Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah setelah sekian lama saya membisu akhrinya dapat juga menaip. Kesibukan diri melanda lebih-lebih lagi saya diminta untuk menguruskan hari guru PASTI kawasan dan juga BBQ pemuda. Sebelum-sebelum tu dengan macam-macam program yang sememangnya penuh. Hohohohoho... Lagi 9 hari je lagi program tu.. Macam-macam hal perlu diuruskan kita pula sibuk dengan hal-hal lain. Harap ada yang dapat membantu dan pemuda pon kene bantu la... Mana boleh pemuda tak bantu... Klu tak den ni diketogorikan apo klu bukan pemuda, tul tak? Mesti den tak perlu buat...kankankan...

Tajuk pada kali ini agak janggal kot... Tapi itulah kebenarannya.Kalau nak diikutkan, memang kami(me,alang dan kak lang) ada perancangan pada hujung minggu ni. Perancangannya adalah ke sabak bernam, meraikan ibu Mislia dapat menantu, sekali 2 orang ibu dapat.. Kak Syifa' dan ummu sarah nama anak ibu... dalam 7 orang anak ibu, hanya sorang sahaja lelaki, yang lain perempuan... Kenal ibu pon melalui proses mencari guru untuk PASTI Andalas hari tu dan anaknya la yang menjadi guru sementara(atas sebab tertentu terpaksa guna guru sementara). Disitulah mula kenal ibu yang sememangnya baik... Belum pernah jumpa guru PASTI minta dipanggil ibu walaupon masa diawal perbualan saya menggunakan panggilan Puan pada ibu dan die suruh panggil ibu sahaja. Kebanyakkan guru PASTI nak dipanggil akak..(ada konfiusnya tu...)

Perancangan asal hendak ke sabak bernam malam supaya blh la tolong pe yang patut. Tapi tak dapat kerana kesesakkan jalan semasa alang nak ke klang. Lagi pon sibuk juga jalan masa hari tu sebab demonstarasi membantah tindakan Israel Zionis membunuh aktivis dan menggagalkan kapal bantuan ke Gaza. Ramai juga saya dengar pi demo tu, alang pon pi dengan akak. Saya nak pi tapi keje, dan buat la perangai anda ini pekerja dan bukan majikan. hohohoh.. Saya dengar selesai demo pon sampai masuk asar la, dari lepas jumaat mula. Memmang la lama bab Polis dan FRU tolong jaga trafik... Kot bantah judi nanti macam mana ye? Mesti FRU dan Polis meyediakan "hidangan" air pancut dan gas pemedih mata. Munkin demo tu masanya tak sepanjang ni kot.. Sebab klu demo protes kerajaan tak boleh ma... Katanya "Ikut Suka Aku" la nak perintah macam mana... Tak pe la, bila salah, kita protes ya...

Bila jalan dah jem, alang sampai klang pon kul 10 mlm, dema pon da lembik katanya sok pagi la kita gerak... Janji masa kul 4 pagi bersiap.. Tapi saya set masa jam loceng Hp 3.55pagi. Dindong punya dindong, kul 5.15 kot keluar rumah. Mengapa jadi dindong itu hanya mereka & Allah sahaja yang mengetahuinya... Kemudian kami solat subuh la di kawasan erea kapar. Sambung perjalanan dengan suassana diluar kereta hujan dan sejuk(dalam kereta lagi sejuk. Tak tahan den, sepasang sejoli duk depan tu tak rasa sejuk pon. Apa ilmu da diorg pakai lepas kawin ni...hehehe... Kami berhenti di pekan sungai besar untuk sarapan pagi.. Disebabkan perut telah berlagu terlebih dahulu, kami makan la... Murah juga RM13 untuk nasi lemak kerang, nasi lemak paru, nasi lemak burung puyuh, 2 teh O dan teh suam.

Akan tetapi apalah yang pasangan mesra ini bualkan yang berunsur, "macam mana nak bagitau? nak cakap pun susah, takpe, YM je nant.." apo la kono eh... Macam tak de kono mengono dengan den. Lagi best saya menikmati nasi lemak dengan burung puyuh tu.. MAsyuk.... Kami teruskan perjalanan sempai la kedestinasi. Apa yang nak dibuat pon taktau la. Jd tolong la sikit-sikit sambil diperkenalkan beberapa adik usrah dan juga anak-anak angkat ibu. Kami duk situ dalam 3 jam lebih sambil menunggu pengantin tak muncul-muncul dan abg aslam pon da selesai makan. Sambil-sambil tu kami berbincang program sok pagi. Susun strategi menyambt Pak Jamal. Kemudian Kami & keluarga abg aslam pergi melawat guru PASTI yang kene serangan Darah tinggi sebelum sukan PASTI haritu, dekat-dekat dengan rumah ibu sahaja. Kemudian kami ke Jalan kebun kenduri kawin kawan kak teah. Kemudian kami ke car wash basuh kereta bab taik burung bertepek kat kereta mereka dari semalam lagi... Dah penat jadi tak larat nak basuh sendiri. Kemudian, kami singgah giant (alang je, saya tido jap dlm keta) depa beli kunci tambahan sebab yang lama dah rosak... Akhirnya kami sampai rumah lebih kurang 6.15petang... lebih kurang 13 jam lebih merayap...

Kemudian esoknya bangun lagi kul 4 pagi menjalankan misi menyambut kepulangan sukarelawan LL4G (ada plan B juga tu). Memang ramai tetapi ada juga yang salah info dan ke terminal sedangkan mereka terus ke kompleks bunga raya. Yang tak bestnye tu sibuk sorang awek ni tanya nama la katanya ada senarai nama untuk masuk. Pastu suruh amik pas masuk, tapi polis yang jaga tu kata takpe, masuk je. Waduh, tu pon nak berhad masuk. Kalau nak ada had suh tunggu kat terminal sahaja la... kang boleh ramai-ramai. Turut ada, KP Selangor ustaz Hasbullah dan S/U P en fahmi, AMK, Yayasan Amal, lain NGO's dan keluarga. Saya pi atas ajakan dan info dari abang aslam. 2 kali die coll saya takut tak bangun lagi..ahah. Nasib baik ada loceng ke 2 bab tak set jam pon tuk pg tu.. lupe... Semasa para sukarelawan masuk ke kompleks bunga raya, bergema lah takbir!! "ALLAHUAKBAR" sebanyak 3 kali. Best... Alhamdulillah, sebelum depa sampai kami da solat subuh. Jam 6.15 pagi macam tu lah mereka masuk ke kompleks.

Pak Jamaluddin..(Yayasan Amal Malaysia)

Para aktivis bersalaman dengan kenalan-kenalan

Dalam pada it rasa pelik dengan mereka yang bawa bendera Aman Peace yang sibuk duk interframe delakang kamera yang siaran langsung secara live. Sedangkan wakil Aman Peace kapal reacel cori. Dengan logo 1 malaysia nya sah2 untuk politik murahan. Datang paling lewat pula tu. Sukarelawan dan mula PC kat bilik khas depa sibuk belakang wartawan tuk mencapap. Lantak korang la. Tapi taktau la diorang ni sempat tak bergilir solat??? Jeng3... Para sukarelawan abis je doa lepas sampai mereka terus pi solat subuh. Kang mesti lagi sibuk mereka nak layan wartawan. Alhamdulillah semuanya selamat sampai dengan bermacam-macam pengalaman yang mereka alami. Kami pulang dalam pukul 7 lebih dan sompek la singgah sarapan kat labohan dagang. Kali ni roti telur menu pilihan.

Biasalah, klu kami jalan-jalan ada abang aslam memang menyinggah la. Pernah masa PRK Hulu Selangor, Jumaat malam ke Hulu Selangor bersama sdr imran dan sdr ryne. Sempat la membuat baner. malam tu balik dalam kul 3 pagi tumpang jemaah yang nak pulang, drop saya di serendah dan jumpa alang & abg aslam disana. Balik klang sompek singgah R&R sarapan pagi tu..ahaha. Banyak yang kami kongsikan bersama bila ke mana-mana. Banyak ajaran hidup abg aslam terapkan. Keja sebagai penghantar surat tapi tak pernah nampak die hidup dalam kekurangan. Rajin dan sentiasa dengan jemaah itulah kuncinya bagi seorang S/U PASTI Negeri Selangor. Itu pon ada lagi memikul tugas, kos sebut rasanya banyak. Kekerapan S/U dengan SUK ada mana2 program 90% ke 99%. Unit ICT & Dokumentasi ni menempel aja...ahaha Maklumlah, depa bawa isONE, saya iszero.

Balik dari sepang saya bersiap untuk bersama Abg mahmud kul 11pagi. Saya menemankan abg Mahmud menjadi DJ. Waduh bukan setakat DJ yang hanya bercakap tetapi sedikit nyanyi(menyanyi pon ada sedikit ke? rosak bahasa). Alhamdulillah boleh la walau dah 2 tahun tak bernasyid. Akan ku tanya abg mahmu utk mengetahui komen darinya... Terdapat juga Abg shahrom bersama. DJ+penghibur menggunakan unsur nasyid dan dakwah. Wah, bukan senang nak bercakap depan khalayak ramai. Kene berani dan ada input2 yang berguna untuk disampaikan. Tapi silap tetap ada sebab salah baca nama sebab salah kad Jemputan. Rupenya tuan rumah dah diminta bg kad tapi tak dapat-dapat. Lepas saya salah sebut barulah dapat kadnye sebab nak tengok nama pengantin dan tuan rumah. Satu situasi yang menjadi pengalaman dan peringatan.. hahaha.. belasah, sekurang-kurangnya dapatlah 2 kad terus untuk menjadi rujukan DJ. Bila masuk bab isteri ni tu yang silap tu. Lebih-lebih pula abg mahmud ni tanya saya, macam la ku ini berpengalaman isone pon tak de, macam mana la nak is3?ahahah

Selesai menjadi DJ bersama abg majmud dan abg shahrom balik sampai rumah 4.30 petang. Terlelap seketika kerana mata yg teramat berat. Lepas solat, ada lagi perkara tidak setel, rawat resdung sendiri, jumpa membe mengupdate beberapa urusan dan bantuan yang diperlukan. Masak wooo minggu depan ada majlis, minggu ni nak ke kelantan. Harap semuanya berjalan dengan baik, InsyaAllah... Jadi apa kita nak plan semasa di kelantan ye? Ada 1 tarikh khas minggu ni... sama-sama nantikan... jeng3...

Read More
Posted by Al-Hariz on Sunday, June 6, 2010
0 comments
categories: | | edit post

Alhamdulillah, syukur pada Allah dapat saya bernafas di pagi ini dan Alhamdulillah dapat juga menulis dilaman blog sendiri pada kali ini. Maklumlah terdapat tugas yang perlu diuruskan terlebih dahulu. Entry kali ini tidak mengisahkan sangat perjalanan hidup, tetapi ia berkait juga dengan kehidupan seharian kita. Namun itulah yang akan kita lalui, terpaksa lalui dan tempuhi juga dalam kehidupan seharian. Bagaimanakah kita hendak seimbangkan kehidupan kita adalah bergantung pada keputusan kita.

Saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini tetapi hanya perkongsian yang mungkin berguna dan mungkin boleh dibakul sampahkan bagi mereka yang tidak memerlukannya. Biasanya hidup ini perlu membuat keputusan, bagi si anak-anak kecil mungkin sibuk memilih 2 pasang baju yang terbaik diantara yang ada didalam kedai atau mainan yang diminati(itu pon kene tengok baget yang membawanya ke kedai tersebut le...hahaha). Bagi yang da mula remaja, cara hidup mereka terlah berubah. Jadi keputusan yang hendak dibuat bertambah contohnya nak sekolah mana, nak berkawan dengan sapa sehinggakan perlukan bercinta atau berkapel?(jawapan: jgn la menggatal dulu.. sekse jiwa je...)

Diringkaskan cerita sampailah kita dalam soal jodoh(ai, ini kritikal sikit bg penulis...) rumah tangga, anak-anak dan lain-lain hal hingga akhir hayat. Skopnye berubah-ubah mengikut peringkat umur dan situasi. Pernahkah anda kena memilih diantar satu dalam satu perkara(Jodoh tu skop istimewa punya cerita)??? Pengalaman saya pernah lalui iaitu memilih 2 tempat pengajian untuk saya pergi. Biasanya yang dapat tawaran mana dapat pi je dulu bila dapat yang lagi best tukarlah yang best. Tapi saya mendapat tawaran ILP dalm sijil komputer dan pada masa yang sama menunggu panggilan politeknik yang tidak tahu dapat ke tak. Jika da masuk ILP tak blh tukar apabila tawaran ke poli menyusul. Satu pilihan yang membebankan.

Sampaikan org ILP coll untuk minta disahkan penerimaan. Nak taknak ckp je terima, tetapi Alhamdulillah sebelum masuk ILP lg beberapa hari, dapat tawaran ke politeknik utk diploma kejuruteraan elektronik. Itu belum lagi membuat keputusan sebagai pemimpin kelas yang adakalanya mengajar kita erti kesabaran. Bayangkan untuk menguruskan satu majlis kelas, perlu melayan kerenah 44 orang yang pelbagai ragam. Tapi bila tolak campur mingkin separuh daripadanya sahaja sudah cukup menaikkan darah yang tak tinggi. Adakalanya bila kita membiarkan sesuatu masalah itu begitu sahaja mungkin kesannya bukan pada kita tetapi kesannya untuk kita ingati sampai bila-bila. Tidak dapat saya ungkapkan serta cerita disini pemasalahan sewaktu ingin mendapatkan segulung Diploma.

Suassana dalam masyarakat telah biasa ditempuhi. Namun bila masuk sesuatu NGO ia mungkin salah satu tiket untuk kita mudah bekerja. Ragam manusia tetap ada bukan 44 ragam, tetapi lebih daripada itu. Jadi sebarang keputusan juga boleh mempengaruhi NGO tersebut. Bagaimanakah kita perlu bertindak? Pilih tindakan dengan cermat dengan memproses setiap baik dan buruknya. Contohnya, maklumat yang disebarkan dari negeri kekawasan, jika cawangan bertanya soalan yang luar dari pengetahuan kita. Perlukah kita jawabnya? jawapannya tidak, seelok-eloknya rujuk kembali pihak yang lebih mengetahui untuk mendapat jawapan yang lebih tepat.

Ia sama seperti dalam membuat soal jawab berkaitan agama lagi-lagi bab Hukum. Bila kita tidak tahu, jangan jawab dan tangguhkan jawapan itu untuk dicari jawapan yang sahih. Asal ada soalan sahaja nak jawab, asal jawab je bila disoal tapi jawab ikut suke hati die. Janji jawab sebab program tu kata, tanyalah ustaz dan ustazlah kene jawab. Ini juga melibatkan keprofesionalan ustaz itu menjawab, silap jawab bahanalah ustaz itu bila yang silap itu diamalkan oleh penanya. Kesannya akan berturutan. Dalam banyak-banyak perkara orang tertentu yang kita rasa boleh dipercayai serta mampu memberi idea atau pandangan amatlah perlu. Oleh itu elok kita meminta pandangan orang lain agar pilihan keputusan yang dibuat meyakinkan kita.

Untuk rujukan dan panduan apa-apa perkara sekali pon salah satu komponen yang penting adalah rujuk pada ALLAH. Solat sunat hajat atau ishtikharoh mungkin membantu kita dalam satu-satu pemasalahan. InsyaAllah, segala-galanya akan dipermudahkan. Yakinlah dengan Allah. Tapi perlu diingatkan solat ishtikharoh bukan jalan untuk minta ALLAH pilihkan tetapi kita pilih ALLAH mudahkan serta redhakan.(Jika silap minta tegur ya..) InsyaAllah... ini sahaja nukilan saya. Ada topik bikin lagi...

Read More
Posted by Al-Hariz on Tuesday, May 25, 2010
0 comments
categories: | | edit post

Baru-baru ni saya telah ke Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil di Hulu Selangor... Kiranya sudah 2 kali saya ke hulu selangor sempena PRK Hulu selangor.. Secara umumnya satu hari masa perlancaran MPTS dan sukan PASTI Hulu Selangor... Wah, nampak gempak dan best, buat sukan sebelah tu markas untuk pasukan polis dan FRU..

Alah, apa nak takut... bukan merusuh pon.. Budak-budak bersukan je.. Klu diorang kacau, maknenya diorang amat la kebudak-budakan teramat sangat. Alhamdulillah sukan dan perlancaran berjalan dengan baik dan lancar... Tapikan, 1 jer, susah juga nak pilih gamba yang menarik.. kene kasi edit. Lagi pening kepala nak buat berita.. Sejauh manakah keintelekkan diriku ini untuk mengolah berita..

Cube chek dulu SPM Bahasa Malaysia dapat berapa??? hohohoh.. itu rahsia hidup si tukang taip ni... Bestnye kot ada suri .......(bahaya buka topik ni...) utk membantu. Ish, ish, ish... jiwa remaja, biasa la...hahaha... Gambar punyalah banyak diambil, tp macam semunya menarik.. (eceh puji diri tak malu..) Yang best selesai semuanya, kami pi makan cendol!!! perh.. masyuk... itu abg aslam belanja.. ahahah. Tiap kali keluar denagn die dan kak nizah die belanja ... Best...

Kali kedua pemergian saya ke Hulu Selangor adalah dirahsiakan disini...ahaha. Bahaya, blh menjejaskan kereabiliti diri tau... Tapi kali ni naik KTM... mau taknye, 3 jam saya menempuh perjalanan. Sampai Rawang je jumpa sorang uncel berbangsa india. Topiknya mula pasal KTM yang dinaiki pki gerabak diesel menarik KTM la... Die kata wawasan DR. Mahathir dahulu yang nak menjadikan KTM ada seluruh Malaysia.

Tapi kata uncel tu susah nak jadi, sebab itu politik punnya orang yang bikin susah... Ha, paham-paham la ye... Selepas itu, uncel tu tanya kami "kamu mau pi mana?"
Membe jawab "ke kuala kubu, uncel?"
"saya mahu balik batang kali" balas uncel itu.
"Uncel hari- hari naik KTM ke?" membe merancakkan perbualan
"Ya, saya hari-hari naik" balas uncel tu
die tanya kami pula "ada apa di KB?, uruskan pilihan raya? kamu wakil mana?"
kami mengangguk dan menjawa, "kami dari PR dan parti PAS"
Uncel tu dengar je, die terus salam kata, "bagus-bagus... nanti you bagitau itu zaid, satu undi die sudah dapat"
Dalam hati saya "ai, bagus sokong PR ni"

Last-last sambil menunggu KTM memulakan perjalanan, kami mendengar cerita uncel tu siap masuk sejarah dahulu kali sebelum merdeka pon ada. Mak ai, memang kuat ingatan la ini uncel.
Cuma rumusan yang saya perolehi disini persepsi rakyat semakin baik dan memang percayakan kerajaan PR. Namun isu-isu yang dimainkan serta diputarbelik macam nak sembelit oleh BN melalui medianya memang hebat.

Dalam perbualan kami juga ada menyuarakan ingin tahu nama uncel tersebut tetapi beliau merahsiakannya kerana hal-hal berkaitan. Melalui kesimpulan awal kami uncel ini mungkin orang kerja bawah kerajaan yang terikat dengan akta tidak boleh berkempen. Katanya mungkin 4-5 tahun akan datang kita jumpa lagi. InsyAllah, kot kita panjang umur..(menolog dalaman).

Input uncel ini juga banyak memberi info pada kami bagaimana isu perkauman yang sebenernya dimainkan oleh mereka gila kuasa. sungguh rakus dek kerana pangkat dan harta. Jika kita singkat sejarah hidup Khalifah Umar Abdul Aziz, kebanyakkan khalifah Bani umaiyah sanggup membunuh dan melakukan perkara yang keji demi mengekalkan kuasanya. Disitu kita boleh lihat panorama politik sekarang. Sapa lakukan, masing-masing boleh fikir la ye dengan pelbagai isu yang telah timbul...

Ok, mungkin itu sahaja coretan sedikit untuk enrty kali ini. Masa agak sempit buat masa ni, berita PASTI pon ada yang tak update lagi2. Sukan PASTI serdang dan Porgram Hulu Selangor... Semoga sama-sama kita bermuhasabah dan cube merubah negara kita supaya terhindar dari laknat Allah S.W.T..Ameen..

Read More
Posted by Al-Hariz on Wednesday, April 21, 2010
0 comments
categories: | | edit post

Adoi, Tengok dairi tiap hujung minggu ada program... So, macam mana? Malam pon belum tentu lagi... Klu last minit info la best seh...

1 April 2010

8.00pg: Macam biasa ke PASTI untuk mengupdate maklumat dan menyerahkan apa-apa yang patut.

8.30pg: baru cababut ke pejabat.

4.00ptg: Minta balik awal sebab technican Telekom datang untuk repair masalah internet. Nasib baik Modem life time warranty, jimat duit poket... Klu tak kene la labur tuk beli modem baru... hahaha...selesai orang TM check n repair masuk asar... Pastu solat la asar.

5.30ptg: cabut ke bangi

7.00ptg: Ke surau An-Nur, utk dgr kuliah maghrib T.G Haron Din. selesai je kuliah & solat isyak pi amik kek.. Klu nak diikutkan kene sebarkan flyers untuk dimaklumkan pada pengguna pakir kat tempat program bahawa tak boleh paking di situ selama sehari. Tapi Alhamdulillah, dengan bantuan Hadi dan kawan-kawan kerja itu berjaya dibantu oleh mereka.

