengan pemandangan negeri selangor sehingga gombak yang boleh dikatakan nampak bangunan la. Pastu serba gelap la bila masuk lebuh raya karak tu hanya bertemankan org didalam kereta(mesti la, xkan bertemankan hantu kot...) dengan jalan yang disuluh dengan lampu kereta. Lepas berhenti solat isyak td mmg tukar pemandu iaitu diganti dengan saya. Ini ekoran daripada ketidaksihatnya abg. Hei, balik pahang je tak sihak, asal balik pahang je tak sihat, asaltak sihat je, balik pahang. Pelik betul depa ni.

Hahaha, yang ni ada suspen sikit. Adoi ingatkan nak tidolah kejap ms abg bawa, die tak bgnye kita tido. Jadi dan-dan la kita ingat die bawa sampai abis rupenye tak. Alkisahnya nak belilah air nescafe kat petronas lepas solat td, tak jd bab org beratur panjang giler. Boleh dikatakan ramai la org. Cina sambut raya melayu & india pon raya sama la. Tp tak le raya mana pon, balik kampung & jalan-jalan waktu cuti... takkan la nak duk terperuk dalam umah sendiri kot... Bosan seh... Masuk topik balik. Jadi walaupon tak tahu jalan, bawa je la bab tgk je la papan tanda ke kuantan mudah cerita. da dekat-dekat sampai baru tanya. Tapi tak dan pon bab mungkin sejauh 50-70km sahaja saya bawa. sebabnya ada situasi yang merbahaya.

Disebabkan tidak dapat rehat sekejap lepas keje dan ms abg drive, sy keletihan untuk drive. lagi-lagi dengan sakit mata teramat sangat disebabkan silau dari lampu kereta yang mahal-mahal. Yang sy peliknya tu, asal mcm diorg ni ada yang pki lampu tinggi? klu kereta yang tinggi tu mmg la ni yang sam tinggi pon pki lampu tinggi. Dan ada juga mungkin bukan tuan tu paki kereta lampu tinggi, mungkin disebabkan tuan kereta tu kaya sangat sehingga kadar kuasa lampu keretanya yang tinggi dan berkuasa(ayat mcm fiksyen sains pula..). Sehinggakan ada satu masa ku seperti terlelap seketika sehingga kereta yang dipandu berada diantara dua lorong, nasib baik aku tersedar da membetulkan lorang dengan pantasnya. sampai terjaga la yang lain. Tp mcm sorang lagi kat belakang tu mcm sedar tak sedar je... Ish3.. khusyuk dengan mimpinya kot..hohoho. Masa tu juga nasib baik xde kereta dibelakang dan sy terpandang hentian rehat dalam 40km lagi. hohoho

Dari pada itu saya makan gula-gula sambil urut bawah lutut utk mendapatkan kesegaran sehingga kawasan rehat. Bila segar sy pon memecut mengikut kadar 110-120km/j dek kerana risau akan keselamatan. Jd dalam kepala otak harap dapat sampai ke kawasan rehat demi menyahut, pandu cermat jiwa selamat/ berhnti rehat jika mengantuk/ ingatlah org yang tersayang. Memang igt org tersayang keluarga je la, nak sayang sapa lagi? kawin tak lagi, ehem pon blh nampak lg..hehehe.. Seingat sy berhenti nak beli nescafe dan tido sat last-last tido jap pon tak boleh belah mata ni jd tukar dengan abg balik... Hahaha... Kali ni sy gagal bertahan dek kerana mata dan kepala yang sakit. Abg pon drive samapai ke gebeng dan mencampakkan(ceh, ganas tu campak2 sian die...bhs baik menurunkan..) juniornya itu di rumahnye. Kawasan apa tak ingat. Tp memang hebat dah tengah malam pon budak-budaknye kat luar umah lagi melepak. Nak kata lalu la juga simpang ke POLISAS, UMP, Kolej Komuniti, Kolej-kolej swasta dan UIAM(jeng3....)

sampai umah Mardiah td da drop die, die pon mamai, sampai bg direction yang salah pada kak ipar saya untuk drive ke kampungnya. ahaha... jadi akak saya drive pon dengan gaya bersungguh-sungguh melalui jalan sana sini(banyak betuk simpangnya sampai tak ingat) sampai lah kerumah dalam kul 1 lebih(pagi tau bukan petang)... Jadi angkat barang pastu tido...(den tido luar je.. mak akak kata banyak nyamuk, tp stedy je tido tanpa digigit oleh nyamuk. mungkin nyamuk pon tak lalu gigit, bab tak cukup darah kot...hohoho...

*bersambung...

Posted by Al-Hariz on Friday, February 19, 2010
categories: | edit post

1 Responses to Meniti Perjalanan Ke Pahang

  1. wakaka.. kawasan mar namanye..taman tas..sape yang xbg tido??
    huhu.. ku terpaksa menyengkang mata demi keselamatan semua pemandu...

     

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan