Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT kerana nikmat umur yang diberikan  pada saya untuk sambung penceritaan kali ini. Walaupun gusi yang tak  elok-elok sakitnya. Sakitnya sampai ke kepala. Hari tu bengkak dah buang  lendirnya & surut bengkaknya tapi masih ada biji kecil ditepi pipi  dekat gusi. Muke pon rasa sakit-sakit macam kebas di bahagian kanan  iaitu bahagian gusi yang sakit. Ok, sambung cerita semasa di Kelantan.  Esok paginya kami bangun dan solat subuh di Masjid biru yang berdekatan.  Pagi tu ada sujud sejadah, rasa seronok timbul bila solat disitu. Lain  feelnya lah, lagi-lagi bacaan imam yang memenag ada ala-ala sheikh(tp  taktau sheikh mana).
Pagi tu kami bersiap untuk ke PUTIK untuk  mendengar ucapan Dasar Tn. Presiden. Tapi sebelum tu kami pi sarapan di  tempat yang sama. Pagi tu saya amik laksam tapi bila nak balik, bungkus  ayam percik yang berharga RM3.50 iaitu kepak ayam 4 ketul kot. Pagitu  yang saya tengok ada ayam bakar dan ikan bakar. Kak teah dah mengidam  lama dah ikan bakar, dari hari Rabu lagi sibuk sebut ikan bakar...  hahahaha... Air teh O la pilihan ku. Abang Aslam macam biasa borong la  buah-buahan dan kuih muih tuk anak-anaknya. Yang dibawa Hadi dan fifi,  yang lain tinggal di bilik begitu juga isteri cikgu roseman dan  anak-anaknya. Selepas makan kami ke PUTIK dan sungguh payah mencari  parking, last-last menapak jauh la kita... Siap letak kereta kami  menapak la ke PUTIK, punyalah jauh... tapi abang aslam patak balik ke  bilik kerana anaknya meragam la pula nak balik, hampa da kecewa abang  aslam nak dengar ucapan dasar Tn. Presiden. Masa dia nak amik anak dan  isterinya yang die dah drop kat PUTIK kami tumpang die la untuk ke ptik  sebab menapak jauh..hohoho
Kami terus di PUTIK sehingga selesai  ucapan dasar. Saya jalan-jalan sambil tu tengok apa yang ada di gerai  jualan. Servay harga baju sekali ahahah... Beli kemudian. Dah selesai,  kami pulang untuk siap solat jumaat. Lepas jumaat kami singgah pekena  sup dan ABC sampaikan muslimat terfikir, "ai, lamanya diorang ni kat  masjid, beriktikaf ke?"(lebih kurang la gambaranya ayat mereka)  hehehe... Kemudian kami ke PUTIK petang tu untuk mendengar perbahasan  lepas perbahasan masing-masing shoping la sikit... Ku membeli baju, cari  gerai yang dah tau nak beli tak jumpa-jumpa lepas makan barulah  jumpa(kena makan dulu la tu..). Abang aslam membeli baju yang bewarna  hijau sahaja, baju koporat hijau, t-shirt hijau.. Semua hijau..hehehe.  Kupiah dan ada juga baju untuk anak-anaknya. Kak niza pon beli juga baju  muslimat kot.. tak perasan baju apa die beli.  Hajat saya untuk membeli  kupiah yang cantik sikit pon tercapai juga.. Wah mau hampir ke maghrib  la. Menapak ke kereta je da azan maghrib masuk... Sampai bilik lepas  solat jamak, badan terasa amat penat. kul 9 lebih saya sudah  menyelubungkan diri dengan selimut(apa lagi, tido la...)
Sampaikan  abang aslam kejut, tah mana tah die ajak, tapi saya lebih tertarik  dengan "landing time" saya. Rupenya die ajak makan roti canai gear box  da... tp klu saya tak pi pon, rasanya lebih enak tido dari  makan..(memang malam tu belum makan lagi..) Tentatifnya malam tu kami  tak kemana, konsert nasyid di tapak karnival tu pon kami tak pi.  Hohoho.. Abg azmi, waie dan warga Nasyed.com ada jumpa mereka petang tu.  Mereka sibuk memasang Sound system untuk program malam tu. Mereka ajak  juga, tp dek kerana keenakkan tido, baik tido jer la... Esok paginya  kami bangun dan pi solat subuh di Masjid. Rasa lega mungkin dek kerana  tido awal tapi abg aslam entah jam berapa die tido. Subuh tu, kesian  anak cikgu roseman die nak ikut tapi kami tak tau die nak ikut. Jadi  tertinggal la dia... Sori ya dik...
Pagi itu kami semua bersiap  untuk berangkat pula. Selesai kemas kami pon chekout dan bersarapan di  bandar Kota Baharu. Hahaha... Pagi-pagi makan nasi lauk ayam bakar...  Murah juga la siap air tapi harganye lupe... tapi tak sampai RM4 la.  Kemudian kami ke Pasar siti khadijah dan kedai berdekatan dengan membeli  apa yang nak dibeli. Abg aslam dan kak niza beli macam-macam la,  makanan ada, manik-manik untuk baju ada. Abang & akak beli barang  dapur...hehehe jadi sapa-sapa nak datang rumah mereka blh mai  da...hehehe. Kami teruskan perjalanan setelah 2 jam di pasar tersebut ke  pasir mas. Kawasan katak kuat lompat. Jalan-jalan je nak tgk macam mana  rupe pasir mas ni... Berhenti di satu pasar disitu dan kami pekena ABC  dulu kemudian saya ke kereta bersama abg aslam dan yang lain sambung  jalan-jalan kot-kot ada yang berkenan... Mereka singgah beli rojak buah,  say tumpang makan..heheh... da usai kami pon gerak pulang.. Selamat  tinggal Kelantan...
Peh perjalanan pulang kami memang mencabar. Saya yang memandu dari awal  sehingga sampai la kerumah. Mencabarnya sebab konvoi jadi  seboleh-bolehnya tak jauh dari keta abg aslam. Dia siap mesej ayatnya  "macam jalan-jalan kat pandamaran je" hahaha... mana taknya 50, 60, 70  km/j. Bila la nak sampai.. ada kereta bawa slow jap lori padahal jalan  boleh laju 90km/j. Abg aslam lagi hebat dalam bab memotong. Saya follow  je, org kata darah mude kene kawal...hohoho.. dah kawal da tu bila  agak-agak ada ruang potong. Kena ingat orang yang tersayang ye?hehe.  Yang tak bestnya dapat kereta pemandunya bengong orang nak pintas kereta  die die pon nak pintas kereta depan. Bila kita tak pintas & nak  biar die pintas keta depan ada ruang tak pula. Teragak-agak bikin panas  hati saya. Last-last saya pintas kereta die dan kereta depan die  walaupon abg & akak kat belakang, woi hati-hati... hohoho..  sompek... Time tu memang nekad hilang takutnya, tapi jantung ku berdegup  laju selepas berjaya memotong sebab boleh dikatakan keadaan yang cemas  la bagi penumpang... mesti  depa rasa macam nak pegang stereng nak  ketepi atau tekan brek.ahaha
Yang bertuahnya abg aslam, saya baru lepas pintas 1 keta die dah pintas 3  kenderaan siap lori sekali. Saya bawa klu rasa jarak tu ok, ku tekan la  minyak.. tapi memang cepat abis minyak la klu bab memotong ni klu nak  jimat jgn potong tapi lambat sampai la... Kami solat jamak zohor  dan  asar di erea Machang dan Maghrib dan isyak di kawasan selepas Gua Musang  tak silap.(Malam jadi nak tgk & ingat semua harapanlah bagi  saya..hehe).  Itu pon berhenti makan petang di R&R erea Gua Musang  dan sampai rumah jam 12.30 pagi tapi abg aslam die berhenti di tol lepas  highway gombak tu nak tido. Katanya kul 3 pagi sampai...Kami teruskan  perjalanan dan nak sampai umah cepat tuk tido. Alhamdulillah kami sampai  dengan selamat. Tapi ada masa kat Highway karak tu ku terkejut bila  tiba-tiba ada orang kata, " wei hati-hati". Last-last die istighfar, die  mimpi kot, buat suspen driver je.Saya ingat apa la, hohoho.. Jadi daku  mengambil langkah keselamatan 300% bila macam tu. Sapa ye yang  termengigau tu?hehehe rahsia, org yang baca tu je akan senyum sendiri.  Saya fikir nak tgk meter perjalanan yang saya bawa tapi lupe. Mungkin  ini paling jauh saya drive. Dari KB ke Pasir mas pasti balik ke Klang...  ok itu je temampu nak cerita, gamba-gamba sila la lihat mana yang ada  jer...hehehe



tulaa hang muda lagi awat nie beli kereta sendiri, jadi tak daa laaa yang mengigau ha ha ha