10.30mlm: Sampai umah dan makan nasi bungkus dapat masa pas kuliah td. Ingat nak balik mlm tu. Tp da ada Plan B kot abis makan pon 11 mata da mengantok tido bangi la.. Baju da ada tp tuala mandi tingal... hohohoh
2 April 2010

12.00mlm: disebabkan ada perkara yang nak dibincangkan, tido lewat jg..ish3...

7.05pg: Baru gerak ke klang lepas solat dan sarapan...

8.00pg: Sampai umah kak long simpan kek pastu balik umah letak beg baju dan lain-lain, pastu cabut ke PASTI bab ibu Irfan pelajar nak jumpa. Pastu gerak ke Pejabat.

4.00ptg: minta izin keluar awal lg bab nak kn tlg persiapan Malam kesenian Islam di Pekan Andalas. Artis, Ar-rayan, Azhan(juara Akademi Nasyid), ust. Akhwan, Ust Badrulamin Baharom. Hujan lebat, Pasang backdrop dengan Hadi, faiz & da geng. siap susun kerusi juga. Main hujan la... Alhamdulillah ada peniaga sedekah kuih dan air utk kami...

7.10mlm: Balik tuk siap-siap majlis dirumah

9.40mlm: Ke PASTI.

10mlm: balik umah balik dan majlis dirumah bermula. Hari keluarga... sempena ulang tahun kelahiran emak.

10.40mlm: Ke Pekan Seri Andalas menyambung tugas. Jumpa Artis tadi dan menjalankan kutipan derma dan kerja-kerja yang berkaitan
3 April 2010

12.30pg: Selesai sudah program, pi kedai minum.. belanja kawan-kawan guna dana yng telah diberikan. Nak makan pon susah, mcm2 lah kedai ni. Itu habis ini habis... Klu tau pi Andalas coner..hohoho

1.30pg: Barulah pulang kerumah dan menidurkan diri...
8.oopg: pi keje awal sikit bab nak balik awal tuk rehat sebelum ke DCF. Kuliah subuh pon tak ada pagi tu. Jadi siap2 pi la koje...

12.30tghari: Sampai di DCF untuk membantu abg Aslam... tak ada papa yang membebankan, tp masalah air membelenggu disitu. Kali ni pula ada masalah. Sebelum ni tak de masalah

3.00ptg: Tido jap, rasa nak tido. Tido dalam khemah(wah... berpeluh beb... tp nyenyak...) Teringat juga masa tido kat asrama poli, boleh sy tido dengan keadaan panas dengan kipas yang rosak. Membe pelik dengan saya... Penat, tido la. Nak bejaga sampai subuh pon tak akan gerak kipas tu...

4.15ptg: lupe buat pe lepas time ni... yang pasti asar da nak masuk waktunya...ahaha

7.00ptg: siap-saip utk maghrib. Makan lambat sebab makanan lambat sampai... kesian cikgu kebuluq... nak maghrib baru makan... selepas maghrib yng mana belum makan pi makan sementara menunggu penceramah

8.20mlm: Kuliah maghrib mula. Penyampai yang mmg membawa kontroversi dalam penyampaian. Tp memang bagus kerana memberi penerangan yang baik dan mendalam. walaupon tak dapat dengar semuanya tp mmg bgs pengisian.

11.00 mlm: Keletihan menjelma. mungkin siang td tido bertembah letih sebab tido dalam kepanasan.. hohoho...Kursus masih berjalan, den tido dulu..ahahah. Tp ada juga terjaga kul 12.30 tp semua da masuk rehat... kat kantin je kak nizah sibuk berborak kot... Saya pon sambung tido balik...

4 April 2010

4.30pg: Dengar guru-guru sibuk nak mula qiamulaili. Tp dengar desas desus masalah air. Mata dan kepala berat nak bangun sejam kemudian baru memaksakan diri mandi dan bantu pi tgk moto pum air. Tp tak berjaya mengepam air... Dibiarkan sehingga selesai penyampaian semua.

8.00pg: Abg rozi masih berbicara pasal air. saya ke pum air. matikan suiz pum. Selepas itu chek host... Bega punya bega, On suiz, lampu kuning dan merah menyala. Ini bermakna ianya gagal utk terus beroperasi. "off" semula dan "on" kembali. dibiarkan, lampu masih keadaan sama tiba-tiba berubah. Lampu kuning padam dan lampu power on (hijau) menyala. tapi tetap fail. Tekan butang reset moto berjalan dan tekanan moto naik 0.5. Air da mula ada.

8.30pg: Cikgu-cikgu da blh mempersiapkan diri. Hahaha... Igt nak suh depa basuh pinggan kat sungai lepas makan. tak jadi bila air da ok. Masalah, kegagalan moto berfungsi. Berkemungkinan panas.(moto pon mcm manusia klu "on" 24 jam memang penat...) Alhamdulillah salah satu ilmu baru yang baru ku perolehi dan dipraktikkan melalui teori 2 tahun sudah..hohoho

8.45pg.: Tolong alang dalam kemaskini maklumat dan sijil untuk guru. Jenoh dan berkali-kali ulang alik memastikan samada da semak ke belum, nasib baik sempat siap sebelum penyerahan sijil. Macam robot je saya tekan... ahahaha. Tapi da disemak pon masih salah. Mana silapnye ye??? Konfius den...

nikmat makan.... Lapo la time buat koje

1.30ptg: Masing-masing makan tghari dan menyelasikan Majlis penutup serta penyerahan sijil. Guru-guru macam da tak sabar nak balik ni..ahahaha. Alhamdulillah masalah air dah tak de, sebab beberapa masalah paip air yang tak ketat dan sambungan baru yang menjadikan tekanan rendah. InsyaAllah selepas ini masalah ini dapat diatasi dengan beberapa penambahbaikan. Jgn takut, air ada je. Maklumlah dinaiktaraf tapak kem mesti ada cacat cela sikit...

3.00ptg: Kami menunaikan solat zohor, Berkemas segalanya kemudian selepas solat asar barulah balik.. Menempuh perjalanan bersama anak-anak abg aslam yang 3 org kecik-kecik ni tido... Mungkin sedap dengan aircond kereta yg masih ok.

6.40ptg: Sampai dirumah abg aslam.

7.00ptg: Sampai dirumah. Then dapat mesej utk menaggalkan baner program. Sy pikir telah diuruskan oleh ryne. Jadi malam nnt uruskan. Siap utk solat maghrib dan ke surau

8.30mlm: dapat mesej semasa disurau, sahabat minta tlg, kunci kereta tertinggal dalam kereta dan terkunci. Saya minta cube dulu dengan teknik yg pernah dilihat.

9.30mlm: Membe kt tak boleh. Siap sahaja selepas berkumpul nak pi cabut baner, minta sahabat-sahabat jom tolong membe disurau At-Taqwa , jln lebuh turi.

10.25mlm: Selesai urus kereta, semua meneruskan misi menanggalkan 6 baner. Pecah 2 geng, dan lokasi yang perlu di tanggalkan adalah depan 99market kat pekan andalas, simpang trafic light pangsapuri polis, traic light dekat taman rakyat, pintu masuk masjid, masjid tok dagang, dan telok menegun. 5 org berjayakan misi.

11.00mlm: Misi selesai, untuk menghargai keletihan belanja la minum sambil berbincang dan berborak-borak

11.40 mlm: pulang kerumah dan siap untuk tido...

Misi yang berterusan. memang penat sehinggakan takut tak boleh mengwal kemarahan bila org tak faham den banyak soal. Hoohohoh, kene belajar ilmu sabar. Takpe la, klu tidak pon dapat mengurangkan beban otak tuk fikir pasal ................................. yang ada. Salah satu cara mensibukkan diri dengan aktiviti. Formula yang sudah ada tp tak perasan sejak dulu kala lg...hohoho...Hari ini meneruskan program ke kuliah....



Read More
Posted by Al-Hariz on Monday, April 5, 2010
0 comments
categories: | | edit post

2 April 2010... Genaplah umur mak ke-52.. Mungkin bagi mak sekejap je masa berlalu sehingga yg kami ini dahulunye semasa kecil, mengopek dekat mak je. Tetapi telah besar dan ada yang sudah bekeluarga. Besar dari konteks perjalanan hidup dan seangkatan dengannya walaupon hampir kesemuanya badan tak le sebesar mana(maintain je tu...). Munzir je lain, bab dah terlebih enjet & pam dengan makanan kot...ahaha. La ni mak ada 3 orang menantu 2 orang cucu... jadi dalam family da ada 5 org perempuan... Kiranya seimbang sudah semuanya... 5 orang perempuan...

Klu nak cite kisah hidup mak didik kami memang panjang, macam-macam ada... Nak tahu kn masuk family lah.. jeng3... Ini rahsia kami jer..ahaha. Ok apa yg dirancangkan kali ini, Alhamdulillah menjadi walaupon ada kekurangan. Maklumlah, ayah keje pula, Hari tu ada program pula. Tapi perancangan & maklumat telah dibuat 2 minggu sebelum itu. Masing-masing kene adjust masa la... Alang dengan urusan kursusnya, saya masa tu pula dimaklumkan ada program ceramah dan pihak masjid minta tolong Biro pemuda masjid turun membantu.

Perancangan nak buat suprise kurang menjadi bab dah terkantoi... Tp terkantoi pon masa hari sembutan juga la... Kira nasib baik mak tak masak banyak. Kang membazir je... Kira kami da kelentong awal-awal. Masing-masing datang malam lepas maghrib. Nak suprise punya pasal, kelentong baik punya. Tp terkantoi... Tak pelah, kira menjadi juga. Mungkin berbunga-bunga perasaan mak malam tu.. Perjalanan program Jumaat malam bermula kul 10mlm. Kami Meraikan dengan Doa selamat yang di bacakan oleh Abg lang. Tak kan Perancang kene baca pula, kasi ustaz yang sudah diiktiraf lah yang baca... kan3...

Ingatkan nak buat pertambahan isi kandungan dengan pengisian, tp masa agak suntuk dan ditambah program masjid di pekan Andalas. Kang balik malam anak buah sy tak elok juga... Dah la si syifa' domam. Tak pe mungkin akan datang kita boleh rancang sekali lagi... Jadi selesai baca doa kami ke meja makan dan memulakan sesi seterusnye... apa lagi, suap meyuaplah sesinya..
Ha, ingat kan masa sesi potong kek, kot ayah ada boleh la suh suapkan mak, tp tak dapat... Jadi sebagai ganti menantu kono la suapkan kek ke mulut mak...ahahaha. Pembaca jangan salah faham, potong kek tak untuk makan yer... Macam mn nak makan klu tak potong kek.. batul tak?? Kemudian Sebagai wakil anak lelaki, Along tolong suapkan kek ke mulut mak. lawak sikit la masa ni, along memujuk mak dengan gaya peliknye...ahaha... Sebab da 3 org suap, mak kt cukup la... Tp along pujuk utk last suap... Masing-masing ada bg hadiah tersendiri...

Harap itu dapat menggumbirakan emak...Ini pon adalah salah satu cara bagi kami untuk berkumpul dirumah bagi bersama dalam silaturahim. Yerla, masing-masing sibuk, lagi-lagi alang dan termasuk saya dengan program hujung minggu.. Hujung minggu tak setiap minggu ada dirumah. Tak cukup dengan itu malam pon meting atau ada program memanjang. Ada jer agenda masing-masing. Along dan angah mungkin ke jemputan kenduri hujung minggu dan diorg mungkin ada masa tak seperti kami... Tapi klu saya tak usah cakap ada je kat umah. Dah duduk umah mak ayah...ahah.. Cuma nak melekat kat umah tu je kureng. Tp cucu tu menjadi pengubat rindu mak la dikala duk sorang-sorang dirumah...

Ok, tak ada papa sangat pon cerita kali ini. Mungkin gamba disini menjadi penarik cerita...Sini pon gambanya letak sikit je, selebihnya try masuk facebook ye..
Syukran jazilan ya ummi...

Tanpa dikau, kami tiada didunia ini
Tanpa dikau, kami tidak jadi begini
Tanpa dikau, siapalah kami
Segala-galanya bermula denganmu, Ibu..

*nak feeling, cube bayangkan saya nyanyi lagi Ibu album kumpulan iman...ahahaha

"Macam mano bontok eh nak potong ni?????"

sibuk je auni ni, kek auni da lepas la...

Tgk tu, terpakso la wan pikul dua sekali..

Si syifa' tgk org makan, meleleh air luirnye...ahaha

Jemput-jemput tambah ada lg tu...

Read More
Posted by Al-Hariz on
0 comments
categories: | | edit post

Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum pembaca yang sudi membaca blog yang tidak popular ini...
Alhamdulillah, Syukur pad Allah S.W.T sy dibangkitkan lagi pada hari ini. Klu tak bangkit, mungkin tak dapat menulis disini. Eh, silap menaip...

Hari ini akan sy menceritakan ttg hari semalam. Mestila, tak kan masa depan kot. Sbb sy bukan penilik, tapi pemikir... (ceh, perasan...ahaha)monolog dalaman bahasa sasteranya.. Semalam, sy mengikuti abg & kak iparku ke rehlah yang boleh ditafsirkan untuk ex-matrix rasanya...(hohoho, muke penyebuk, ex-poli joint ex-matrix... jauh sekali..) Sebab semuanya berlatarbelakangkan bekas pelajar matrix. Sampai sana tak tahu jam berapa bab lupe tgk jam dan jam yang dibeli tak bawa.(adoi, beli jam canggih-canggih jarang pakai, membazir je..) Ini pon ikut sbb org dah ajak, jadi apa ditunggu-tunggu pi je la... Sambil itu mengisi masa lapang sy dengan menghirup udara di pantai morib. Tp tak mau minum airnye, mcm milo... ahahah. Sekali sekala ubah tentatif hujung minggu yang kebiasaanya menonton TV dirumah. Maklum lah, hujung minggu, banyak tu... kartun-kartun best... Itulah antara cerita yang sesuai untuk merehatkan fikiran sy dihujung minggu apabila tiada program & meting. Nak tau napa best tgk kartun? sebab citer kartun yang lawak juga, tak le tension je tgk. Klu tgk TV tension mcm cerita sesetengah drama melayu. Silap-silap TV yang kene bom...

Semasa sampai sana, awal-awal tak ramai, dalam 8 org je baru datang termasuk kami dan yang lain dalam perjalanan. Yang pasti, ketuanya Mardhiah dan dibantu beberapa org yang blh dikatakan kenal. Kenal mcm tu je la, tgk muke biasa nampak dan pernah dengar nama mereka disiaran suara abg & kak teah. Yang ada Kak mahfuzah, nora/fie, dan yang sy tak igt namanya.(maaf ye..) Takpa, jumpa lagi blh knl lg. Yang lelaki sy & alang sahaja bab yg lain blm sampai lagi. Biasala, sampai sana je, sy berasa teramat segan sbb tak ramai lagi lelaki yang sampai. Yang ada hanyalah junior-junior abg & kak ku muslimat semuanya. Nasib baik sy melanggan sejam penggunaan mobile internet bagi menyemak email yang masuk. Tp bengang! document yang mahu sy lihat tak boleh view sbb formatnya tidak boleh ditampung oleh telefon bimbit N70 sy(ai, mcm suh tukar baru jer.. hohohoh... jangan... simpan duit... beli kereta... pastu XXXXX....)

Lepas abg menemani kak ipar ke tandas yang jauh sedikit (bukan apa, ada anjing, nnt menagis kak teah klu kene kejar..hehehe) barulah depa ajak sy makan... Rasa dah kenyang, sebab makan tosai slps kuliah subuh kat surau pagi tu. Tp dah terhidang, makan la.. banyak tu diorg masak(ye ke?atau oder?jeng3...) Sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit kuantiti makanan tu. Dah makan, sy pon meminggirkan diri lagi sekali..h0h0h0.. Duk jauh sikit. Bukan saje-saje meminggirkan diri. Dah tempat duduk situ penuh beralih la... takkan nak mencelit kat situ. Muslimat ramai... belum kawin.. Abg lain la, die mencelit sblh kak teah.hahah(Tgk gamba kat bawah). Nasib baik handphone ku ada mesej masuk dan ada sedikit urusan PeBT yang perlu disetelkan. Oh, PeBT bila la nak setel.. Rs mcm nak resign je... Sarat kepala otak ku...

Pastu cik Mar kita telah menyediakan sedikit tentatif, nak kt usrah blh lah. Tp lebihnya menjurus kepada bebas, luahan dan lain-lain. Dimulakan dengan alang, yang mempunyai pengisian tersendiri. Biasalah, alang ni kira Ustaz depa la, adalah maklumat dan isi yang diketenghkan. Saya nak ulas sedikit tak reti tapi adalah kaitan yang boleh disngkutkan dan pautkan bersama. Dimanakah Mahasisiwa selepas grad? Bila sy fikir kembali, mmg berlaku, bukan setakat di kawsan saya tp mungkin berlaku disemua kawasan. Ini pernah diutarakan oleh saudara imran dalam mesyuarat dalam lingkungan sebulan stgh yang lepas. Tgk la, org yang sama pegang sampai 5-10 jawatan. Tak ke pening kepala. Klu mampu buat, Den dah mcm tak mampu dah, ada diantaranya pegang sementra dengan niat bantu mencari dan memenuhkan AJK. Harap-harap ada, Ya Allah bantulah hamba MU ini... Mungkin ttg hal ini atau tajuk dimanakah Mahasiswa ini akan saya nukilkan di blog melalui post yang lain. Bab ini cerita, lebih baik fokus pada cerita. Nnt pusing jauh-jauh marah si para pembaca yang budiman. Selepas itu kak teah pula cerita pengalaman die yang tersangat banyak. Sambil cerita main pasir.(wah ini lg hebat). Org lain dgr org bercapat main pasir die cerita sambil bermain pasir, bukan buat pe pon. Kak teah seperti melepaskan tekanan. Mana taknye, gaya seperti menguli tepung pasir tu.hehehe

Lepas itu tiba giliran Kak mahfuzah, apa yg die cerita ye, ttg hidup die sekarang kot... Selepas itu, berbalah tahun 87 sapa dulu. Rupenya Nora/fie(sapa yg blh betulkan bgtau panggilan yg ori ye) yang menceritakan ttg pengalaman hidupnye menjadi usahawan. CEO ni... Kemdian disusuli dengan kehadiran 3 org jejaka yang lewat. Sehingga didenda untuk terus berkata-kata. Hangat depa ni, riuh jdnye. sorang namanya abg zul dan 3 org lagi dah sy lupa. Igt abg zul pon sbb ada kad bisnes..ahaha. Yang lain sorang tu bagi Kad diskaun utk Pesta Buku dan sorng lagi PA ust Hasrizal ful time yang kadnya tak siap lagi. abg zul engineer tukang buat jalan. Ok la, tp pastikan buat jalan jgn ada tol, heheh.sehingga la pada yang lain dan dalam masa itu bertambahlah ahli-ahli lagi 3 org... Kehadiran mereka menambahkan kemeriahan sesi waktu itu, dengan lawak-lawak dan usik mengusik. Sy ni just tukang gelak jer la, tak menyampaikan apa-apa pon. Perkenalkan diri pon tak(ish3... tak sopan sungguh...) Yer la, kira sy ni pemerhati sahaja. Klu dah tak diminta perkenalkan diri dan menyampaikan cerita, diam je la. Ada je point utk bercakap jika diminta. Bab ini sesi santai dan topik perbincangan bebas. Kira ok la sbb kdtgn saya di terima..hohoho... Tapi tak payah kenalkan, depa tgk muka dah tau, adik ust. Alhafiz.. Ada yang kata serupa je mcm kembar..ahahah.

Dalam pada itu juga datang lagi 3 org kak ami dan rat kot namanya. Sorang lagi junior yag sekarang UNIKL. Selepas 3 org jejaka td menyampaikan segala cerita terkini mereka, adik junior td di minta utk memperkenalkan diri. Mau taknye, kecek kelate. Yg tak biasa berkerut dahi memahamkanya tp adik tu telah diminta utk cuba guna sebutan yg mudah dipahami dengan mengurangkan keceknya. Alhamdulillah ok walaupon masih ada. Nasib baik den ada bergaul dgn org kelete ok la sikit. Klu tak blur...Klu die kecek betul2 punya gerenti 1 pon tak faham kot... Kak ami dan kak rat sehingga mardhiah panghabisan (kecuali sy,) menceritaka berita terkini mereka... Nasib baik juga sy tak masuk bab masa yang suntuk dah tengahari... Klu den cerita mau panjang lagi...ahaha.(Konon, tah apa lah yang sy nak ckpkan ye??? tkt point lari ke laut...ahahah)Ada 1 aktiviti khas lepas tu.. sepecial punya....

Selesai sahaja sesi tadi ada sesi potong kek.. Ha, inilah sesi istimewanya... apa lagi 7 Mac 2010 sambutan ulang tahun kelahiran alang... adalah suprise yang junior dan kak teah rancang kot... Sy tumpang makan kek tu sekali la... sedap... Seronok ada ukhwah mcm ni... setiap gerakan, yang menitikberatkan silaturrahim mmg best. Dikawasan saya best la juga tapi kebanyakkanya berkeluarga lah. Sy dan akif sahaja yang berkawan dengan bapak-bapak budak hehehe. Yang rehlah ni kira segeng la sebab masing-masing bujang. Kira kene pada jiwa la. Ha, sesi sambutan tu siap ada rakaman video lagi. kita upload di facebook ya... Ada sesi suap menyuap kak teah dgn abg klu tak silap... ahaha... Pastu semua siap utk gerak ke rumah sahabat mereka dan makan tengahari disana bab dah kata nak dtg ziarah kawan mereka. Kat kawasan jenjarom. Kami solat disana berjemaah selepas itu kami makan.. Peh, pegi dapur, macam katering je sebab siap meja kerusi disusun dan hidangan yang menarik. Tp tak leh sumbat banyak-banyak bab thank tak besau... Kemudian, kami terpaksa balik awal kerana ada urusan lain ptg nnt(abg & akak je, sy ikut balik bab naik kereta depa.) dalam masa yang sama hantarkan nora/fie dan kak mahfuzah ke KTM KRU. Kak mahfuzah ke Kg. Delek, Nora/fie halatujunya banyak... CEO biasalah... Kumudian kami balik umah dan berehat...

Nak diceritakan apa yang sy perolehi masa disana mmg best la walaupon ada diantara yang saya kenal tak datang, seperti bukhari, waliyudin & amar. Memang ada junior abg yang saya kenal semasa sy minta abg sediakan fasilitator untuk menjayakan program surau An-Naim pada tahun 2007 yang lalu. Cuma ada pertambahan kenalan yang lain pada kali ni. Ada juga dikalangan mereka yang menjadi staf dan BOD dalam syarikatUst Hasrizal Abd Jamil. Bgs tu, blh aply keja tuk cari pengalaman lain..hahah.. Ada juga diantara mereka ini penulis... Ada juga sekarang sain chek syarikat... ada juga ustazah sek dan sebagainya kerjaya yang mereka ceburi. Apa-apa pon seronok bersama mereka. Syukran kerana menerima kehadiran "pendatang" ini hohoho.. Klu nak ajak lagi blh je... InsyaAllah mula-mula mmg malu sikit den, lama-lama nnt sy blh biasa..(ahaha ye ke?) Tapi nak kt banyak cakap kira tak banyak la, point kurang. tak setinggi mereka.. hohoho.. disini saya pautkan beberapa gamba rehlah semalam... Siap ada icon-icon menarik, sambil mendengar sambil berkreativiti..ahaha... Sapa rajin pi sana cari kad diskaun abg zul taman.ahahah...

hohoho.. masa ini ku terpinggir

ini masa 8 org, yang tangkap gamba kak teah.
Pemandangan pantai...

ha, masa ni bertambah lg 3 org

masa ni bertambah lagi 3 org, tgk btl2, ada yg sama

masa awal sesi, tgk masing2 berkreativiti sambil mendengar

haha, sapa snap gamba sapa ni.

ini wajah-wajah kreativiti sy..aha

ini kreativiti pasangan bahagia...

Read More
Posted by Al-Hariz on Monday, March 8, 2010
7 comments
categories: | | edit post

Wah, lama betul masa nak menulis cerita ni. Maklum la ada perkara dan kerja perlu diuruskan. Untuk cerita hari kedua ni mungkin ada yang sy masih ingat dan kurang ingat. Belasah je la yg ingat je diambil kira. Harap tiada ralat bg yang mengetahui cerita sebenar..ahahah
Masuk hari kedua, mcm biasa lah. Bangun solat suboh la, kali ni ikut masanya..ahahaha. Solat berjemaah takde qasar... Mmg xde pon tuk subuh n maghrib. Klu ada tu, ajaran sesat la. Qasar subuh tgl berapa pulakan?

Selepas tu, rutin biasa, Pg2 tgk Astro. Hahaha, baru berpijak ditempat baru, itulah rutinnye. Apa yang menerik kita tonton. Pastu kami makan tghari kat umah org kawin, jiran & kawan kak teah kawin. Jadi, dah jimat perbelanjaan. Maklumlah, sekarang mmg banyak kenduri silap-silap mau hujung minggu makan luar... Bukan makan kat kedai, makan kat kenduri... Itu belm klu ada berkat, jimat gas, masa dan barang dapur... Bak kata mak , gantung periuk... Selepas itu balik solat pastu barulah tido. Ish3... macam ulor, makan tido, tido je pas makan, (tp badan mantain beb...) Petangnya dalam kul 4 kot, kita pi umah abg kak teah. Abg irfan minta tlg guntingkan rambutnye, sambil alang membantu kami menonton cerita yang bertajuk santau... walawei... Macam-macam spekulasi dan tekaan bermain difikiran, akhirnye terjawab... Cerita mencabar minta sapa la yang punya angkara... Akhirnya org yang baik dengan kita, diam2 buat perkara terkutuk... Hati2lah dengan org yang rapat dengan kita...hahaha. Nak diigtkan pon Khalifah Umar Abdul Aziz pon diracun oleh pembantu khasnya itu mengikut sirah yang sy dengar melalui ceramah le... (adakah boleh dikaitkan dengan kes Dato' Anwar sekarang???)

Selepas itu kami balik amik baju untuk & jemput kwn kak teah utk ke rumah kawan kak teah di Cherating... Tepi pantai tu rumah rehat kawan kak teah. Ada resrot... Resort pakcik kwn kak teah. Loghat Terengganu sih... nasib baik blh faham... Depa jemput makan lempeng cicah kari ayam kampung. Masyuk.... 2 keping belasah tu... Dah abis, kami(sy n adik laki kak teah je) cabut menghabiskan masa berbaki stgh jam di laut...Best... Ombak besar... Blh main luncur air... Best mmg bset, pening la kepala kene hempas dengan ombak. Last Ombak dtg je menyorok dalam air. Main sorok-sorok dengan ombak pula...ahaha. Si dayat pula abis makndi sibuk cari kayu hanyut, utk perhiasan akuariumnya. Tapi hampa, tak sempat mencari, kemudian je la ye dayat, bukan jauh pon..hohohd... Dah pukul 7 berapa tah, dan2 time tu alng dtg nak panggil kami da naik darat. Bersihkan badan pakai air perigi. perh... Best, tp rasa payau... Pastu salin baju balik... Hoho... itu jer la aktiviti...Sampai umah solat sambung menghadap Astro jer la... Kene rehat esok nak baik...

Esoknye kami balik dan dalam perjalanan ada la singgah beli barang sikit... sikit je, berjimat cermat... Lani lah ada la tangkap gamba sikit. Silap la, setiap kali keluar je tak bawa camera, ha, rugi la... jadi tangkap gamba dalam kereta untuk perjalanan pulang... Tapi balik ikut jalan lain la bab singgah juaseh kampung kak teah untuk ziarah jap sebelum kami pulang ke bangi... Ha, itu jer la ceritanye serba sedikit dan serba ingat..ahaha...
Kat bawah ni ada lah sedikit gamba....

Wah, banyak beli...

Antara kedai yang ada...

Ha, inilah gamba tgh jalan...

Read More
Posted by Al-Hariz on Monday, March 1, 2010
2 comments
categories: | | edit post

Ha, entry kali ni sambung untuk hari seterusnya. Melalui komen pada entry Pengisian cutiku Sebelum ke Pahang, maaf ye cik Mardhiah. Kak teah pon eja salah dalam Y.M. Saya try cari yang betul, rupenya kak teah pon salah..ahahah... Heheh, kak teah, perbualan tu sebahagian je, relek, dah di tapis melalui unit penapisan ayat sdn. bhd. Ok masuk topik balik untuk kalini. Disebabkan tiba-tiba sy berasa kurang selesa sy terjaga kl 6.30 pagi...ahaha... Apa lagi bangun terus amik wuduk la... Tapi bukan sy sahaja, yg mana sampai tgh malam tu sm la..ahaha. Tp dengan bangganya sy bangun dulu..ahaha. Pas solat subuh baru mandi dan menghadap T.V. Ada astro tu... best macam-macam cerita ada.... walaupon makcik(mak kak teah) kata "klu ngantok smbung la tido" tp sy tetap mengagahkan mata untuk tidak tido, bab astro ada ma... Sambil makcik sediakan sarapan, die suruh minim la air kopi Radix dan kuih yang dibeli. Rajin makcik...

Kemudian Kul dalam kul sembilan barulah kami makan pagi... (sampai tunggu ada org tu lambat bonar bangun...sambung lelap kejap je la, kan3...)ish3... jgn mare... Lepas makan pagi sy meneruskan ekspedisi melakar pelan dan melihat wayaring umah makcik... Agak pelik juga sistem DB yang lama masih digunakan walaupon umur rumah mak ayah lagi lama. Ni pemaju abiskan stok ke atau ketinggalan zaman dalam perubahan sistem pendawaian??? Sapa pemaju, sapa kontarktor? ha, klu yg pk untung aja, paham-paham la... Pemilik yang kesian. Tapi tak pa, beza sistem dulu dengan sekarang dari ciri keselamatan dan kekemasa telah dipertingkatkan . Fungsi tetap sama. Tapi seelok-eloknya diupdate bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Nasib baik tuan rumah ada inasiatif. Tp juruteknik kene buat pelan dan anggaran budget dulu. Tak boleh terus buat sebabnya, cuti raya cina, kedai banyak tutup.. lagi pon tak tau mana kedai elektrik yang berdekatan... (sampai la ni, tak sempat ke kedai utk tgk harga... tgk hujung minggu ni macam mana.) Pelan da siap, mana yang perlu ditambah boleh ditambah, gambar pon diambil bagi dijadikan sebagai reference nnt.

Lepas tu kami sambung menonton astro... Macam-macam ada..(dah meninggal pakcik yg dalam iklan tu dulu) Ha, dalam kl 11 macam tu pi ke kg tuan berserah ye?(btl ke kak?) adoi, tak sempat tengok nama kampung da, asik sangat tengok pemandangan...(awek pon sy tak sempat tengok...ahaha...)Ada kenduri dekat dengan umah abg kak teah iaitu sedara maranye juga... Peh, sodap seh, makananya. Bubur kacangnya pon blh tahan la... lepas selesai kat kenduri kami ke umah abg irfan(abg kak teah) jap tuk duk-duk. Dalam kul 1 lebih kami pon pulang... Tapi hakikat yang tidak biasa sy lakukan. Solat zohor & asar tak buat jamak & qasar pon... Hahah... Baru terpikir malamnya bila berjemaah, lebih 100km tu... lagi pon bukan menetap sini pon... Kami musafir... Sepanjang zohor sampai ke asar tido, pastu petangnya tgk astro sampai ke malam. Huh, kak dgn abg tak bawa jalan-jalan pon. Tak dapat cuci mata, cuci mata dengan astro je la.

Tapi nasib baik petang dan malam tu ada banyak cerita best. Malam tu ramai la menghadap astro ada cerita CJ7 la, cite cina yg agak lawak dan kelakar. Pastu tido...

Read More
Posted by Al-Hariz on Tuesday, February 23, 2010
1 comments
categories: | | edit post

Kami memulakan perjalanan ke Pahang lebih kurang dengar azan Isyak di stesen minyak. Tp sebelum tu, akak tanya kat abg, "solat tengah jalan ye?" hahaha, soalan cari penyakit. Kene usik la... Mana ada org solat tengah jalan, hebat betul akak ku ni, kereta langgar tembus apa?heheh... Perjalanan ke Pahang ni boleh dikatakan pertama kali pergi tanpa saluran sekolah. Dahulu pernah pi la, tp genting highland la... under skolah. Tp rasanya tu kat tengah-tengah semenanjung yang ni tepi semenanjung. Kira langkah banjaran titiwangsa la...(btl ye geografi sy ni?hhuh)

Hahaha, tentang driver, mula2 yang bawa alang, sampai mana tah ada satu hentian rehat. menurut ingatan melalui pandangan mata saya yang tersimpan dalam kepala otak ni, hentian rehat tu selepas atau sebelum janda baik kot. Ha, jadi kami solat Isyak qasar disitu.Perjalanan bermula dengan pemandangan negeri selangor sehingga gombak yang boleh dikatakan nampak bangunan la. Pastu serba gelap la bila masuk lebuh raya karak tu hanya bertemankan org didalam kereta(mesti la, xkan bertemankan hantu kot...) dengan jalan yang disuluh dengan lampu kereta. Lepas berhenti solat isyak td mmg tukar pemandu iaitu diganti dengan saya. Ini ekoran daripada ketidaksihatnya abg. Hei, balik pahang je tak sihak, asal balik pahang je tak sihat, asaltak sihat je, balik pahang. Pelik betul depa ni.

Hahaha, yang ni ada suspen sikit. Adoi ingatkan nak tidolah kejap ms abg bawa, die tak bgnye kita tido. Jadi dan-dan la kita ingat die bawa sampai abis rupenye tak. Alkisahnya nak belilah air nescafe kat petronas lepas solat td, tak jd bab org beratur panjang giler. Boleh dikatakan ramai la org. Cina sambut raya melayu & india pon raya sama la. Tp tak le raya mana pon, balik kampung & jalan-jalan waktu cuti... takkan la nak duk terperuk dalam umah sendiri kot... Bosan seh... Masuk topik balik. Jadi walaupon tak tahu jalan, bawa je la bab tgk je la papan tanda ke kuantan mudah cerita. da dekat-dekat sampai baru tanya. Tapi tak dan pon bab mungkin sejauh 50-70km sahaja saya bawa. sebabnya ada situasi yang merbahaya.

Disebabkan tidak dapat rehat sekejap lepas keje dan ms abg drive, sy keletihan untuk drive. lagi-lagi dengan sakit mata teramat sangat disebabkan silau dari lampu kereta yang mahal-mahal. Yang sy peliknya tu, asal mcm diorg ni ada yang pki lampu tinggi? klu kereta yang tinggi tu mmg la ni yang sam tinggi pon pki lampu tinggi. Dan ada juga mungkin bukan tuan tu paki kereta lampu tinggi, mungkin disebabkan tuan kereta tu kaya sangat sehingga kadar kuasa lampu keretanya yang tinggi dan berkuasa(ayat mcm fiksyen sains pula..). Sehinggakan ada satu masa ku seperti terlelap seketika sehingga kereta yang dipandu berada diantara dua lorong, nasib baik aku tersedar da membetulkan lorang dengan pantasnya. sampai terjaga la yang lain. Tp mcm sorang lagi kat belakang tu mcm sedar tak sedar je... Ish3.. khusyuk dengan mimpinya kot..hohoho. Masa tu juga nasib baik xde kereta dibelakang dan sy terpandang hentian rehat dalam 40km lagi. hohoho

Dari pada itu saya makan gula-gula sambil urut bawah lutut utk mendapatkan kesegaran sehingga kawasan rehat. Bila segar sy pon memecut mengikut kadar 110-120km/j dek kerana risau akan keselamatan. Jd dalam kepala otak harap dapat sampai ke kawasan rehat demi menyahut, pandu cermat jiwa selamat/ berhnti rehat jika mengantuk/ ingatlah org yang tersayang. Memang igt org tersayang keluarga je la, nak sayang sapa lagi? kawin tak lagi, ehem pon blh nampak lg..hehehe.. Seingat sy berhenti nak beli nescafe dan tido sat last-last tido jap pon tak boleh belah mata ni jd tukar dengan abg balik... Hahaha... Kali ni sy gagal bertahan dek kerana mata dan kepala yang sakit. Abg pon drive samapai ke gebeng dan mencampakkan(ceh, ganas tu campak2 sian die...bhs baik menurunkan..) juniornya itu di rumahnye. Kawasan apa tak ingat. Tp memang hebat dah tengah malam pon budak-budaknye kat luar umah lagi melepak. Nak kata lalu la juga simpang ke POLISAS, UMP, Kolej Komuniti, Kolej-kolej swasta dan UIAM(jeng3....)

sampai umah Mardiah td da drop die, die pon mamai, sampai bg direction yang salah pada kak ipar saya untuk drive ke kampungnya. ahaha... jadi akak saya drive pon dengan gaya bersungguh-sungguh melalui jalan sana sini(banyak betuk simpangnya sampai tak ingat) sampai lah kerumah dalam kul 1 lebih(pagi tau bukan petang)... Jadi angkat barang pastu tido...(den tido luar je.. mak akak kata banyak nyamuk, tp stedy je tido tanpa digigit oleh nyamuk. mungkin nyamuk pon tak lalu gigit, bab tak cukup darah kot...hohoho...

*bersambung...

Read More
Posted by Al-Hariz on Friday, February 19, 2010
1 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum pembaca sekalian.
Tiada apa sangat yang ingin disingkapkan dalam laman blog ini melainkan cerita kerana karya-karya berunsur ilmu memerlukan masa yang berkualiti untuk di nukil. Oleh kerana cerita pengalaman datang dari pemikiran dan imbasan kembali mudah untuk dinukil semasa borang dalam pejabat... hohoho..
Alhamdulillah cuti raya cina baru-baru ni da abis dengan jayanya(ceh, macam menyambut atau buat program pula ucapan..ahaha) Klu diikutkan perancangan sebelumnya pergi ke kelantan bertugas untuk bantu cikgu rosli untuk bengkel pengurusan, tp tidak jd ikut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mana taknye, dah la ada kelas, hari kursusnya pula ahad, tkt tak sempat pulang. Untuk tidak memeningkan kepala, menyusahkan org tak le jd pi dan diganti dengan kembara negeri kak ipar saya. Ceritanya begini, sy meletakkan status "cuti ni x jd ke kb, nak buat apa ye?" hahaha. Mula-mula abg tegur, ni katanya "haha, btlah apa2 yg ptt"
pastu akak tegur, " Fatihah: laa.. xjadi ke?? mohd al-hariz : program jd, cuma sy x blh nak pi" Fatihah MY : ikut balik kuantan lah.. ahaha mohd al-hariz :kuantan? klu blh xde masalah...ahaha, balik kampung bila?
Fatihah MY :lepas maghrib mungkin...
mohd al-hariz : ooo Fatihah MY : xcukup bilik nie.. mohd al-hariz : asal? x cukup bilik akak n abg bw khemah la.. hahahaha Fatihah MY : klu atih ikut kena tido luar lah... tdo ruang tamu mohd al-hariz : puiyo... ada org nak ajak Fatihah MY : nak ikut k?? mohd al-hariz : klu abg bg... Fatihah MY : tanya abg jap yea.."

huh!, panjang giler perbualannya. Diringkaskan jd lah pi kuantan. Tp atas beberapa sebab iaitu pertamanya tolong tengok-tengokkan perkara berkaitan wayaring. hahaha... Klu nak tukar dan buat baru kena lah tgk keadaan rumah, buat pelan dan anggaran kos. Klu tak pening la tuan umah tak tau budjetnye. Nak buat biar tuan rumah ada budjetnye... lagi pon nak beli barang time tu kat sana cuti raya cina, kebanykkan kedai tutup dan kebiasaanya cina yg jual barang elektrikal ni. Yang boleh dibuat nyalakan lampu dan buat lakaran pelan dan ambil gamba untuk buat anggaran DB baru dan rewayaring semula...

Kebetulan hari jumaat tu boleh balik awal, jadi mudahlah untuk sy packing barang siap-siap dan terus ke bangi untuk bergerak ke kuantan menaiki kereta alang... kereta tinggal di bangi, kebetulan juga kereta ayah sy tak pakai dan petang itu juga siap diservice dengan segala macamnye. Berkali-kali la bdk yang buat ni coll. Ha, nak tau apa rumusanya service hari tu?. ha... service, tukar minyak enjin, plug, oil fiter, cuci radiator yang berkarat dikhuatiri tersumbat, tukar minyak gear yang dah hitam mcm minyak hitam, tukar hos radiator yang sekali tgk mmg berkarat dan tah apa la lg. Tak igt bab semuanya total after diskaun RM350.00. Ha... tu blm tukar meter yang rosak. maklumlah kereta antik, jd kn la tunggu ada barang second... Nak beli baru mahal tauke tu kata. Jadi tangguhlah tukar benda tu.. Selepas bawa balik kereta, baru teringat, lupe minta buat aligment tayar... hoho.. bahaya tu kompenen penting untuk perjalanan yang selamat..

Siap-siap kemas semua last-last gerak kul 6ptg menaiki BCR5673...(aceh, mcm naik flight bunyinya..). Sedap je lancar perjalanan sy tersangkut jem dekat hicom. mau 20 minit sangkut kat situ, menjadikan perjalanan saya ke bangi sahaja sejam 30 minit iaitu tepat-tepat sampai manghrib di sana. Nasib baik sempat solat berjemaah di surau. Hahah, lepas solat kita makan dulu sambil menunggu junior alang yang nak tumpang sama balik kampung ke pahang... iaitu Mardiah.. ado budak ni rupenye...

*seterusnya akan bersambung...

Read More
Posted by Al-Hariz on
2 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum pembaca yg dihormati sekalian. Ya, Hari ini tajuk cerita atuk. Maksudnya cerita tentang atuk sy la. Atok yang mn? atok Ismail Bin Syafie. Atok yg satu lagi, Daud Bin Maksin tak tau nak cerita tag mana lagi bab awal benar die dah pergi. Ada nun die duk dirumahnya di sebelah Masjid Jamek Ar-Rahimiyah... Paham2 la ye, kubur jawapanya... Waktu tu sy sekolah rendah lagi. Jadi nak igt ayat atuk kisah2 berama dengannya kn menjalani proses imbas kembali atau pon hipo....(x tau sambunganya, tlg jwbkan) Papa pon mari sm2 sedekahkan Al-Fatihah pada Atok Daud Bin Maksin...
Ok, masuk cerita sy pada yang asasnya. nak cerita ttg apa ye? hurm... ha, yang ni mungkin best. Masa abg ku nak tunang. Punya la hari jumaat 2 amik cuti utk balik kampung bab esoknya nak pi umah org perempuan tuk minang. Sampai kampung ptg jumaat. adalah ceritanya, tub2 ajak atuk sekali utk jd org tgh utk bertunang. Alang tanya atok "mcm mn ni tok apa yg perlu & wajibnye utk tunang ni"
ayat atok "Ekau siapkan 2 cincin satu risik punyo satu tuk tunang satu. pandailah atok goreng nnt" wah... best, siap goreng lagi tu... mcm masak gulai lomak cili api jo kan?ahaha
Memang setel la lepas atok "goreng". Jd mudah dan ringkas & pendek cerita, cepat makan cepat balik.ahaha
Punya sempoi atok, cayalah... Timbul awan di kepala ku dengan tertanya2,"agak2 masa ak pon kn pakai khidmat atok jg ni...hahaha"
Kisah dari keluarga bahagia yang lepas, bagi mereka yang blm baca sila la baca. adalah sikit kisah yang pelbagai.hoho. Atok menjadi chef utk lauk daging masak gulai, mmg best. Asik dekat luar je la kat dapur masak. Ssh bonar nak ajak tangkap gamba, last2 bergamba dgn sy.*
Baru2 ni pak long blh mak meninggal. Atok pon turut datang ke rumah keluarga pak long. Kami tunggu urusan jenazah, disebabkan lama atok tunggu die gerak dgn pakngah pon dr kampung x sompek sarapan atok pon ajak paknagh pi sarapan. Waktu 2 kul 10 lbh klu tak silap. kebetulan kami iaitu ayah, along, alang n sy ada, kami pon joint sekali.
Pakngah kata, "kita naik exora la... ramai ni... alang2 pegawai la belanja..."
Ada pak sedara lain kata, "apo susahnyo, cucu da kojo, cucu lah belanjo."
Ayat atok, " den bawak duit ha, tp ni jola, RM4 lopeh den sorang jo la"
pakngah pula kata, " nnt nak kiro atok kau tunjuk den bayar den punya jo yg lain bayar sendiri"
hahaha lawak2, blh dikatakan semua laki2 je pi, mak, wan, akak ipar tinggal. kami je pi makan lapo, pas suboh bertolak. mana tak lapo... Last2 ayah yang bayar... kira ada tajuk ni, Kisah Ayahku belanja ayahnye n anaknye pon untung sama bab ayahku belanja...heheh
ok, masuk topik td balik, punya la cari kedai ssh da, maklumlah jalan dah dibesarkan, semua gerai da pindah, lg2 kawasan 2 lapangan terbang melaka kat situ..
Sampai sat gerai tanya org 2 nasi lemak xde, roti canai pon xde. atok kata tak best la, cari tempat lain. Cari punya cari last2 makan tepi jalan, seberang jalan 2 pemandangan kubr cina...ha.. baik punya pemandangan. Nasib baik seberang jalan, seberang sini rumah, tgk la kot2 ada awek lalu... ops... ahahah, provokasi...
Itulah blh dikatakan kali pertama sy mkn dekat luar dgn atok di gerai. tak tau la abg2 sy & ayah dah penah kot. Pakngah jgn cakap la, mesti selalui.
Pendek cerita, adalah beli beberapa bungkus utk kaum Hawa yang lapar disana...
Ok, Pastu topik di umah atok iaitu lepas selesai kebumi jenazah kami balik kampung. Kenduri keluarga Paklong tak blh buat sbb semua tak sihat.
Ha, mlm 2 kami mkn dumah pak ngah(Menyalang sekali bersama alang)
Yg best lepas balik umah pakngah solat semua, atuk, wan, mak n ayah duk borak. sy pon joint duk jap pastu nak tidur,(tidur luar kampung bilik tak banyak)
Nak tido tak blh bab dgr org bercerita last2. klu tak pon ada la mak cuit tanya itu ini.last2 dgr jo le. Ok jg dgr, blh tau la cerita org lama pastu salah silah keturunan dulu.
Rupenye dulu atok duk kat Kepong selangor, moyang pula keje kat tempat latihan polis dkt2 dengan janakuasa elektrik. Atok kt dulu nak pi sn bahaya. Maklum la zaman penjajah. lg2 ms komunis. jauh atok menapak dlm hutan 2... tp mcm 2 la gambaran yang diberi. itu pon atok kesana bila ada urusan ptg pasal keluarga.
Atok ada cerita juga ms dulu die kene juga fitnah. Maklum lah, org miskin. sikit2 org mengadu kat keluarga kata anaknye mencuri. padahal org 2 tak buat pon. Penah atok kata kat wan yang menuduh die mencuri, "wan, nasib baik wan tak cantik, klu tak wan yang sy curi dulu" haha, gelak kami.Ada juga kwn2 atok yg lain kn perkara yang sama tp buat dono je. dah pkr 2 die ta buat tak usahla melatah.
Banyak lagi sebenrnya cerita tp dah lupe. Tp mungkin bila jumpa atok kita kene tanya2 serba sedikit tuk dgr cerita dulu2.
Ha, 2 je la cerita atok, kot ada penambahan sambung kemudian. syukran membaca

Read More
Posted by Al-Hariz on Monday, February 1, 2010
1 comments
categories: | | edit post

"ring2... ring2..."
Jam menunjukkan pukul 12 malam, baru pas balik usrah di rumah anak yatim al-munirah, Johan setia bersama sahabat-sahabat dan Ust. Zamani sebagai tuan rumah dan naqib.
Terditik dihati sy, ai, tgh malam ni pon ada org coll umah? biasanya mlm2 ni khabaran org meninggal je. Sy terigt maghrib td pak din(adik mak) bgtau pak long dah kritikal. mungkin perkembangan terbaru kot. lalu aku menjawab, mmg pakdin yang coll. Pada masa yang sama ayah n mak sy keluar dari bilik tidur apabila mendengar deringan telefon. Pakdin nak cakap dan mak/ ayah. Sy pon terus menyampaikan ganggang telefon pada ayah.
sambil tu sy menukar baju n siap untuk tidur, selesai tukar baju tak abis lagi perbualan mereka. Dalam hati berbicara "ai lama tul ceritanya, apala yg diterangkan panjang lebar oleh pakdin, mcm penerangan doktor."
Tak lama pastu selesai, sy dan mak bertanya apa ceritanya. Diringkaskan cerita, Paklong dah tak sedarkan diri. mesin darah dalam badanya pon dah tak berjalan, cuma peralatan oksigen sahaja masih berfungi. Cuma bagi kami, berdoa sahaja la. Dengan keadaan seperti biasa ditambah badan yang letih sy masuk bilik dan tidur.
"Bangun... Dah nak subuh da..."
Aku bangun seperti biasa duduk sambil mak kejut adik.
pastu mak sambung cite
"mak ayah n along nak pi ziarah keluarga paklong ko. Paklong ko dah meninggal kul 2 pg tg. ko balik tak? atau ke keje? "
dengan itu sy buat keputusan utk E/L. Terfikir juga maklumat yang diperlukan bos coll bos bgtau cuti, pastu coll membe pasal maklumat. Lepas subuh aku terus emailkan maklumat bos perlukan pada member ofic. Pas solat subuh on the way pergi singgah PASTI utk serah duit tukar dan pendarive utk membe ofic amik. walaupon lakaran tu blm disetelkan sy serahkan sahaja. yang ptg maklumat isi tu diterima dahulu.
Klu nak diikutkan mak, ayah n along nak ziarah paklong kat hospital hari sabtunya 30hb januari tp tak bekesempatan. Last2 semua amik E/L dan ke melaka, (Taman Hang Jebat) untuk ziarah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Solat jenazah dirumah sekali dan di masjid sekali lagi. Kemudian dikebumikan di Alor Gajah berdekatan kubur sedara mara keluarga maklog disana.
Sy igt lagi ada satu masa dahulu pi umah paklong, ms 2 rumahnye kat Alor Gajah dulu, Paklong siap tunjukkan satu lokasi ditangannya dimana ada mesin darah. dah lama juga berberlas tahun dahulu. setiap minggu 2 kali perlu ke hospital utk buat dialisis. Apa2 pon, semoga roh Paklong Syaari bin Daud berada ditempat gol org2 yang beriman.. Amin...

Read More
Posted by Al-Hariz on
1 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum kepada mereka yang membaca blog saya. hohohoho... sekian lama sy tidak menaip dek kerana beberapa beban tugas yang bertambah dan beberapa hal yang perlu diberi keutamaan. Terfikir juga nak menulis sblm masuk tahun baru hijrah dulu tp tak juga sempat, sblm thn baru masihi pon x sempat. Lagi pon sibuk dengan urusan keluarga iaitu abgku kawin lagi... ahahah. jgn salah faham, ni abg juga tp yg bujang la iaitu yang abg ketiga. Ayat mcm provokasi, mau kn lanyak dengan kak ipar kot keluar ayat ni tanpa penjelasan.ahaha.

Ya, abg ku yang ketiga da kawin, abg yg ke-4 bila pule? eh lain mcm je ada ke abg k-4... ahahahaha itu kita. Ada abg ke-4 ke? Rsnya persoalan itu bukan dr saya tp dr adik saya. Sbb sy lah abgnya yg k-4... Kueng3... Bengong jg penulis nikan?hohoho. Wah.. bila tiba abgku kawin, banyak la persoalan yang berupa cepumas dilemparkan kepada saya "hariz bila pula?" jeng3... Apa nak jawab ye??? itu baru jiran2 & kenalan terdekat. Ha, yang lagi hebat masa pas alang tunang, raya umah tok ngah, (tok sedara adik nenek) blh la pula sy ditanyanye bila menyusul... Siap kt, "klu ada rezeki, ms atok ada lg ye..." hohoho... tak tau mau jawab apa, just kt, "InsyaAllah tok"... Tp klu org biasa ada dah jawapannya... ahaha... Tp klu x leh jawab mmg x leh jwb la.hohoho...

Kiranya bertambahlah jumlah ahli keluarga kami... nak tgk gamba? buka la facebook x pon tgk klik sini ni. Ha, blh la tau sapa kak ipar den yo... Tp x best la, atok x mau bergamba pula. Ayat nogori nye, DOGIL.. ahaha, btl ke ejaannya??? toeng!!! Pueh pakso siap tarik2 manja lg(jeng3)... Pastu atok kt "x mau la, Nnt ms ekau kawin nnt atok bergamba dgn ekau" hohohoh, xpe, tungguuu ye tok. Last2, kami bergamba berdua. Tp gambanya kat pakcik Amran@wong(gelaran tambahan along yg bg). Alang x pi lagi umah pakcik amran, 2 yg ada beberapa gamba ok 2 kat die. 2 kali nak pi x jd, siap 1 kali temujanji da batal sbb hal tertentu. Masuk balik cerita atok td. Alhamdulillah, atok jg yg masak masa 3 majlis perkahwinan abg, along, angah n alang,. InsyaAllah ms majlis aku nnt harap sm jg. Bab gulai daging atok masak sodap... Siap bg anugerah tuk atok 2... abg mahmud ni D.J khas mmg feeling abis la background lagunya. menyentuh perasaan ditambah dgn ayat2nya. Mcm jejak kasih pula jdnya.hehehe. Hampir menangis dibuatnya...

Tp ms kenduri mcm2 hal la, mmg penat, bengang pon ada, n mcm2 lagi. Maklum lah, buat berkampung, gotong royong, mcm 2 la ragamnye. Tp itu semua blh merapatkan hubungan kekeluargaan... Abis majlis 2 minggu depannya pi P.D... ni kak teah punya program kawan2 ANWnye la. Nasib baik sy ikut, klu x, mesti alang keseorgn... alang Igt yg da kawin pon bw suami, ada la geng, tgk2 xdok. jadi, kami bermandi di tempat lain past berkhayak.... Da penat berkhayak sy kn tinggl sorg da, bab abg n akak dating berdua menggunakan khayak. hohohoh... Nasib baik ku biasa keseorgn...hohohoho. Selesai semua, balik kampung sat, pengantin baru kn la ziarah jap, kebetulan da dkt dgn kampung. Ziarah la juga onyang yg baring je selepas operation ari2.

Pastu ptgnye balik terus ke bangi pindah2 barang pas2 sy balik terus ke andalas lps maghrib bab sy ada meting penting, iaitu pembukaan PASTI... untuk cerita yang lain akan menyusul bila sempat... banyak nak tulis tp x sempat sgt bab tiap2 malam keluar. Kuliah, meting, x kuliah meting, x meting, kuliah, itulah rutin sekarang ni. klu ada masa pon setelkan keje2 yg telah diptuskan selepas meting... hohohoho.. 3 buku kuliah yg da dpt x mula baca lg. baru baca 1 yg kecik tuk dihafaz pelan2...hohohoh. harap apa yg sy lakukan ini diredhai Allah & hatiku bertambah tenang...Amin...

***gamba akan diupload kemudian, jk sempat la ye...

Read More
Posted by Al-Hariz on Thursday, January 14, 2010
3 comments
categories: | | edit post

Alhamdulillah... selesai sudah majlis Qurban dan Aqiqah disurau & Masjid... Semuanya selesai dengan jayanya dan tiada permasalahan berat yang berlaku. Tapi aku masih ragu2 dengan beberapa perkara dan perlu diperbaiki pada masa akan dtg utk menambah baik serta melancarkan lagi pergerakan Majlis Qurban walau dimana jua tetapi diketengahkan adalah di kawasan aku.

Pertamanya nak cerita masjid, mmg aku x terlibat tetapi aku dah amanahkan beberapa AJK biro pemuda tuk turun dan bantu cikgu Jaafar dalam skuad pemantaunya bagi mengelakkan berlaku pengambilan daging secara tersembunyi. Yerla, org ni kdg2 tak tahu nak bezakan hadiah atau upah, dan ada juga yang suke2 tak menjadi peserta melebih2 cop itu ini mcm die yang peserta. jadi disitu kelemahan org kita di Malaysia ini. Dah tahu ilmu kurang tp tak mau cari ilmu... Pastu pk mcm org berilmu dan ikut adat serta keadaan. Ok, masuk topik balik. yang menjadi persoalannye mengapa cikgu jaafar coll & minta aku menelefon petugas squad?

Adoi, punya la kita sibuk disurau dgn nak buka pitu stor, amik brg, agih tag & mcm2 hal lagi blh pula cikgu jaafar dr masjid minta aku coll dak2 ni. Lg pon ms cikgu jaafar coll, tgh nak menumbgkan lembu da. hai, parah2... Sedangkan nama tersebut telah aku beri siap contact lg. Ni kira kes lupa bw list nama yang telah diberila ni. Tp yang menjadi halnya tugas dan wakil dah ku lantik, bdk2 ni dah aku bgtau jumpa cikgu jaafar. tp tah la, aku coll 2 org tak berjawab. Last2 aku malas nak coll teruskan kerja yg ada. Pastu hp berbunyi lagi, lembu dah nak sembelih, aku biarkan je bab tau mestu cikgu jaafar coll.

Jadi disini timbul dalam kepala pemikiran aku utk membuat sesuatu supaya aku blh yakin dengan AJK Pemuda Masjid ini dlm melakukan setiap perkara bila ketiadaan ketua. Mana taknya ryne ketua sbnr blm balik dr jeddah atas urusan kerja. aku pula kn pangku. Sdgkan aku bukan timbalkan. Poning2... Aku harap tertubuhnya KRM(Kelab Rakan Masjid) ini dapat membantu dalam pelbagai aspek. Harap2 penyertaannya ramai...

Tutup kisah Masjid, masuk kisah surau. Kisah surau ni xde papa perubahan, cuma AJK pengurusan jer berubah sedikit iaitu S/u dan bendahari kerana mereka dah terbeban sbgi AJK Masjid. Tp xpe, Alhamdulillah ada pengganti. Mcm biasa aku diminta jadi ketua tuk jg lembu ni supaya tak ilang atau terlepas pada waktu mlm. Alhamddulillah ada la 3 org dak2 ni rajin joint. siap diorg aku mintak tlg tampal no. kat bakul & tlg kopek kulit bawang.. . aku kul 12 tido da... penat giler... sebelum tido 2 da membalon sikit da, roti telu satu capati setengah.. tiba2 lapo... ahahah.. ok, sambung, selang berapa jap terjaga la bab dgr org berdengkur.. sapa lah 2... jadi bgn la selang berapa jam tuk tgk lembu2 ni pastu sambung... best 2 tido, pki aircond... ubat nyamuk mmg surau ada.

Pagi2 mmg sibuk. mcm2 hal pendek cerita selesai semua sampai kemas kul 3, pastu aku balik & tido ahaha. Terlajak asar la, kul 5 br sodar.hohho Apa yang nak dirumuskan tahun ni kurang teratur sbb susunan petugas yang tidak beberapa matching pastu ada yang dtg lewat. Lembu no 1, 2 da sembelih terus ke 9, 10, 4. No.3 petugasnya lewat. Mcm2 hal... Pastu satu lagi longgokan bahagian lembu yang telah diceraikan spt peha dan lain2 berlonggok do bahagian memotong, menimbang dan membungkus. dalam list 25 org 2 ponx blh pickup lg... sedngkan dah siapkan 2 line tuk memudahkan kerja. Yang masalahnya, banyak pengarah dr pekerja. Mcm x sungguh2 jer nak bekorban.

Pastu 1 lg dikejutkan kehadiran Dr. Mariah selaku YB Parlimen Kota Raja. Dgr cerita die pusing tgk n ziarah surau2 dan masjid2 bawah kaw Kota Raja yang Menjalankan Ibadah Qurban & Aqiqah hari ni. Bagus, satu sikap pemimpin berjiwa rakyat. Pastu Ada juga cadangan Tag petugas itu dijadikan kupon petugas dan tag itu diguna semua tahun akan dtg. Jimat... Hurm bgs juga, tp akan dibincgkan dengan AJK pengurusan utk mengetahui kesesuaiannya. Tapi aku harap ada la yang sudi membantu bila diajak bantu.. Esok nak pi bantu atau di telok gong atau seri sarawak xtau lg. Ada keje nak buat, silap2 dtg kenduri makan jer la.. hoho.. Jadi aku nak tido, esok ada mcm2 hal lagi... sekian...

Read More
Posted by Al-Hariz on Saturday, November 28, 2009
0 comments
categories: | | edit post


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...
Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T dengan limpah nikmat & rahmatnya cukup dan genaplah umurku yang ke-22. Kebetulan Hari Raya EidulAdha kali ini jatuh pada hari sambutan kelahiran ku. Ini menjadikan sambutan hari kelahiran ku yang penuh bermakna...

Hari Raya Qurban seperti biasa, Majlis Qurban dan Aqiqah... Sama seperti tahun sebelumnya aktivitiku disurau... Klu yang duk kariah 2 tau la apa cerita yang penuh... Jd, kwn2 mai turun melancarkan Majlis Qurban nnt yer... Oleh kerana raya jatuh hari Jumaat, jadi siangnya x dpt la nak dilakukan ibadah qurban kerana masa yang singkat untuk menunaikan solat jumaat. Jadi lakukan pada hari sabtu iaitu hari tasyrik pertama. jadi masa panjang dan xde la org tergesa2... Jadi esok blh la cari pisau dan asah pisau yang khas yang telah tersimpan setahun sudah.. ahahah.(silap2 org lain yg asah, aku paki jer..ahah)

Di kebanyakkan tempat juga begitu dan ada juga melakukannya hari ahad... mau ahad ni ada 2 tempat teluk gong & kaw cikgu jaafar. Hari sabtu ni pon da kene tolak2 da. Iaitu masjid, bukan apa, sekurang2nya ada Biro Pemuda mAsjid turun... Tp Alhamdulillah sudah di paskan atau diamanahkan pada org AJK Pemuda yang lain. Nazir & Timb. Nazir pon tanya, kn la jawab dengan bekhemah. Nasib baik Nazir Ust. Nasaruddin kamcing dgn aku.. ahah.. lg pon, malas nak beralih kerana semua family di surau, da jd seperti family day kami sekeluarga disana. Cuma angah tiada kerana ada majlis sepupunya di Terngganu.

Hahaha... Banyak pula mesej dapat malam ni... Jarang juga org wish sebenarnye... hoho... sapa yang igt jer la... Tanpa org mengucapkan apa2 pon aku tetap gembira. Rasa seronok & gumbira... jadi, esok akan diraikan lagi. oleh itu nak tido awal... sok bgn & solat subuh n siap tuk solat hari raya, kira Rock n Roll... eh silap, kita takbir dan bertahmid... Apa2 pon inilah rezeki aku yg Allah beri, x dpt duit, Hari Raya inilah yang Allah berikan utk aku pd tahun ini. InsyaAllah harap apa jua yang aku lakukan dikekalkan serta dapat aku lebihkan utk jalan Islam... Harapan aku juga apa moga Allah sentiasa memberi hidayah dan pertunjuk pada ku. Amin...

Read More
Posted by Al-Hariz on Friday, November 27, 2009
0 comments
categories: | | edit post

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan